Friday 28 November 2008

Prison Break Addicted !!!

Oh no !!! again... and again...
Watch the Prison Break Season 4 Episode 12 with an episode title: Selfless.

See Sara takes a hostage in a bid to secure Scylla. While, Michael and Lincoln finally meet the General while one of their members switches allegiance.

Next,
Watch Prison Break Season 4 Episode 13. This new Prison Break episode is entitled as “Deal or No Deal” (as the same name of a game show).

The current episode of this action-drama series surrounds on how Michael must hold the team together after the betrayal of Self. While T-Bag got himself a new partner who blackmails Gretchen into finding a buyer for Scylla. Self on the other hand makes the feds think that Lincoln killed him and the feds go after the team.

“Life is to learn how to give out love, and to let it come in.”

Gagah Semasa Hamil...

Masyarakat sering mengaitkan wanita hamil dengan fenomena letih, gemuk, berat dan sebagainya. Faktor ini mungkin disebabkan wanita hamil sendiri yang menonjolkan imej sebegitu rupa di khalayak. Walhal, wanita hamil boleh tampil cergas dan “gagah” biarpun mereka sedang sarat mengandung malah terpaksa pula bekerja di pejabat seperti individu lain.

Mengandung merupakan suatu proses semulajadi yang dialami oleh wanita normal yang telah berumahtangga. Selepas persenyawaan berlaku diikuti dengan beberapa proses lahiriah, maka wanita hamil akan mengalami pelbagai peringkat sewaktu tempoh kehamilan mereka itu.
Apabila disahkan hamil, janin atau embrio dalam uterus anda akan membesar hari demi hari. Bermula daripada sekecil biji anggur ia akan membesar berkali-kali ganda hingga kadang-kadang mencecah berat lima kilogram beras. Proses pembesaran inilah yang membuatkan tubuh badan wanita hamil berubah, mengembang dan menjalani proses kematangan yang tertentu. Selama sembilan bulan berikutnya semua organ dalam badan wanita hamil seperti hati, paru-paru, darah, payu dara, sistem penghadaman, buah pinggang, kulit dan sudah tentunya uterus akan mengalami perubahan yang besar.

Perubahan ini berlaku apabila kandungan hormon dalam badan seperti progesteron bertindak balas dengan tubuh badan wanita hamil. Soalnya, bagaimana anda ingin kelihatan gagah biarpun anda terpaksa mengusung perut yang memboyot ke sana dan ke mari? Rahsianya mudah sahaja. Anda perlu faham kitaran kehamilan anda sendiri dan berusaha untuk mengatasi segala masalah dengan bijak.

Bermulanya sebuah kisah...Jika sebelum mengandung, perut anda kelihatan begitu ramping. Kini setelah anda mengandung sebulan, dua atau tiga bulan dan seterusnya, perut anda akan kelihatan sedikit menonjol dan berisi. Walau bagaimanapun, saiz perut ini terpulang kepada individu. Ada wanita yang perutnya kelihatan sangat kecil malah seperti tidak mengandung biarpun sedang hamil lima bulan. Ini mungkin disebabkan faktor genetik ataupun tulang selangka mereka yang memang kecil dan molek.

Tip yang boleh diamalkan di sini ialah meminta pasangan anda mengambil gambar anda bermula bulan pertama kandungan sehinggalah bulan kesembilan. Secara psikologinya, jika anda mempunyai turutan foto anda sebegini, anda mungkin tidak terasa sangat keletihan ekoran mengandung. Maka dengan sendirinya anda akan berasa selesa dan cergas sentiasa.

Hati membesar

Organ hati wanita hamil akan membesar sewaktu mengandung kerana hati terpaksa bekerja keras mengepam lebihan darah dalam badan. Pada ketika ini, denyutan jantung akan bertambah dan organ hati wanita hamil akan mengepam lebih dua liter berbanding 5 liter sewaktu tidak mengandung. Keadaan ini membuatkan anda berasa kurang selesa, lesu dan tidak bermaya sepanjang masa. Jika anda berasa demikian, apabila anda mahu berbaring, cuba berbaring secara mengiring. Dengan berbaring mengiring, simpulan-simpulan urat dalam tubuh anda tidak menyekat perjalanan darah. Anda juga akan berasa tendangan kaki bayi anda dengan lebih jelas dan ketara.

Susah untuk bernafas

Pada trimester ketiga kehamilan, kebanyakan ibu hamil sukar untuk bernafas. Hal ini kerana perut yang membesar telah menekan diafragma dan keadaan ini menyebabkan anda sukar untuk menyedut udara dan sering kali berasa sebu pada ulu hati. Keadaan ini tidak berlarutan dan ia hanya untuk sementara sahaja. Apabila anda melahirkan bayi kelak, kesemua perasaan tidak selesa dan rasa sukar bernafas akan hilang begitu sahaja. Walaupun kebanyakan orang menganggap ibu hamil terpaksa makan dan bernafas untuk dua orang iaitu dirinya dan anak yang dikandung, namun yang ajaibnya hal itu tidak begitu. Ibu hamil seolah-olah mendapat kekuatan untuk berhadapan dengan masalah ini.

