Tuesday 25 September 2007

Bertudung

Konteks menutup aurat harus dilihat dengan kadar yang lebih luas seperti yang telahpun dibahaskan oleh para ulama’ tentang batasan aurat dan pakaian muslimah yang seharusnya melambangkan ciri peribadi seorang muslimah sejati.Perbahasan berkenaan sama ada tudung muslimah itu patut labuh atau berbentuk tiga segi hanyalah skop yang kecil berbanding bagaimana cara penutupan aurat itu seharusnya diimplikasi secara keseluruhannya supaya menepati roh syariat yang sebenar.Oleh yang demikian,marilah kita melihat beberapa gelaran jenis tudung yang boleh kita lihat dalam realiti masyarakat hari ini yang perlu diperbetulkan.:-

1.Tudung Mickey Mouse-Pemakaian tudung yang hanya menutup bahagian rambut dan kepala tanpa menutup kedua-dua telinga.Barangkali untuk menunjukkan subang atau apa-apa perhiasan. Pemakaian yang lebih teruk ialah apabila tudung tersebut dililit sehingga menampakkan leher.

2.Tudung Lilit-Jenis tudung ini jika dilihat telah menutup keseluruhan kepala termasuk telinga tetapi tidak dilabuhkan menutup dada dan hanya dililitkan di leher sahaja.Kriteria menutup dada tidak dipenuhi seolah-olah ingin menayangkan kurniaan yang tidak diberikan kepada kaum lelaki.

3.Tudung See Through-Salah satu jenis tudung yang popular ini banyak dilihat di merata tempat,kain tudung yang nipis menampakkan leher dan telinga walaupun telah menutup lengkap.Lebih teruk jika tidak memakai anak tudung kerana ianya seperti tiada beza dengan mereka yang tidak bertudung.

4.Tudung Jambul-Pemakiaan jenis ini banyak dipromosikan dalam drama-drama Melayu yakni menutup separuh rambut di bahagian belakang dengan membiarkan yang depannya tersembul keluar seperti jambul unta.

5.Tudung Singlet-Tudung yang sempurna tetapi dengan hanya memakai lengan pendek menyebabkan aurat dan lain-lain perhiasan yang sepatutnya ditutup daripada menjadi tatapan umum.Tiada kelongaran hukumtentang penutupan aurat di kawasan awam hatta hanya untuk bersukan.

6.Tudung Saji-Sekajap pakai,sekejap tidak.Tudung atau lebih tepat dikatakan selendang yang hanya menjadi perhiasan leher .Boleh dilihat di kenduri-kenduri kematian yang mana selendang tersebut akan turun dan naik diangkat si pemakai seolah-olah menjadikannya seperti tudung mengikut keperluan situasi.

Inilah serba sedikit pemakaian tudung yang kurang sempurna yang boleh kita lihat di kalangan muslimah yang perlu diperbetulkan bagi menepati roh syariat yang sebenar sekaligus menggapai hikmah disebalik penetapan kewajiban menutup aurat. Sesungguhnya Rasulullah telah bersabda :

“Pada akhir umatku nanti akan ada wanita-wanita yang berpakain namun (hakikatnya) telanjang. Di atas kepala mereka seperti pundak unta. Kutuklah mereka karena sebenarnya mereka adalah kaum wanita yang terkutuk.”(At-Thabrani Al-Mujamusshaghir : 232)

Selain itu ada juga muslimah bertudung di kalangan kita yang memakai seluar jeans dan sebagainya sehingga menampakkan susuk tubuh mereka dan alasan kepada pemakaian tersebut tidak lebih hanya sekadar untuk menjalani rutin harian.Inilah kejayaan musuh Islam apabila perkara ini ummat Islam menganggapnya sesuatu perkara yang biasa dan remeh dalam masyarakat.Perkara yang dianggap biasa ini menular dalam pemikiran masyarakat sehingga konsep penutupan aurat yang sempurna itu dicabuli dengan mudah.Mereka yang berseluar sedikit sebanyak merasakan kain tudung yang menutup dada tidak padan sehingga terpaksa melilitkan tudung mereka supaya ia nampak padan dan cantik dikenakan dengan seluar panjang tersebut sedangkan ia hanyalah pandangan mata kasar mereka yang dikaburi syaitan.Pemakain seluar ini bukan sahaja menyerupai kaum lelaki tetapi ia juga menyerupai wanita bukan Islam dalam berpakaiaan.


