Showing posts with label Tips. Show all posts
Showing posts with label Tips. Show all posts

Thursday, 10 November 2011

Dosa Kahwin

Greeting Text

:: Google ::
"Aku terima nikahnya si fulanah binti si fulan dengan mas kahwinnya RM...."
Itu adalah tersurat. Apa yang tersirat? Yang tersirat ialah:
"Aku tanggung dosa-dosa si fulanah ini dari ibu bapanya, apa saja dosa yang dia buat, aku tanggung dan bukan lagi ibu bapanya tanggung dan aku tanggung dosa bakal anak-anak aku. Akulah orang yang bertanggung jawab dalam memberinya nafkah zahir dan batin, memberinya ilmu dunia Akhirat dan juga bertanggung jawab memegang tanganya bersama-sama berlari bertemu-Mu Tuhan. Aku juga sedar, sekiranya aku gagal dan aku lepas tangan dalam menunaikan tanggung jawab, maka aku fasik, suami yang dayus dan aku tahu bahawa nerakalah tempatku akhirnya dan malaikat Malik akan melibas aku hingga pecah hancur badanku. Akad nikah ini bukan sahaja perjanjian aku dengan si isteri dan si ibu bapa isteri, tetapi ini adalah perjanjian terus kepada Tuhan."

** Itu perjanjian sebenar bagi seorang suami sewaktu akad nikah **
** Suami kena bersedia memikul tanggungjawab dan dosa isteri **
** Isteri kena berhati-hati agar dosa kita tak memberati suami **


Lanjut :  >>> DOSA DALAM PERKAHWINAN <<<


“Life is to learn how to give out love, and to let it come in.”

Wednesday, 19 October 2011

...free DSLR tutorial...

                                                           

                                                                      Assalam semua...

awal2 pagi mama dah godek2 cik Nikky  ni..tapi hati ade sikit rase keciwa dan gundah gulana sebab......
HUHUHU.... mama masih tak dapat explore sepenuhnya penggunaan cik Nikky ni !!!!! uwaaa...



Minat fotografi memang terpendam sejak kecik2 lagi.. suka yang amat untuk mengklik sana, klik sinun.. sampaikan sanggup pinjam dan sewa kamera pakcik mase sekolah rendah dulu. dan yang pasti, mama suka amik gambar orang lain BUKAN gambar mama seniri... MALU...

Agak2la sape nak ajarin mama shoot cantek2 ??? pleeeaaaaasee... 
Memang teringin sangat nak gi course (yang murah ade, yang mahal memang banyak dan yang free pun ade...) tapi, still mama dirundung kesempitan masa dan waktu memandangkan anak2 masih kecil ni...

Em, tak pe la kalau Allah beri ruang dan kesempatan tu, mesti dapat juga mama belajar kan???
(yes, yakin . yakin. yakin).... hihihi... ok la.. babai....



“Life is to learn how to give out love, and to let it come in.”

Wednesday, 12 October 2011

Lose weight quickly !




Wanna be lik this guy ????


  1. Drink plenty glasses of water everyday ! (8 to 10 glasses should be okay)...
  2. Control your meals (watch what u eat !)
  3. Exercise moderately (banyakkan berjalan pun sangat okey)
  4. Go easy on hot tea for every meals (to burn fat) 
  5. Don't push yourself !! (make it slow2la tp berterusan ya...) 
tapi, mama paling senang nak loose weight bila preggy...huwaaa... sebab morning sickness yang sangat dahsyat...



.........................................................................................

“Life is to learn how to give out love, and to let it come in.”

Tuesday, 11 October 2011

Wajarkah ?????



Entry ni mama tulis khas sebagai panduan / peringatan buat ibu2 di luar sana...

Anak mama si kakak ni darjah 1. Cepatla sangat terpengaruh dengan barang2 yang dijual di sekolahnya. 

Arini dia membuat mama naik angin sebabnya berguling2 minta izin dan duit untuk membeli KALKULATOR kecil yang disertakan dengan 1 buku nota dan sebatang pen ! harga RM8 (promosi budak sekolah katanya). RM8 tu duit belanja seminggu nak oiiii.....

(gambar google: Kalau yg ni mau jugakla mama belikan, bule makan)

Sudah dipujuk elok2 sejak petang semalam. Sudah diterangkan oleh mama baba bahawa masih bukan keperluan bagi murid darjah 1 untuk membeli kalkulator dan macam2 alasan kami berikan.. Tetap sama juga kedegilannya nak miliki kalkulator sebabnya : majoriti kawan2nya nak beli !!!

