Showing posts with label Lucky. Show all posts
Showing posts with label Lucky. Show all posts

Tuesday, 20 December 2011

Proud of you !!!

Greeting Text





“Life is to learn how to give out love, and to let it come in.”

Sunday, 4 December 2011

Free Sample #1

Greeting Text

Sihat ke ?
Dah nak tengahari ni, barulah mama berkesempatan nak berblogging. Sebab kejap lagi nak kena masak untuk lunch walaupun masih kering idea nak masak apa. Hihihi. Anak-anak mama dah tido ni.

Ok lah. Mulai hari ni, mama nak berkongsi freebies dan samples yang mama join then of course lah sampai di depan pintu umah mama.. Siapa yang tak nak benda free kan?? mama akan upload sikit-sikit yer. Hobi mendapatkan freebies ni lama dah sebenarnye. Tapi, baru ni je mama terfikir nak cerita dan kongsi dalam blog ni.

Ok ni yang pertama .

Sample daripada : 
1. Sustagen (Mead Johnson) 
>>> Register untuk SAMPLE
2. Poise (tuala wanita yer) 
>>> Register untuk SAMPLE

Bawah ni gambar yang sempat mama snap sejurus selepas posmen hantar..


Sustagen tu lepas isi form (online), customer service diorang akan call untuk confirmation. Dan dia akan suggestkan mana yang sesuai. Ada pelbagai product susu sebenarnya antaranya : 

* Enfamama A+ (preggy and lactating mama) *
* Enfagrow A+ (1-3 tahun ke atas) *
* Enfakid A+ (4 tahun ke atas) *
* Sustagen Junior 1+ (1-3 tahun) *
* Sustagen Kid 3+ (3-6 tahun) *
* Sustagen School 6+ (6 tahun dan ke atas) *

Mama pilih yang Sustagen Junior 1+ dan Sustagen School 6+. Dapat keahlian, sticker kereta, dan semestinya sample susu2 tu. Diorang bagi 6 peket lagi. Tq Mead Johnson !

Dan Poise tu dapat 2 keping. Tq Poise !

Okla, mama nak masak sebelum anak2 bangun. Nanti mama upload lagi. Jangan lupa register ye. Babai.


:: Google ::


“Life is to learn how to give out love, and to let it come in.”

Thursday, 3 November 2011

3 Nov itu Penting !!

Greeting Text

Malam 20 Ramadhan itu mama bermimpi. Air ketuban pecah. Esok paginya mama bagitau hubby mimpi tu. Hubby senyum je, belum lagi katanya. Jadi, kami diamkan sahaja mimpi itu.

Menjelang tengahari mama dan hubby membeli barangan baby di Giant Shah Alam. Baju cukup sepasang kot. Pampers, barang mandi, towel dan lain2. Keluar dari Giant mama kehausan yang amat sangat padahal puasa tu. Hubby terpaksa masuk balik dan beli air kotak, juga roti.

Masuk je kereta, mama sedut laju air kotak dan jamah roti. Tak peduli orang keliling. Diorang tak perasan kot sebab tinted.. hihi. Hubby gelak-gelak je tengok mama macam orang tak penah jumpa air. On the way tu, tiba-tiba mama rasa ada air laju je keluar.. Jangan pikir bukan-bukan ye.. Basah dah seat tu. Gelabah hubby dibuatnya. Laju je dia drive untuk sampai umah mak mama.

Sampai umah mak, kami inform kejadian tu. Mak kata "nak keluar dah tu"... Dalam hati mama berkata-kata : "Betul ke? tak sakit pape pun?". Hubby tel wife kawan dia, seorang doktor di hospital Banting. Dan, sah masanya dah sampai. So, siapla segala barang penting, masuk balik keta dan bergerak ke hospital Klang.

Mak ai, jalan jammed !! tapi, mama tak de nervous pun sebab tak sakit pun cuma tak selesa air laju jer keluar. terbayang dah, kalau nak terkeluar sambut je la dalam keta. Nak wat cemana kan? Hihi. Poyo je berani konon. tapi betulla itu yang terdetik masa tu.. 

Sampai HTAR Klang around jam 3 petang. Aduii, beratur tunggu giliran untuk register. Dapat giliran kul 5 suku. Kena tahan wad sebab tanda dah turun, kata doktor India tu. Dapat katil pukul 6.30 petang. Relax pun tak jugak sebab dok tukar pad je. Selang sejam dua, nurse atau doktor datang check bukaan rahim. Sakit ler. Hubby disurh balik umah sebab nurse kata baby sulung amik masa dalam 12 jam sakitnye.. Uwaaaa.. biar betul..Tawakkal jela. Hubby ngan mak pun balik umah sebab nak buka. 

