Showing posts with label Saja2. Show all posts
Showing posts with label Saja2. Show all posts

Wednesday, 21 December 2011

Usrati Habibati ~

Greeting Text


Terima kasih Tuhan di atas kurniaan Mu yang tidak terhingga buat kami sekeluarga..
Ku bersyukur atas rahmat dan kasihMu Illahi dikurniai nikmat ini..
Ku bermohon padaMu Ya Rabbul Izatti, semoga kebahagiaan ini akan kekal di dunia hingga ke syurga. Amiin Ya Rbbal 'Alamin ...


_Keluarga Bahagia_

Bahagia seluruh semesta
Bermula dari keluarga
Dari titisan susu ibu tercinta
Mengalirlah sungai kasih abadi

Tumbuh dari keringat ayah
Kita perah pengorbanannya
yang melimpah
Derai air matanya mengalir
Di darah kita membina cita-cita

Rentaslah seribu laut (serta)
Kembaralah ke seluruh alam
Takkan kau temui
Semurni cinta 2X
Keluarga

Langkah remajamu
Ditusuk sembilu
Kembara dewasamu
Diamuk nafsu

Ingatlah pesan Ibu
Kenanglah pesan Ayah
Kembalilah 
Ke jalan Allah.....

Sayangi keluarga
Di situlah bahagia.....

Lagu: Mujahid Abdul Wahab & Jeff Hazimin Jaafar
Lirik: Pahrol Mohd Juoi
Hakcipta Lagu & Lirik: Gurindam Cipta
Album : Berjalan Melihat Mentafsir


___________ JOM DENGARKAN __________



* I Love You hubby *
* Mama sayang kamu Einas Kaisah *
* Mama sayang kamu Ziyad *
* Mama juga sayang kamu Amna *

“Life is to learn how to give out love, and to let it come in.”

Tuesday, 20 December 2011

Proud of you !!!

Greeting Text





“Life is to learn how to give out love, and to let it come in.”

Friday, 16 December 2011

Klik !! Klik !!

Greeting Text

Saja nak upload gambar-gambar ni... rindu kat sahabat-sahabat seperjuangan mama suatu masa dahulu. Asyik tak sempat je nak upload. Konon-konon nak upload masa entry ni kisah hari ini dan semalam .  Hihi . Mujur anak-anak dah tidur... Jom layan rindu mama..

:: Walimah Asura @ PJ - Che Nur pun baru je sampai ::

:: Nak balik terjumpa pula Fatin dan Nihlah sekeluarga (best3) ::

:: Riuh-rendah dibuatnya (mesyuarat tingkat tepi lori) ::


:: Sampai rumah Sarizah jumpa pulak Zakiyah, Jamiyah dan Shuhaila ::

:: Walimah Sarizah @ Jln Kebun ::
:: Pose dengan pengantin sebelum balik ::

:: Jumpa pula keluarga pakcik Sharom, teacher Sarimah (x sempat bergambar) dan kak Hanim ::




** sudahnya macam gathering kecil-kecilan tapi sangat seronok dan teruja sebab dah lama tak jumpa..

** bila lah nak dapat jumpa balik semua x-Martah Banat (especially batch ke3)..

Lirik ini mama tujukan buat semua sahabat mama -


Doa Perpisahan - Brothers
Pertemuan Kita Di Suatu Hari
Menitiskan Ukhwah Yang Sejati
Bersyukurku Ke Hadrat Ilahi Di Atas Jalinan Yang Suci

   Namun Kini Perpisahan Yang Terjadi
   Dugaan Yang Menimpa Diri
   Bersabarlah Di Atas Suratan
   Ku Tetap Pergi Jua

Kan Ku Utuskan Salam Ingatanku
Dalam Doa Kudusku Sepanjang Waktu
Ya Allah Bantulah Hamba Mu
Mencari Hidayah Daripada Mu
Dalam Mendidikkan Kesabaranku
Ya Allah Tabahkan Hati Hamba Mu
Di Atas Perpisahan Ini

   "Teman Betapa Pilunya Hati Menghadapi Perpisahan Ini.
    Pahit Manis Perjuangan Telah Kita Rasa Bersama.
    Semoga Allah Meredhai Persahabatan Dan Perpisahan Ini.
    Teruskan Perjuangan"

Kan Ku Utuskan Salam Ingatanku
Dalam Doa Kudusku Sepanjang Waktu
Ya Allah Bantulah HambaMu

Senyuman Yang Tersirat Di Bibirmu
Menjadi Ingatan Setiap Waktu
Tanda Kemesraan Bersimpul Padu
Kenangku Di Dalam Doamu
   Semoga Tuhan Berkatimu..

