Showing posts with label Peringatan. Show all posts
Showing posts with label Peringatan. Show all posts

Thursday, 16 February 2012

Orang ini lebih jahat dari Iblis laknatullah ..

Greeting Text

Apa khabar sahabat semua.. semoga hari ini dan hari-hari mendatang memberi ketenangan dan keikhlasan kita dalam melaksanakan ibadah kepada Allah SWT..

Siapa orang yang lebih jahat daripada Iblis Laknatullah ni???

Ya, orang yang lebih jahat dari Iblis Laknatullah ialah orang yang tidak mahu solat.. Kenapa???
Kerana sejahat-jahat Iblis Laknatullah, dia tetap tunduk pada Allah SWT.. 
cumanya, Iblis tidak mahu hormat kepada nabi Adam a.s..

Mari mama kongsikan video kuliyah Ustaz Azhar Idrus (UAI) untuk panduan kita bersama :




p/s :  Peringatan buat kita semua terutama para ibu bapa yang ingin memilih menantu.. dan anak-anak yang ingin mencari pasangan hidup. 

Dalam mencari redha Yang Esa, semoga kita tidak tersilap langkah dan tidak tersalah pilih walaupun segalanya telah ditulis diLuh Mahfuz. Sesungguhnya kita sendiri perlu sentiasa berusaha dan mempertingkatkan amalan agar pasangan yang bakal kita temui nanti adalah yang terbaik di mata kita dan di mata Yang Kuasa... Amiiin...



“Life is to learn how to give out love, and to let it come in.”

Friday, 13 January 2012

Ya Rasulullah !! aku rindu padamu...

Greeting Text

Salam Jumaat yang penuh barakah sebagai sayyidul ayyam..
Doa mama semoga kita semua sentiasa dikurnia petunjuk dan hidayah dari Yang Maha Esa..

Sejenak mama terkenang peristiwa kewafatan Baginda nabi yang tercinta.. Telah mama kirim selawat dan salam kepada Baginda.. Lantas dengan itu juga, laju sahaja jari-jemari mama menaip "Kisah wafat nabi Muhammad" di youtube..dan mama jumpa ini..Mari kita renuung2kan wasiat baginda nabi pada kita sebagai umat akhir zaman...
Ya Rabbi, lindungilah kami muslimin dan muslimat ini dari segala mara bahaya dan fitnah di dunia mahupun akhirat..Amiiinn...







dan lagu nasyid kumpulan Raihan yg sangat2 menyentuh kalbu...

Alangkah indahnya hidup ini

Andai dapat kutatap wajahmu
Kan pasti mengalir air mataku
Kerna pancaran ketenanganmu
Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kukucup tanganmu
Moga mengalir keberkatan dalam diriku
Untuk mengikut jejak langkahmu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
Tak pernah kutatap wajahmu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
Kami rindu padamu
Allahumma Solli Ala Muhammad
Ya Rabbi Solli Alaihi Wasallim ( 2X )
Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kudakap dirimu
Tiada kata yang dapat aku ucapkan
Hanya tuhan saja yang tahu
Kutahu cintamu kepada umat
Umati kutahu bimbangnya kau tentang kami
Syafaatkan kami
Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kutatap wajahmu
Kan pasti mengalir air mataku
Kerna pancaran ketenanganmu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
Terimalah kami sebagai umatmu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
Kurniakanlah syafaatmu..



“Life is to learn how to give out love, and to let it come in.”

Thursday, 5 January 2012

wanita dan muslimah !!

Greeting Text





“Life is to learn how to give out love, and to let it come in.”

Friday, 23 December 2011

Sunnah

Greeting Text

Hari Jumaat penghulu hari..
Mari tambah amalan kita dengan berselawat dan memotong kuku..



:: Google ::

Semoga hidup kita sentiasa dirahmati dan diredhai...



“Life is to learn how to give out love, and to let it come in.”

Thursday, 22 December 2011

Bukan saya yang buat !!

Greeting Text

Buat semua pengguna Facebook, jangan sekali-kali anda klik pada iklan wall post yg sangat jelik seperti gambar di bawah. Bukan saya yang buat !! semua mengaku macam tu kan??

Memang pun sebab hackers yang hantar. Sekali je anda klik terus akan di spam ke semua friend dalam akaun kita. Ini contoh yang saya selalu terima dari hackers, kononnnye friend saya yang hantar....