Sumber : ibnyusof.blogspot.com


“Life is to learn how to give out love, and to let it come in.”

episod kembali...

Untuk kesekian kalinya, inas demam lagi. kali ni lagi panas. kalau diingat kata Dr yg rawat die dulu sume kate kalau dok kat taska or tadika atau tempat asuhan mmg selalu berjangkit. kesian anak aku yang sorang tu. makin susut pulak die sbb kalau demam, sikit jer nak makan. pulak tu masalah lama dia tetap tak berkesudahan.. SEMBELIT.. bayangkanlah dari balik sekolah petang semalam sampai pagi tadi nak pergi sekolah masih meneran tak keluar2 benda tu. perut pn dah mula kembung. macam2 petua dah guna. harapa2 kat taska tu cikgu Ha dapat pujuk die macam selalu. sebab biasenye memang inas akan dengar apa jua yang cikgunye kata atau suruh. kalau kat umah tak mau plak. sume nak kena dengar kata die. tapi, tak nak dengar kata tuk beberapa perkara jer la. anak aku memang baik.

Minggu lepas amik tempahan kuih raya. sementelahan balik umah mak dan umah mak mertua. dua2 nenek memang suka kalau inas balik. cucu sulung dua2 belah pihakla katakan. dari beberapa sumber yang aku dengar, pilihanraya macam dah dekat. sbb ada lah member aku yang terlibat dalam SPR katanya. aik, cepat tol.. ade pape ke ni??? kalo lepas raya ni mengundi, adus..berbaris panjang lah lagi macam dulu.sian kalau tengok mak cik2, pak cik2 tua yang kena berbaris jgak. teringat first time aku mengundi dulu tahun 2004, ramainye masyaAllah. tapi, biasalah. ade pihak yang korup. so, mane2 yang dikesan mengundi pembangkan tup2 nama tak de dalam senarai. bile check sms name ade kat negeri lain. tak ke heran tu. padahal org tu lahir, membesar dan dah beranak pinak kat situ, dan tak penah langsung pergi apatah lagi mendaftar kat negeri lain..herm...apalah salahnye kalau berlaku adil. Malaysia2.. negara Islam Hadhari lah katanya.

hari2 berlalu terlalu cepat datang dan pergi. rase baru jer buat itu ini. eh, tahu2 dah sebulan berlalu. dunia nak kiamat. dah dekat sangat. tapi, amalan masih tak banyak. huhuhu. dunia2, hanya seketika usianya. baru rasanya menginjak ke usia remaja, sekarang anak dah masuk 3 tahun. sekejapnye. sekejapnye.

“Life is to learn how to give out love, and to let it come in.”

Friday 21 September 2007

Tension...

Macam dah lama rasanya tak post kat sini. sbenarnya minggu lepas dan minggu ni adalah minggu yang paling bz. tiap2 ari ade diskus and nak wat project itu dan ini. tiap malam plak ade kelas sampai kul 10.30...hinggakan terpaksa keluar air mata di tengah malam. TENSION!!!!! padahal bulan posa ni patutnye buat kita lebih sabar dan tabah. lain pulak dengan aku. tak pasal2 inas kena marah kalo buat simple mistake pun. entahla, mungkin Tuhan nak menguji tahap kesabaran dan kekuatan aku.

Supposly minggu ni iaitu hari Sabtu ada make up and revision class tuk web programming. harap2 inas sihat.beberapa malam ni inas batuk teruk.so, malam kejap2 terjaga sbb kadang batuk sampai muntah2. sian anak aku. Mujur semalam sempat beli madu Khaulah. mahai tul RM60 tak leh kurang sikit pun. ingatkan kalo dah kat uia dapat diskaun sket tuk student. semalam gak aku beli 4 keping kad raya yang comel2. beli murah je.saje, nak beli bukan nak anto kat org tapi geram sbb cute. Collections..

Minggu depan pun bz gak. Isnin anto survey report & presentation IT sec 1. selasa anto 2nd assignment Java dan leb test Animation. Rabu, lab test Web Prog. Khamis Quiz e-commerce & iftar KICT. erm. bercakap tentang iftar KICT, sume KICT studz dijemput siap bole bwk spouse and children lagi. tapi tengah berkira2 gak ni sbb hubby kata segan, malu dan yang seangkatan dengannya. Malamnye kul 8.30 kitorang ada yang ade kelas especially yang kelas dengan part timer lecturer. Macam kls animation and entahla... kalo pegi mesti best sbb agaknye ramai kot yang nak gi. bile lagi nak makan free and makan ramai2 ngn bdk2 KICT..nantilah pertimbangkan lagi.