Malam tu, mama dok perati member2 satu wad. Ada yang ok, ada yang mengerang tak sudah, ada yang jalan tak duduk2, ada yang asyik ke bilik air mama la tu, bocor je.. Terlena jap 10 malam dan terjaga jam 12 malam. Dah mula rasa sakit belakang selang 1/2 jam. Buat dek je. Doktor check jam 2 pagi, bukaan baru 4 cm. Esok pagi pun tak tentu bersalin lagi, katanya. 

Selang 15 minit pulak. Aduuuii, sakitnye pinggang. macam nak patah. Jiran sebelah katil kata kejap lagi lah tu. Masa tu jam 4.30 pagi dah. Memang tak boleh tido dah, dok tawaf saie tak terkira dalam wad tu sampai kena marah ngan misi. Pedulikla, sakit la kalau baring atau duduk.. 

Jam 5 dapat gak baring atas katil, penat sangat jalan dah. 5 suku terjaga, Ya Allah nape sakit sangat pinggang dengan belakang ni.. Tak tertahan rasenye. Selang 3 minit datang sakit tu. Nak bangun pun tak larat. Sorang makcik cleaner tengah mop dekat2 katil mama. 

Mama : "Makcik., tolng panggilkan nurse ke doktor ke.. Saya rasa sakit sangat. Macam ade benda nak keluar ni, tolong ye".

Makcik tu pi panggil staff nurse yang tersengguk-sengguk. Misi datang dengan muka yang kelat.

Misi : "Kan tadi baru check, baru bukak 5 cm. "
Mama : "Tapi, saya rasa tak tahan dan macam nak meneran" dengan muka kesakitan
Misi : "Hish, nanti masuk kuman kalau asyik check". (Tapi dia check jugakla bukaan tu)

Misi : "Eh, macam dah bukak besar ni. Jap2.. dah dekat 10 cm ni. Nurse, sediakan pengusung. nak masuk labor room dia ni".. (Dalam hati mama : kan dah kata tak tahan dah ni. Doa dan tawakkal je masa tu)

Masuk labor room , doktor singh pompuan dah tunggu.

Doktor : "Ok, teran ye".. tarik nafas, teran..

Mama kan first time. tak reti. Teran sambil jerit, istighfar dll. Abih kena marah ngan doktor. Dia kata baca dalam hati sudahla. Nanti jerit habis tenaga. Ooooic.. So, teran kali ke 3, tepat jam 5.45 pagi. Einas Kaisah keluar !!  Hubby kat umah mak baru nak baca surah Maryam lepas solat subuh. Tetiba HTar  tel inform, ibu dan anak selamat. Alhamdulillah...
Itulah kisah zuriat pertama, permata hati kami sekeluarga. Hari ini, 03 Nov 2011 Einas dah 7 tahun.. cepatnye masa berlalu.. tapi kenangn ni takkan buleh mama lupakan....

~ Aidilfitri 2011 ~


                   


SELAMAT HARI LAHIR anakku !! 3 Nov 2011 - sweet little 7 -
Einas = Peramah
Kaisah = Bijaksana

* moga anakku sentiasa dilindungi, dirahmati Allah SWT *
* moga anakku menjadi anak yang taat perintah Allah dan mendengar kata org tuanya kami la tu..*
* moga yang terbaik hanya untuknya *

~ Amiiinnnnn Ya Rabb....









“Life is to learn how to give out love, and to let it come in.”

Tuesday, 1 November 2011

.. Terima Kasih awak ! ~

Greeting Text

entry ni khas buat AMY SYIFA .. 
jom tengok blog comel dia sini >>>> http://hujan-pasti-berhenti.blogspot.com/ <<<<

Sekalung budi, setinggi penghargaan sebab Amy sudi buat header mama yang simple
 tp comel sangat
Purple lagi tuuuuuu...

Tapi kan, mama tak berkesempatan nak edit / tukar background blog mama yang semak ni.
InsyaAllah nanti mood baik dan berkelapangan, mama buat.
Kasi sesuai dengan header yang Amy buat tu.

Time kasih banyak2 ye Amy..
suka . suka . suka sangat !!

cuba tengok kat bawah ni.
Cute kan ? kan ? kan?
hihihihi ~

ok lah...mama nak masak untuk lunch dulu...




“Life is to learn how to give out love, and to let it come in.”

Sunday, 30 October 2011

.. Dia sangat bertuah .. Siapa dia ??


Greeting Text

Akhirnya mama dapat tangkap blogger bertuah ni..
Siapa dia ???
V
V
V
v
v
v

Inilah follower ke 100 mama..


HaHaHa.. mesti korang gelakkan mama sebab baru je capai angka tu.
Tak pe la, mama tak kisah kena gelak pun.

Buat empunya blog >>>>>>  Miss Awan Samudera <<<<<<<
nanti mama contact yer untuk something...

 Jom terjah dan follow blog dia..

Kawan2 lain pun amat bermakna bg mama..
Salam persahabatan ukhuwah fillah.. 

                                                     

“Life is to learn how to give out love, and to let it come in.”

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
-:: Tinta Mama with Love ::-