** Ukhuwah itu indah bila bertemu dan berpisah kerana Allah **
Salam Ukhuwah Fillah ~

“Life is to learn how to give out love, and to let it come in.”

Friday, 2 December 2011


Salam Jumaat yang barakah dan Selamat tengahari semua. Masih bersiaran dari kampung bersama anak-anak mama tersayang.
Mama baru lepas siap masak untuk lunch. Menu simple ja : 
Sup sayur
Sambal bilis + tempe
Ayam goreng spicy

Ok la tu.. Mana yang ada dalam peti sejuk je la sebab belum sempat nak shopping. Tunggu hubby balik.
Ish cakap pasal hubby balik ni, buat mama excited. Tak sabarnye. Dah RINDU....... sangat-sangat !
Anak-anak pun dok tanya bila baba nak balik. Lagi-lagi si abg Ziyad..Iyelah, biasanye tiap malam babanye yang akan tolong buatkan susu dan peluk dia. Ish, cepatla baba sampai umah.

Mama tak de nak update pape pun sebenarnya.Saje je nak menyemakkan blog yang tenggelam timbul ni.
Ok la, mama out dulu. Sebelum mengundur diri, just nak remind diri mama dan semua..

Hiasi diri, tingkatkan amal dan tambahkan ibadat. 
Moga Allah sentiasa merahmati hidup kiat di dunia akhirat.


Selamat beramal~


“Life is to learn how to give out love, and to let it come in.”

Thursday, 1 December 2011

Episod #1


Selamat pagi..eh tengahari..
Minggu ni mama bersiaran dari kg di rumah mak mama.. Kg Bukit Kapar.
Lama dah tak berkesempatan nak update blog ni dan berbw..
Kalau nak diceritakan segala kisah-kisah yang berlaku dan telah berlalu memang tak cukup page ni. Tak pe la, mama simpan sendiri lah cerita tu.

Sebenarnya, mama rindu kat hubby mama. Sebab semalam sampai Jumaat ni dia tak disisi kami anak beranak. Sebab ... dia kerja lah.. hihihi... dan kami di kg. sobsob ~

Alhamdulillah, kakak Einas dah beransur pulih dari demamnya selepas pulang dari bercuti sakan dengan rombongan sekolah neneknya di Langkawi minggu sudah. Demam penat sangat kot.

Abang Ziyad pulak, dah mula rajin ke masjid ikut pakciknye. Kalau dengan pakciknye, boleh pulak dia duk diam. Kalau dengan baba dia tak taula. Mesti lari sana sini atau nak berdukung je. Bila pakai songkok dia kata : "ini Ustat Ziyad"... Amiiin....

Lil Amna pulak tengah melasakkan diri dengan mula memanjat dan berdiri sokmo. Gigi pun dah mula tumbuh sebatang belah atas. Adus, lepas ni menjerit-jerit la mama bila bf kan dia. Jangan geget mama ye syg..

Okla, mama nak sambung masak untuk lunch. Sambil2 korang jamu mata gambar mama dengan lil Amna ye..masa ni mama 8 blulan, Lil Amna pun 8 bulan dah sekarang..Komen jangan tak komen. hihi..


Wassalam

“Life is to learn how to give out love, and to let it come in.”

Wednesday, 23 November 2011

Kisah hari ini dan semalam

Greeting Text

Selamat pagi Malaysia. 

Kisah semalam dan kelmarin

Korang tengok bola Malaysia lawan Indonesia? mama dan hubby tak dapat tengok sebab rumah kami tak ada tv .. tak pernah ada TV sejak kahwin . Sebab-sebabnya ?? Banyak sangat..
Lagi pun nak bagi anak-anak fokus sikit bila belajar kot.
Alhamdulillah, setakat ni anak sulung mama dapat fokus masa study kat rumah. Walaupun ada internet, tapi masa lebih terhad sebab nak kena bergaduh dan berebut dengan Ziyad. Hihihi.  