Selagi tak final exam ni, mmg tak abis2 project kitorang. Raya pun sampai 17/10 jer. ari Rabu. so,ari Khamis = 18/10 (raya ke 6) dah start kelas lik. huhuhu.. tak puas raya lagi. nak ponteng tak biasa dan tak boleh pun sbb kena anto project report ecommerce. kalaulah madam terbukak hati nk cancel kelas, ok gak sbb pagi tu sir nak cancel kelas Java.Bz bz...

“Life is to learn how to give out love, and to let it come in.”

Wednesday 12 September 2007


--- Find the others only on Babaflash.com
“Life is to learn how to give out love, and to let it come in.”

Al Quran penawar segalanya...

Ayat2 Al Quran yang boleh diamalkan:

a)Untuk elak suami/isteri dan anak2 bergaduh : Surah Al Baqarah - Ayat 102

b)Anak2 pandai belajar : Surah Al Anbiyaa'- Ayat 79

c)Anak2 lembut hati/elak panas baran : Surah A lAnbiyaa -Ayat 69, Surah Al Hasyr -Ayat 22-24

d)Anak2 malas sekolah : Surah Toha ayat 1-5

e)Ayat pendinding : Ayat akhir surah At Taubah

f)Bg anak2 yg suka keluar malam : Surah Ar Ruum Ayat 31. Baca 33x

g)Untuk jadi pendinding rumah : Surah Al BAqarah dibaca & tiup pd air , spray keliling rumah

..Sumber : forward email

p/s: Tapi nak lagi berkesan, baca seluruh alQuran (pesanan untuk diri dan semua).

“Life is to learn how to give out love, and to let it come in.”

Tuesday 11 September 2007

Fever...and Ramadhan

Kelmarin inas demam lagi. Teringat DR kat uia bgtau yang budak2 kalau dihantar ke taska or tadika atau nursery, memang kebiasaannya camtu. Berjangkit. Mungkin bila inas baik demam nanti ada budak lain plak yang demam. biasalah tu. cumenye tak bestlah sebab dulu mase anto kat kak ida @ mimi, inas jarang demam. demam pun sebab dia seniri main ujan ngan aqil atau berjangkit dari aqil. so, sekarang die asyik kena makan ubat yang sememangnya teramatlah suka si inas ngn ubat2an ni.


dan semalam, kitorang pegi farmasi beli termometer. sudahnye, inas asyik wat main mende tuh..


Ramadhan lagi 3 hari jer ni. Sedey.. faham2 jer la.. rahsia besar. camnerlah Ramadhan kali ni sebab aku ada kelas malam cam biasa. maksudnye, dari malam Isnin sampai malam Khamis (4 malam berturut2 tu). So, sian abg mungkin tak dapat terawikh kat masjid atau mana2 surau sebab kena jaga inas. Semoga Allah SWT sentiasa merahmati keluargaku terutama my hubby yang terlalu banyak berkorban selama ni.


Teringat pulak mase aku tadika dulu (6 tahun maa). mase tu tadika Abim kat Meru. bulan posa lah ni. Aku punyelah excited nak pose penuh tapi tak diizin Allah. aku ingat lagi, hari tu hari Selasa adku demam panas. Ayah paksa aku bukak posa. siap jumpe DR (arwah Dr Samiran) dan dapat ubat. Dr pun suh aku bukak pose. tapi aku berkeras nak teruskan posa sebab dah kul 11.30 pagi mase tuh. So, van yang amik aku untuk ke sekolah tadika datang kul 12.30 dan aku terus baring bawah umah nak tengok kawan2 gi sekolah. Aku time tu mmg kalo boleh tak nak ponteng sekolah sbb mmg hakikatnye aku suka sangat pegi sekolah.


