Friday, 13 January 2012

Ya Rasulullah !! aku rindu padamu...

Greeting Text

Salam Jumaat yang penuh barakah sebagai sayyidul ayyam..
Doa mama semoga kita semua sentiasa dikurnia petunjuk dan hidayah dari Yang Maha Esa..

Sejenak mama terkenang peristiwa kewafatan Baginda nabi yang tercinta.. Telah mama kirim selawat dan salam kepada Baginda.. Lantas dengan itu juga, laju sahaja jari-jemari mama menaip "Kisah wafat nabi Muhammad" di youtube..dan mama jumpa ini..Mari kita renuung2kan wasiat baginda nabi pada kita sebagai umat akhir zaman...
Ya Rabbi, lindungilah kami muslimin dan muslimat ini dari segala mara bahaya dan fitnah di dunia mahupun akhirat..Amiiinn...







dan lagu nasyid kumpulan Raihan yg sangat2 menyentuh kalbu...

Alangkah indahnya hidup ini

Andai dapat kutatap wajahmu
Kan pasti mengalir air mataku
Kerna pancaran ketenanganmu
Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kukucup tanganmu
Moga mengalir keberkatan dalam diriku
Untuk mengikut jejak langkahmu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
Tak pernah kutatap wajahmu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
Kami rindu padamu
Allahumma Solli Ala Muhammad
Ya Rabbi Solli Alaihi Wasallim ( 2X )
Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kudakap dirimu
Tiada kata yang dapat aku ucapkan
Hanya tuhan saja yang tahu
Kutahu cintamu kepada umat
Umati kutahu bimbangnya kau tentang kami
Syafaatkan kami
Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kutatap wajahmu
Kan pasti mengalir air mataku
Kerna pancaran ketenanganmu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
Terimalah kami sebagai umatmu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
Kurniakanlah syafaatmu..



“Life is to learn how to give out love, and to let it come in.”

Thursday, 12 January 2012

Rumah Wardina dirompak !!

Greeting Text

Salam pagi dan salam penuh barakah...moga hari ini membuka lembaran baru buat kita semua menj ke arah kebaikan bagi mengecap nikmat dunia sementara ini..

Sejenak mama terjaga dari lena awal pagi tadi, terdetik nak check status fb...rupa-rupanya ada berita yang mendukacitakan yang menimpa saudara seislam kita.. Wardina Safiyyah.. musibah menimpa Wardina sekeluarga dengan kehadiran 3 perompak di rumahnya.. berikut adalah rentetan insiden yang sy ambil dari status twitter Wardina :



Baru semalam mama buat entry tentang contest yang Wardina buat >>> Contest Wardina <<< ..

Mama doakan Wardina sekeluarga tabah dan redha dengan ujian ini.. sebenarnya mama terbayang macam-macam, nauzubillah.. Mesti trauma anak-anak kecil Wardina.. Ya Allah, janganlah berlaku perkara2 tak diingini kepada keluarga, sanak-saudara dan jiran-jiranku... semoga Allah sentiasa melindungi kita dunia akhirat... 

Mari kita amalkan doa-doa ini :
:: Google - Doa hindari musibah ::
:: Google - Doa hindari mudarat ::  

:: Google - Doa ketenangan hati/jiwa ::

Amiiinn....

“Life is to learn how to give out love, and to let it come in.”

Wednesday, 11 January 2012

Jom Tukar Shoutbox 'Shoutmix' to 'Shout Busuk'...

Greeting Text

Hai semua...
Mama dah tukar shoutbox 'Shoutmix' yang free yang dah tak boleh access kepada shoutbox.org punya.. Free juga tau..

Best juga shoutbox Busuk ni...siap tersedia smiley macam-macam kat atasnya.

Ok, bawah ni mama copy paste kan detail pasal free shoutbox dari Busuk ye:

Shout Busuk
Pihak busuk.org kini telah menyediakan perkhidmatan shoutbox yang percuma kepada anda semua. 
Apa itu Shoutbox? Mengikut definition daripada wikipedia, Shoutbox, atau juga dikenali sebagai saybox, tagboard, atau chatterbox adalah merupakan salah satu ciri yang seakan-akan seperti chat room untuk sesebuah laman web bagi membolehkan orang ramai meninggalkan mesej tanpa perlu mendaftar apa-apa dengan laman web tersebut. 
Apakah ciri-ciri yang ada pada shoutbox busuk? Antara ciri-ciri yang kami sediakan pada shoutbox kami ialah : 
  1. Real-time chat - Maknanya anda tak perlu lagi nak refresh shoutbox anda setiap kali nak tengok mesej baru
  1. Custom smilies - Kami menyediakan hampir 100 bentuk emoticon smilies untuk anda. Bukan itu saja, anda juga boleh menggunakan smiley anda sendiri dan boleh pilih sama ada ingin menggunakan bersama smilies kami ataupun menggunakan smilies anda sahaja.
  1. Customizable - Anda juga boleh customize color shoutbox anda mengikut color yang anda sukai atau bersesuaian dengan laman web anda
  1. Word filter - Tak suka dengan sesuatu perkataan? Anda boleh filter perkataan tersebut dan menggantikannya dengan perkataan yang lain.
  1. Ban system - Anda boleh menggunakan ban system kami untuk menghalang sesiapa sahaja daripada menggunakan shoutbox anda
  1. Online user counter - Memaparkan bilangan user online yang sedang menggunakan shoutbox anda
  1. FREE! - Dan yang paling penting sekali, shoutbox yang kami sediakan ini adalah percuma!

Apalagi, daftar di >>>  sini <<<


“Life is to learn how to give out love, and to let it come in.”

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
-:: Tinta Mama with Love ::-