Ok lah, cerita tentang bola.. agak berdebar konon2la . Padahal just follow dari facebook member2 yang menonton je. Syukur, Malaysia bolos...hihihi

Ambil dari : Amboi dot com



Kisah hari ini


Tak ada apa yang menarik pun. Mama rasa lama dah tak update blog. Malas. Just blogwalking blog orang dan jadi silent reader. Komen pun tidak, like pun tidak. dan hari ini malas ditahap gaban sebab kami anak beranak (mama dan anak2) dok berkampung dalam gua batu putih a.k.a bilik tidur .  Blogging pun dari dalam bilik. Tapi sebelum tidurkan si kecik Amna, sempatla mama mop seluruh ruang tamu dan tangga.

Uish, kalaula cuti sekolah ni baba pun cuti kan best !

Anak mama dah bising. Bestnya cuti sekolah kalau dapat pergi holiday mana-mana. Nak buat lagu mana, baba dia kerja. Nak suruh baca buku cerita kat rumah ni, memang semua buku-buku dah habis dipulun satu almari dah. Nampak gaya kena bawa ke library kot. Tapi, macamana pulak. Kena tunggu balik kampung, pakcik dia tolong bawakla pulak. Hurm, bising dah dia.. Sabar ye kakak.

InsyaAllah hujung minggu ni balik kampung *Banting*. Nak berkampung kat sana pulak kot. Kalau dah kat sana, memang takkan update blog atau facebook la ye. Maklum sajalah, no internet. Hihihi.

Jemputan kahwin dah berderet macam biasa. InsyaAllah kalau tak de aral melintang dan diizin Allah, kami sampai ye. Nanti petang-petang sikit mama nak upload gambar-gambar masa wedding Asura, Sarizah, sepup-sepupu mama. Dan gambar-gambar yang mama rasa mama nak up sikit la. 

Ok la.. masa untuk masak !
wassalam..




“Life is to learn how to give out love, and to let it come in.”

Thursday, 17 November 2011

Budak Cemerlang !!

Greeting Text

Mama menaip dalam keadaan mengantuk dan tersengguk-sengguk. Sebenarnya mama sekeluarga baru balik dari majlis Hari Kecemerlangan Pelajar di sekolah anak mama. Jam 8.30 tepat kami sampai dan majlis bermula jam 8.45 pagi. Mama terus cari tempat duduk di depan for sure. Sebab senang dan terang dapat tengok muka anak mama amik hadiah nanti. Majlis dimulakan dengan bacaan doa, kemudian persembahan anak2 darjah 3.

Majlis diteruskan dengan penyampaian hadiah bagi pra sekolah. Kira graduation day diorang lah ni. Lancar dan cepat je. Tup-tup majlis berehat seketika jam 9.11 pagi. Ibu bapa dan jemputan dijemput makan free kat dewan yang disediakan. Fuh, makanan memang banyak. Nasi lemak, mee goreng, bihun goreng, kuih muih, beberapa jenis air. Mama ambil nasi lemak barang sepinggan tu pun sesenduk. Dalam hati kata, entah habis entah masuk tong sampah. Maklumlah tong perut mama kecik. Tapi tengok parent lain ambil makanan macam kelaparan seminggu. Semua jenis nak ambil. Penuh-penuh pinggan lagi. Tong perut besar kot, sebab tengok saiz badan pun, no comment !

Mama makan bergilir dengan hubby sebab lil girl Amna tido. Lepas mama makan, baba pulak makan. Tapi, nasi lemak tu memang sedap ! 
Majlis bersambung dalam pukul 10.24 pagi. Yang boringnya ucapan ler. Hihihi. Masa Guru Besar bagi ucapan ok lagi, padat dan berisi info2 penting ja. Pastu wakil YDP PIBG sek. ok jugak, lagi pendek je ucapannya. then, ucapan perasmian wakil PPD. Mak ai, panjang la pulak. Mama jeling orang sebelah2, kanan kiri, depan belakang. Masing-masing buat muka toya. Siap ada yang tidur lagi. 

Habis sesi ucapan, penyampaian hadiah mula. Segar sikit kami ibu bapa. Masa tu berebut nak ambil gambar. Alhamdulillah, kakak Einas dapat 94.8%. Tertinggi dalam darjah 1 tapi berkongsi dengan kawannya, sama markah. Yang mama dan baba terkilan, kenapa ditulis dan diumumkan tempat kedua padahal ada kes yang sama budak darjah 4 dua orang dapat tempat kedua. 