Tepat jam 12.30, van sampai dan kawan2 aku dah mula jerit2 nama aku. Ayah gi kat van tu dan bitau abang Sam (driver van tu ) yang aku cuti demam. Alih2 aku tak sekolah 2 hari tapi misi aku juga tak berjaya. misi untuk tetap berpuasa yang dihalang dan dibangkang oleh mak ayah aku. Sedey tul mase tuh.. Tak pelah, at least mase 6 tahun tu aku cume tuang pose 2 hari sebab demam. Dan, akhirnya aku berjaya juga dapat pose penuh mase darjah 1. Cikgu kelas aku siap bg hadiah lagi untuk yg pose penuh. Tak sangke, aku sorang jer yang pose penuh. Cikgu tu nama dia, cikgu Khairiah.. baik sangat orangnye.. lembut, pakai tudung bulat dan masih aku ingat lagi wajah die dengan jelas sampai la ni. Cikgu tu hadiahkan aku coklat Vochele (betul ke aku eja ni?) bar yang paling besar. 3 lagi. punye seronok aku dapat hadiah tu. ramai gak wajah2 kecewa kawan2 kelas aku sebab tak dapat hadiah dr cikgu.Sebenarnye tak tau pun cikgu tu nak bg hadiah. Lepas raya baru die bagi.


Ayah aku lak,mase aku kecik2 dulu kalo bulan pose die akan bagi kitorang 1 hari $0.10sen.. mak plak, siap tulis jadual atau list setiap ahli rumah untuk pastikan sape pose/tak pose. dan memudahkan untuk sape2 yang tuang pose untuk ganti balik pose tuh. sampai sekarang list tu mesti ada. bagus gak. cume malu lah kalo pose tak penuh sebab sape2 boleh tengok list tu. List tu ditampal kat dinding tepi meja makan. Kalo nak citer pengalaman pose kecik2 mmg seronok..


tapi..sambung lain kali lah..




“Life is to learn how to give out love, and to let it come in.”

..WeLcOmE bAcK RaM@dHaN..


Every year in the month of Ramada-n, all Muslims fast from dawn until sundown--abstaining from food, drink, and sexual relations with their spouses.

Those who are sick, elderly, or on a journey, and women who are menstruating, pregnant or nursing, are permitted to break the fast and make up an equal number of days later in the year if they are healthy and able. Children begin to fast (and to observe prayers) from puberty, although many start earlier.

Although fasting is beneficial to health, it is mainly a method of self-purification and self-restraint. By cutting oneself from worldly comforts, even for a short time, a fasting person focuses on his or her purpose in life by constantly being aware of the presence of God.

God states in the Qur'an:"O you who believe! Fasting is prescribed for you as it was prescribed to those before you that you may learn self-restraint." (Qur'an 2:183)



“Life is to learn how to give out love, and to let it come in.”

Saturday 8 September 2007

...Mencari Dia...


Mencari Dia

susahnya tiada tercipta

getirnya sendirian rasa

dalam renungan tiada berjumpa

dalam lamunan hanya noktahnya...


Mencari Dia

puluhan hari masih sunyi

detik waktu taida bertepi

kerana Dia

aku terus memendam cinta

lautan dalam sudahnya pergi...


Mencari Dia

sekali mengharung takkan terasa

barangkali jalannya beribu nista

berbagai dusta...


Mencari Dia

dibalik kaca-kaca

dan suara

menyentak hati menggentar duka

di antara muka

yang akhirnya ketemu juga

namun dipenghujung cintaNya...


....03 March 2006....
“Life is to learn how to give out love, and to let it come in.”

Friday 7 September 2007

Indahnya Jarimu..

Pelbagai hikmah dan tafsiran yang boleh diandaikan di sebalik jari anda yang lima. Cuba perhatikan perlahan-lahan jari anda, Luruskan ia ke hadapan dalam keadaan terbuka. Renung dalam-dalam. Kewajipan solat lima waktu jangan diabaikan. Kemudian lekapkan jari itu di atas meja, perhatikan.

Bermula daripada jari kelingking yang kecil dan kerdil, seperti manusia dan apa sahaja akan bermula daripada kecil kemudian besar dan terus membesar. Itulah fitrah insan dan alam seluruhnya.Apa sahaja yang dilakukan mesti bermula daripada kecil. Bak kata pepatah "melentur buluh biarlah daripada rebungnya" Kegagalan mendidik di usia ini akan memberi kesan yang besar pada masa hadapan.

Naikkan kepada jari kedua, jari manis namanya. Begitu juga dengan usia remaja. Manisnya seperti jari yang comel mulus ini. Apatah lagi kiranya disarungkan dengan sebentuk cincin bertatahkan berlian, bangga tak terkira.. pada ketika ini, alam remaja menjengah diri. Awas!! Di usia ini sentiasa dibelenggu dengan pelbagai cabaran dan dugaan. Hanya iman dan taqwa menunjuk jalan kebenaran. Pada usia ini, anda sudah baligh dan mukalaf. Pastinya sudah di pertanggung jawabkan segala amalan di hadapan Rabbul Jalil. Bersediakah anda??