:: fb org lain ::

So, sebar-sebarkanlah ye... kongsi-kongsikanlah ye..agar akaun fb kita tidak disalah ertikan postingnya.

Selamat bermuka buku !

:: google ::


“Life is to learn how to give out love, and to let it come in.”

Thursday, 15 December 2011

Wajarkah Hudud ??

Greeting Text

Apa khabar sahabat2..  semoga kalian sentiasa sihat walafiat dan dirahmati Allah SWT selalu.

Sudah lewat seminggu mama tak mengupdate entry blog ini. Mama dan anak-anak menemani mertua di kampung. Hubby pun berulang alik dari umah ibunya ke tempat kerja..Alhamdulillah, dah selamat kembali ke rumahku syurgaku..

Hari ini, mama nak kongsi video yang sangat menarik dan perlu dilaksanakan kerana ia adalah ARAHAN dari Allah bukan manusia !!!!

"Dan sesiapa yang melanggar aturan-aturan hukum Allah maka mereka itulah orang-orang yang zalim." (Surah Al-Baqarah, 2:229).

Agak2 korang lah, yang mana lagi terbaik antara dua video ini ?
Saksikan..



vs


Kalau mama la, tak berani nak pertikai benda yang dah sahih ada dalam Al-Quran.
Semoga Allah memberi petunjuk buat diri mama dan sahabat semua.. Amiinn


“Life is to learn how to give out love, and to let it come in.”

Tuesday, 6 December 2011

Haram tetap Haram !! HP and Tabasco sauce

Greeting Text

Mungkin ramai yang masih tak perasan tentang pengesahan halal haram dari JAKIM bagi HP sauce dan Tabasco Sauce. So, pihak JAKIM dah keluarkan surat pengesahan ini. Diharap sahabat sekalian tidak lagi menggunakan produk ini. 

Sila rujuk surat di bawah ye :

http://sitik.wordpress.com

Wahai Sa’ad, perbaikilah (murnikanlah) makananmu, niscaya kamu menjadi orang yang terkabul do’anya. Demi yang jiwa Muhammad dalam genggamanNya. Sesungguhnya seorang hamba melontarkan sesuap makanan yang haram ke dalam perutnya maka tidak akan diterima amal kebaikannya selama empat puluh hari. Siapapun yang dagingnya tumbuh dari yang haram maka api neraka lebih layak membakarnya. (HR. Ath-Thabrani)

“Life is to learn how to give out love, and to let it come in.”

Friday, 2 December 2011


Salam Jumaat yang barakah dan Selamat tengahari semua. Masih bersiaran dari kampung bersama anak-anak mama tersayang.
Mama baru lepas siap masak untuk lunch. Menu simple ja : 
Sup sayur
Sambal bilis + tempe
Ayam goreng spicy

Ok la tu.. Mana yang ada dalam peti sejuk je la sebab belum sempat nak shopping. Tunggu hubby balik.
Ish cakap pasal hubby balik ni, buat mama excited. Tak sabarnye. Dah RINDU....... sangat-sangat !
Anak-anak pun dok tanya bila baba nak balik. Lagi-lagi si abg Ziyad..Iyelah, biasanye tiap malam babanye yang akan tolong buatkan susu dan peluk dia. Ish, cepatla baba sampai umah.

Mama tak de nak update pape pun sebenarnya.Saje je nak menyemakkan blog yang tenggelam timbul ni.
Ok la, mama out dulu. Sebelum mengundur diri, just nak remind diri mama dan semua..

Hiasi diri, tingkatkan amal dan tambahkan ibadat. 
Moga Allah sentiasa merahmati hidup kiat di dunia akhirat.


Selamat beramal~


“Life is to learn how to give out love, and to let it come in.”

Monday, 21 November 2011

Coca-cola & Ribena HARAM !!!

Greeting Text

Coca-cola dan Ribena HARAM !!!

Alamak ! mama sekeluarga baru habiskan sebotol Ribena.
So, lepas ni tak beli dah...

Jom ikuti penjelasan dari Ustaz Azhar Idrus dalam video di bawah ini ya. 



“Life is to learn how to give out love, and to let it come in.”

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
-:: Tinta Mama with Love ::-