Mama darjah 1 dulu pun sama kes ni. Ada 2 org dapat markah sama. tapi cikgu still tulis dan announce sebagai tempat pertama bagi kedua-dua kami. Adil ! 

Mujurla terubat kesedihan kami bila kakak Einas naik pentas sekali lagi untuk hadiah mata pelajaran terbaik : Sains 99% dan Bahasa Arab 100%.. Boleh la mama dengan baba senyum dalam berduka.

Majlis belum sampai penghujung, kami terus balik. Amna dan Ziyad dah mula tak selesa. Hari makin panas. Budak-budak dah mengantuk. Sampai je rumah, lunch beli je kat kedai minang atas tu . Then, mandi-mandi tidur budak-budak ni. Kesian baba, lepas solat zohor terus pergi kerja. Kesian juga kakak Einas, terus bersiap2 untuk ke sekolah agama. Sempatla mama terlelap dalam 10 minit masa susukan Amna sebelum kakak Einas ke sek agama.

The End~

Sorry entry yang panjang. Gambar2 mama upload kemudian ya!!


“Life is to learn how to give out love, and to let it come in.”

Wednesday, 16 November 2011

Testing....

Greeting Text






“Life is to learn how to give out love, and to let it come in.”

Friday, 11 November 2011

Pabila tiba musim kawen~

Greeting Text

Masuk bulan Nov hingga Dis adalah musim kenduri kendara..
Hujung minggu paling sibuk dengan rewang (gotong-royong) bagi yang bergelar saudara-mara.

Okla, minggu ni mama ada beberapa jemputan walimah.
  • Walimah Fara (sepupu) - Bukit Kapar - Sabtu
  • Walimah Asura - Taman Dato' Harun, PJ - Sabtu
  • Walimah Sarizah - Kg. Sg. Kandis, Klang - Sabtu

Hari Ahad pnye 2 lagi jemputan lupa la.. Ada kadnye kat kg.
Hihihihi

Selamat Pengantin Baru kpd mereka yg bakal mendirikan rumahtangga!!



“Life is to learn how to give out love, and to let it come in.”

Friday, 21 October 2011

Only in Japan ya.....



Alalalalalala....

Bestnye kalo ade kat Malaysia kan???? kan ??

soooo cuteeeeee...


“Life is to learn how to give out love, and to let it come in.”

Wednesday, 19 October 2011

..Test Mata Anda..


Kawan2, jom buat test ni...
first 3 words yang korang nampak pe?

Mama da cuba dan ini first 3 word mama :
- lovely
- beautiful
- funny

Korang pulak????
 ________________________________________________________

“Life is to learn how to give out love, and to let it come in.”

Saturday, 4 July 2009

Menghitung Hari...

Menghitung hari,
detik demi detik,
masa ku nanti apa ‘kan ada
Jalan cerita,
kisah yang panjang,
menghitung hari...

Begitulah lirik lagu yg pernah berkumandang... seakan sama dgn apa yang aku alami tika ini.. menghitung hari-hari untuk menanti kelahiran baby dlm tummy ku ini.. kalau ikut due date, ada lagi 23 hari..

Alhamdulillah setelah 36minggu++ dlm perut mama, baby kat dalam ni sihat kata Dr..segalanya ok, dari air ketuban, uri dll.. semoga segalanya berterusan begitu..

Masa tengah scan pun baby still bergerak aktif.. angkat2 kepala, tendang2 .. mungkin dah tak sabar nak kelaur, almaklumlah ruang dah semakin sempit..dah tak boleh nak berpusing2.. Dr kata kepala memang dah kat bawah, so kena sentiasa ready sebab bila-bila masa je dia boleh keluar.. herm , takutla pulak sebab dah lama tak rasa sakit bersalin.. inas pun dah tadika..

Inilah dia babyku yang aktif dalam perutku ni :


Ya Allah, kurniakanlah daku kekuatan dan ketabahan menghadapi segala dugaanMu.. berikan aku petunjuk dan hidayahMu.. kurniakanlah keberkatan buat zuriatku ini dan keluargaku.. Amiin...

Teman2, ku harapkan jua doa kalian agar daku sentiasa dipermudahkan segala urusan... terima kasih buat semua yang sentiasa sudi membantuku.. Allah sahaja yang bisa membalasnya..

“Life is to learn how to give out love, and to let it come in.”

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
-:: Tinta Mama with Love ::-