Yang menjadi batu api pun ade. Siap berani cakap kat mama sendiri tu. 

Kawan Einas : "Ala aunty, bukan mahal pun lapan ringgit je. Saya nak beli dua esok"....

Pergh, tersirap darah mama. Peliknya, mak ayah dia bagi je. Baru darjah satu tu.. Bila tanya balik.

Mama : "Korang nak buat apa dengan kalkulator tu?, 
Bukan cikgu bagi guna untuk belajar matematik pun.."

Kawan Einas : "Ala, bole tulis2, lukis2 kat kertas. Kan dapat pen.."

 Itu jer reason terbesar yang boleh dia bagi. Bikin mama geram ni, menghasut ank mama yg sorang tu..

So, permintaan ditolak (1000 kali tolak) kerana bukan keperluan dll.. (lagipun kalau nk sangat kalkulator, ade 2, 3 biji kat setor xde sapa nak guna since mama dah lama tinggalkan math). Nak buku nota pun byk yang mama dapat free, yang cute2 pun ade berbanding yg dijual bersekali kalkulator tu, kertas kosong ja..

Wajarkan??????

- Diharapkan pihak sekolah pantau2 la individu2 yang berniaga di sekolah2.. bukan tak boleh, tapi ikut keperluan murid-murid yg berkenaan sahajala ye...




“Life is to learn how to give out love, and to let it come in.”

Wednesday, 5 October 2011

Ceritera Wag Saku 2


...... ASSALAM kawan2.....

hari ni mama tengah punya mood yang baik untuk menyambung ceritera Wang Saku.. episod kali ini wang saku bila dah masuk sek menengah sampaila mama kawen..

Alkisahnye,
Mama mendapat tawaran untuk bersekolah di SAMH Sg Bertih Klang.. ala jalan Tepi Sg Klang (sume org tau sg ni kat mana).. then, masa dpt offer letter tu mmg sungguh-sungguh tak mo gi sebabye, kunun2 nak sama sekolah dengan my best friend la (disebut sebagai Umi shaja ya) yang mendapat tawaran di SAMT Kg Jawa.. Bukan jauh pun, tapi kunun2 jugak sekolah tu sek agama JAIS untuk budak2 terror katanya.. hurm ;)
 :: ni lencana sek kami ::

Setelah buat surat rayuan 2 kali naik-turun jumpe pegawai berkenaan (tp nampak gaya depa tak berkenan kot), terpaksa rela untuk ke SAMH Sg Bertih tu la dengan 1 syarat yg ketat buat mak. MESTI NAK DAPAT DUDUK ASRAMA, KALAU TAK DAPAT ASRAMA TANAK SEK !!! wahahaha... teruk kan mama ni, pi paksa mak untuk makesure dapatkan asrama... (teringat masa form 1 ramai yg menangis xleh tido mlm sebab x mo dok asrama, Pelik je mama rase diorang ni)..

Oklah, straight to the point !

Masuk sek menengah (Form 1- awal Form 4). 

Ayah bekalkan banyak duit wo.. sebulan kadang2 RM15, kadang2 RM20, kadang2 RM30... yang pasti mesti ade sen2 sebab ayah kata nanti senang naik bas. Keta tadek, kami bukan orang kaya.. 

Sebenarnye bile mama tanye kawan2 lain, mak ayah diorg bese bagi RM50 sebulan.. wow, tu belum diorang mintak extra bila mak ayah datang melawat.. pelik la.. ntah ape yg diorg beli bule cepat abis duit..dan yang pasti mama tak penah abis pun guna RM20 @ RM30 sebulan tu.. tiap kali balik kampung mak ayah bising sebab duit tak terusik (ok ape, jimat sikit tak payah nak bg lagi untuk bulan seterusnya kan???)


Tukar sekolah mase form 4 sampai abis Diploma. 

Seingat mama sekali je kot ayah bagi duit saku masa bulan pertama di sekolah baru. RM50 (fuyooooo)..

Tu pun simpan duit saku tu sampai dekat 3 bulan sebab dah dapat elaun JAIS RM60 sebulan. Sejak tu mama tak penah mintak duit saku dari mak ayah. Kalau diorg nak bagi pun, mama bagi alasan duit elaun masih ada. Tapi yang peliknye la kan.. kawan2 mama still mintak duit saku dari mak ayah diorg tiap2 bulan (sukahatila masing2). 