Nah...naik kepada jari ketiga. Jari yang paling tinggi, jari hantu namanya.Zaman remaja ditinggalkan. Alam dewasa kian menjengah. Diperingkat umur 30-an ini seorang itu telah mempunyai status dan identiti dengan ekonomi yang kukuh serta kerjaya yang teguh. Namun, anda mesti berhati-hati kerana di kala ini banyak "hantu-hantu pengacau" yang datang menggoda. Hantu hasad dengki, hantu ego, hantu tamak, hantu iri hati dan seribu macam hantu lagi. Kalau gagal mengawal emosi lantas terus masuk ke jerangkap nafsu dan syaitan. Jesteru itu, amal ibadat mesti dilipatgandakan.

Kita beralih kepada jari telunjuk. Jari inilah yang mengungkap satu dan esanya Allah SWT ketika solat. Genggamkan kesemua jari dan keluarkan jari ini. Gagahnya ia sebagai penunjuk arah, menjadi contoh dan tauladan.Manusia yang berada di tahap usia ini, hendaklah tampil sebagai model kepada generasi baru dan pembimbing yang kaya dengan idea bernas dan minda yang hebat.

Akhir sekali, renung ibu jari. Ianya besar dan pendek tetapi menunjukkan kematangan dan kehebatan yang membanggakan. Tugasnya membenarkan sesuatu dan mentafsirkan pelbagai perkara. Bak kata orang Jawa "cap jempol" atau cap jari. Kalau dia ada semua urusan berjalan lancar. Buat generasi muda, rujuk dahulu kepada orang tua atau yang berpengalaman. Sekiranya petunjuk mereka anda patuhi, nescaya anda boleh berkata "good" atau "yes" sambil menggengam semua jari dan angkat ibu jari ke atas itulah rahsia kejayaan anda. Akhirul kalam, cuba lihat sekali lagi jari anda yang lima. Renung dan fikir dalam-dalam. Dimanakah anda sekarang???


Sumber : Foward E-mail

“Life is to learn how to give out love, and to let it come in.”

dinihari..


Hehehe.. saje letak pic hero aku ni. tapi hero sebenar semestinya hubby tersayang..

Sebenarnye aku sendiri tak tau nak post ape dlm ni.. cumenye, macam lame tak bukak blog ni walaupun hakikatnya cuma cuti seminggu (lebih kurang). Sedari pagi tadi aku sakit perut, tapi tak lah macam yang aritu. Biaselah pompuan. Iyelah, laki tak pernah rase macam ape yang kite rasa kan? hati kecilku mengomel. pagi tadi lepas anto inas dari Taska cadangnye nak pegi Uia. nak gi bilik kak ina. pulak2 kak ina ada kelas pagi ni.so, plan B nak gi lepas solat Jumaat jer la. cumenye, tetiba gelap semacam jer ni. angin pun dah mula bertiup sayup2 macam kipas umah aku ni. dan, yang paling tak best, soundtrack ada kuar sikit2..

Ups, minggu depan ade lab test Web Prog. adus, tak bace ape lagi nih. sir dah lah straight jer. Mujurlah kelas Animation mlm ni cancelled. kalo tak, sian hubby kena anto and amik. bukan tak nak pegi seniri, bole jer. tapi abg cakap kawasan nak keluar dari pagar taman ni gelap dan semak samun. so, dikhuatiri ada apa2 la. Apa2?? ape ye.. ntahla.. takut gak sebab ade gak indon n Bangla sekitar2 umah ni. nauzubillah, jgnlah ade ape2 berlaku. tak kira kat mana2 pun.

Kelas anim malam tadi hambar betul. yang datang pun berapa kerat je. sian sir Dahlan, dah lah baru balik dr Cameron (outstation), tapi ramai lak tak bagi komitmen tuk dtg kelas die.Sir pun baik sangat.. Almaklumlah, baru lagi n just part timer. so, tak berapa biasa ngn bdk2 uia ni yang selalu perangainya berbeza dan pelik2. Ye ke???
see ya..

“Life is to learn how to give out love, and to let it come in.”

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
-:: Tinta Mama with Love ::-