Paling best dengan elaun  RM60 tu la mama dapat kumpul duit untuk amik lesen motor dan keta.. kecuali masa lesen keta ayah topup RM23 sebab terkurang bawak duit masa register..

 :: mama poyos ::
Finally, masuk UIAM dan kawen..

Masuk UIA lagi best sebab ade PTPTpu  (PTPTN).. memang mak ayah tak risau sebab anak dia kompem ade duit. Alhamdulillah, sempat 1 sem je, then kawen (yahuuu...) dengan berkat berjimat guna duit PTPTN tu, dapatla mama abiskn study w/pun extend ntah berapa kali sebab bersalin dan gugur dll. Never ask my parent for money ya!!! (syukur sangat2) .. thanx to my hubby sebab sentiasa setia, sabar dan tetap melayan ragam mama dan anak (einas je masa tu) sampai abis study... 

Dan sekarang................. kenalah bayar balik duit tu.... uwaaaaaa....


======== Apa motif disebalik ceritera Wang Saku ni ?? ===========

nantikan ya!!



“Life is to learn how to give out love, and to let it come in.”

Saturday, 16 May 2009

2) Baby development_asal kejadian manusia

“APAKAH Engkau akan menjadikan manusia yang akan melakukan kerosakan dan pertumpahan darah di dalamnya, sedangkan kami sentiasa bertasbih dan menyucikan Engkau,” demikian pertanyaan malaikat kepada Allah kerana terkejut dengan pengisytiharan-Nya yang mahu menciptakan Adam dan keturunannya sebagai khalifah di bumi.


Namun, selepas itu malaikat akur keputusan itu. Kemudian Adam diciptakan, iaitu daripada tanah kering yang berasal daripada lumpur hitam. Daripada tanah, Allah menjadikan Adam berperingkat, kemudian meniupkan roh ke tubuhnya. Akhirnya sempurnalah kejadian Adam sebagai manusia, merangkumi otak, darah dan daging, bebas bergerak dan bertindak mengikut kehendak dan akal fikiran.
Apabila penciptaan Adam sempurna, Allah memerintahkan semua malaikat sujud kepadanya sebagai memulia dan menghormatinya.
Perkara ini dapat dilihat melalui ayat 28 hingga 29 surah Yusuf, maksudnya:
“Dan (ingatlah) ketika Tuhan-Mu berfirman kepada malaikat; sesungguhnya Aku akan menciptakan seorang manusia daripada tanah liat kering, daripada lumpur hitam yang diberi bentuk. Apabila Aku menyempurnakan kejadiannya dan meniupkan kepadanya roh (ciptaan) Ku, tunduklah kamu kepadanya dengan bersujud.”
Selepas itu Allah mengajarkan kepada Adam segala nama, yang menjadi asas ilmu pengetahuan sebagai bekalan hidup di bumi. Apabila Adam mendapat ilmu, Allah memperlihatkannya kepada malaikat, dia memiliki darjat yang tinggi dari segi ilmu berbanding malaikat. Lalu malaikat berkata: “Sungguh kami menyucikan Engkau wahai Tuhan kami, kerana kami tidak mengetahui melainkan yang telah Engkau ajarkan kepada kami dan Engkau Maha Mengetahui segalanya, Maha Bijaksana dalam segala urusan yang Engkau ciptakan.”
Perkara ini dapat dilihat melalui surah al-Baqarah, ayat 31 hingga 33. Semua malaikat akur dengan perintah Allah dan sujud kepada Adam.
Bagaimanapun, iblis dengan angkuh dan sombong enggan berbuat demikian. Iblis memberikan jawapan kepada Allah kononnya dia lebih mulia daripada Adam. Menurut iblis, dia diciptakan daripada api, manakala Adam daripada tanah. Justeru, iblis menyangka dirinya lebih bermaruah dan mempunyai kedudukan tinggi daripada Adam. Melihat gelagat iblis yang bongkak itu, Allah melaknat iblis dan mengusirkannya dari syurga untuk selama-lamanya. Hukuman itu menyebabkan iblis berdendam dengan Adam, lalu ia menyatakan permohonan kepada Allah supaya dipanjangkan usia sehingga hari kiamat. Iblis juga bersumpah untuk menyesatkan anak cucu Adam dari jalan yang benar, dengan mendatangi mereka (manusia) dari setiap penjuru untuk mengawasi kelemahan dan kecuaian mereka, sehingga mengheret ke lembah kesesatan dan derhaka kepada Allah.
Permohonan itu dikabulkan, namun Allah turut mengutuk iblis, melalui firmanNya:
“Keluarlah kamu dari syurga ini dengan keadaan yang hina, kamu tidak akan mendapat rahmat-Ku dan Aku bersumpah akan memenuhi jahanam dengan kamu sekalian dan orang yang mengikutimu.”
Selepas iblis diusir dari syurga, Adam tinggal keseorangan dan pada satu ketika dia terlena. Ketika itu, Jibril mencabut tulang rusuknya di sebelah kiri, dibentukkannya menjadi daging dan tulang, seterusnya terciptalah Hawa, sebagai isteri. Perkara ini dinyatakan dalam surah al-Nisa, ayat 1. Adam dan Hawa tinggal di syurga dengan segala kenikmatan. Namun, Allah melarang mereka dari mendekati sejenis pokok sekali gus menegah memakan buahnya.
Mereka diberi amaran, jika melanggar larangan itu, mereka termasuk golongan yang zalim dan akan mendapat balasan daripada Allah. Bagaimanapun, larangan itu tidak dipatuhi. Kemudian, semua pakaian dan perhiasan di syurga yang dipakai mereka terlepas, dengan tiada satu pun tertinggal, melainkan mahkota. Sambil menangis, Adam menoleh kepada Hawa, lalu berkata: “Persiapkanlah dirimu untuk keluar dari sisi Allah. Inilah permulaan munculnya maksiat.” Hawa menjawab: “Wahai Adam! Aku tidak pernah menyangka ada makhluk berani bersumpah palsu kepada Allah.”Di syurga Adam sentiasa berlari kerana malu kepada Allah, sehingga Adam mengira azab Allah dipercepatkan, lalu dia menundukkan kepala dan berkata: “Ampun! Ampun.”
Lalu Allah berfirman: “Wahai Adam, adakah kamu melarikan diri dari-Ku?” Adam menjawab: “Tidak, tetapi aku malu kepada Engkau wahai Tuhan!”
Kemudian Allah mewahyukan kepada dua malaikat, supaya mengeluarkan Adam dan Hawa dari sisi-Nya, kerana telah menderhakai-Nya. Tanpa berlengah, Jibril melepaskan mahkota di kepala Adam, manakala Mikail mencabut mahkota di keningnya.
Selepas diturunkan dari tempat suci ke tempat yang penuh kelaparan, Adam menangisi kesalahannya selama seratus tahun. Dia sentiasa menundukkan kepala di atas kedua-dua lututnya, sehingga titisan air matanya membasahi bumi, menumbuhkan rumput dan pokok.
Wahab bin Munabbih menceritakan, Nabi Adam berada dalam kemurkaan Allah selama tujuh hari. Pada hari ketujuh Allah memanggilnya, kemudian memberikan wahyu kepadanya: “Wahai Adam, kesedihan apakah yang Aku lihat menimpamu hari ini? Bencana apakah menimpamu sehingga menyebabkanmu hanyut?"
Adam berkata: “Sungguh besar musibah, wahai Tuhan. Aku diliputi kesalahanku sendiri dan aku keluar dari kerajaan Tuhanku, sehingga aku berada di tempat kehinaan, sebelumnya aku berada dalam kemuliaan. “Aku berada di tempat celaka, sebelumnya aku dalam kebahagiaan. Aku berada di tempat sukar, sebelumnya aku dalam kemewahan. Aku di tempat bencana, sebelumnya aku dalam keselamatan. “Aku sekarang berada di tempat yang akn musnah setelah berada dalam ketenangan. Aku sekarang berada di tempat yang hancur setelah berada di tempat kekal abadi dan aku sekarang berada di tempat yang penuh penipuan setelah berada dalam keamanan. Tuhanku, tentu saja aku menangisi kesalahanku? Bagaimana mungkin aku tidak meratapi diriku sendiri?”
Allah berfirman kepada Adam: “Bukankah Aku telah memilihmu untuk diri-Ku? Aku telah menghalalkan rumah-Ku untuk dirimu, Aku memilihmu atas semua makhluk-Ku, Aku mengkhususkan keramat-Ku terhadap dirimu, Aku mencurahkan kecintaan-Ku terhadap dirimu, Aku memberi peringatan kepadamu akan kemurkaan-Ku?Bukankah Aku menciptakanmu sendiri, Aku telah meniupkan nyawa ke dalam tubuhmu, Aku memerintahkan malaikat supaya sujud dan bukankah Aku menjadikanmu sebagai pendamping-Ku di syurga-Ku. Kamu menggunakan keramat-Ku sekehendakmu sendiri, sehingga kamu telah menderhakai perintah-Ku, kamu telah melupakan janji-Ku dan mensia-siakan wasiat-Ku? Bagaimana sekarang kamu akan memungkiri seksaan-Ku?Demi kemuliaan dan keagungan-Ku, seandainya bumi ini penuh dengan orang seperti kamu, di mana (mereka) sentiasa bertasbih malam dan siang tiada hentinya. Kemudian mereka menderhakai Aku. Aku akan memberikan tempat kepada mereka seperti tempat orang yang derhaka. Sesungguhnya Aku mengasihani kelemahanmu, mengangkatmu dari kejatuhan, menerima taubatmu, mendengar permohonanmu yang tulus dan Aku mengampuni dosamu.”Lalu disuruh-Nya Adam berkata: “Tiada Tuhan selain Engkau, Maha Suci Engkau ya Allah dengan segala puji-Mu, aku telah menganiaya diriku sendiri dan aku melakukan kejahatan, terimalah taubatku. Sesungguhnya, Engkau Yang Maha Penerima taubat lagi Maha Pengasih.” Kemudian Allah mengirimkan kepada Adam sebuah khemah dan diletakkannya di tempat berdirinya Kaabah (sebelum Kaabah itu sendiri diciptakan). Di sanalah Adam tinggal dan seterusnya mengembangkan keturunannya.
Susunan Idris Musa
idris@hmetro.com.my
©The New Straits Times Press (M) Berhad

“Life is to learn how to give out love, and to let it come in.”

Tuesday, 21 April 2009

Untuk pengantin baru..

WASIAT RASULULLAH S.A.W. ADAB UZ-ZIFAF Ahmad telah menceritakan :
"Telah menceritakan kepada kami oleh 'Amru bin Hafsah dan Abu Naar dari Muhammad bin Al-Haitham dari Ishak bin Hanjih, dari Husaif dari Mujahid daripada Al-Khudri yang berkata :


"Rasulullah s.a.w. telah berwasiat kepada Saidina Ali bin Abi Talib r.a di mana baginda telah bersabda :

"Wahai Ali, bila pengantin perempuan masuk ke dalam rumahmu, maka (suruh ia) tanggalkan kasutnya ketika ia duduk dan (suruh ia) membasuh kedua-dua kakinya. Maka sesungguhnya apabila kamu berbuat demikian Allah mengeluarkan tujuh puluh (70) jenis kefaqiran dari rumah kamu,! dan Allah s.w.t. menurunkan tujuh puluh (70) rahmat yang sentiasa menaungi di atas kepala pengantin sehingga sentiasa keberkatan itu meratai setiap penjuru rumahmu dan pengantin itu sejahtera dari penyakit gila, sawan (gila babi) dan sopak selama mana ia berada di dalam rumah tersebut.


Laranglah pengantin itu daripada memakan dan meminum empat (4) jenis makanan ini pada minggu pertama perkahwinan iaitu :

1.Susu

2.Cuka

3.Coriander (Ketumbar)

4. Apple Masam


Saidina Ali r.a bertanya :

"Wahai Rasulullah, mengapakah empat jenis makanan ini di larang..?"


Baginda menjawab :

"Kerana rahim perempuan itu kering dan sejuk, dengan sebab dari empat perkara (makanan) ini untuk menghalang dari dapat anak. Sesungguhnya tikar di penjuru rumah adalah lebih baik daripada perempuan yang tidak dapat anak."


Saidina Ali r.a ! bertanya :

"Wahai rasulullah, mengapakah cuka itu dilarang..? (semasa haid dan semasa minggu pertama perkahwinan) .


"Baginda menjawab :

"Apabila ia minum cuka semasa haid, sesungguhnya haidnya itu tidak akan bersih selama-lamanya secara sempurna .

Mengenai Coriander (ketumbar) ia mengganggu haid di dalam perutnya dan menyukarkan kepadanya kelahiran .

Tentang Apple masam, ia memotong haid sebelum masanya maka menjadikan haid itu berlalu begitu saja dengan sebabnya."


"WAHAI ALI PELIHARALAH WASIATKU INI SEBAGAIMANA AKU TELAH MEMELIHARANYA DARI JIBRIL A.S."
>>>>>>>>forwarded email >>>>>>>>>>>>>>>>

“Life is to learn how to give out love, and to let it come in.”

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
-:: Tinta Mama with Love ::-