Tip bagi kelihatan gagah dan tangkas serta tiada masalah pernafasan ketika mengandung ialah dengan mempelajari teknik-teknik bernafas dengan betul. Yoga adalah teknik senaman dalaman yang baik untuk pernafasan ibu hamil. Selain itu, Tai Chi atau Qigong dan teknik-teknik meditasi lain boleh diamalkan. Bagi wanita Islam, anda digalakkan banyak bersembahyang dan berzikir untuk mendapat ketenangan. Apabila hati tenang maka dengan sendirinya anda akan berasa mudah untuk bernafas.

Sukarnya berjalan

Dengan perut yang sudah membesar dan payu dara yang ikut membesar, anda seolah-olah hilang upaya untuk berjalan atau menaiki tangga. Kebanyakan ibu hamil akan berasa mengah dan nafas menjadi tercungap-cungap setelah berjalan agak lama dan jauh kerana anda terpaksa membawa badan yang begitu berat dengan pertambahan cecair dalam badan. Untuk kelihatan segar dan boleh berjalan dengan cergas, elakkan daripada memakai kasut tumit tinggi yang boleh menyebabkan betis dan bahagian kaki anda terasa penat dan kejang. Pakailah kasut tanpa tumit yang lembut ataupun jika masih ingin kasut yang bertumit, pilihlah yang setinggi satu atau dua inci sahaja. Selain itu, amalan meminum susu dan sumber makanan yang kaya khasiat kalsium juga boleh menguatkan tulang dan anda tidak mudah penat jika berjalan jauh.

Bentuk payu dara lebih menawan

Jangan risau dengan penampilan diri anda yang tidak lagi menawan seperti dahulu terutamanya pada payu dara. Payu dara wanita hamil memang akan membesar sedikit sepanjang kehamilan. Jika sebelum mengandung saiz mangkuk payu dara anda ialah 34A maka sewaktu hamil, ia mungkin bertukar ke saiz mangkuk 38B atau 36C. Keadaan ini disebabkan bertambahnya pelbagai cecair dalam badan dan payu dara ekoran pertambahan bermacam-macam hormon khusus ketika mengandung.

Antara hormon-hormon tersebut ialah:
1. Estrogen - berfungsi membentuk sistem pemprosesan susu dalam payu dara
2. Progesteron - berfungsi membentuk sel pengeluaran susu dan membentuk puting susu agar lebih jelas menonjol
3. Prolaktin - berfungsi mengeluarkan kolustrum - susu berwarna kuning yang keluar pada minggu-minggu pertama kelahiran bayi. Ia amat kaya dengan antibodi yang bertindak menghalang bayi daripada terkena jangkitan penyakit.

Lebih menawan

Ada yang berpendapat bahawa wanita hamil kelihatan lebih seksi berbanding sebelum mengandung. Kenyataan ini ada benarnya kerana jika dulu anda terlalu kurus kini setelah hamil tubuh anda tambah berisi dengan dada dan punggung yang penuh. Di samping itu, sewaktu hamil anda akan mengalami perubahan pada warna dan tekstur kulit. Malah, jika anda mahu berjemur untuk mendapatkan kulit ‘tan’, inilah masa dan ketikanya. Malah, sesetengah wanita nampak lebih gebu kulitnya ketika hamil. Sebahagian wanita lain mungkin mendapati kulit pada wajah mereka menjadi sangat lembut. Bagaimanapun, hal ini bergantung kepada individu.

Ada wanita yang mengalami bintik-bintik hitam pada kulit wajah. Bagi wanita berkulit putih, kadang-kadang akan muncul bintik-bintik merah di wajah mereka. Manakala, wanita hamil yang berkulit hitam manis akan mengalami bintik-bintik yang lebih terang warnanya. Dengan wajah yang ketara lembut dan gebu, anda berhak membayangkan bahawa anda adalah wanita hamil yang istimewa. Malah, rambut wanita hamil akan menjadi bertambah lebat dan bersinar-sinar. Hal ini mungkin disebabkan perubahan hormon dalam badan. Bagaimanapun, ada wanita yang mengalami keguguran rambut dalam tempoh ini.

Berfikiran positif

Walaupun tubuh anda gagah dan sentiasa cergas, namun kadangkala mental pula yang bermasalah. Ada wanita yang cergas fizikalnya tetapi lemah apabila berhadapan dengan tanggungjawab baru ataupun perubahan hormon yang berlaku sepanjang kehamilan. Amat penting anda berfikiran positif ketika ini kerana pelbagai perubahan mendadak mungkin tidak dapat diterima oleh anda apatah lagi dengan perubahan bentuk badan. Tidak kira anda sedang hamil anak pertama, kedua ataupun yang ketujuh, anda wajar bersikap positif sentiasa. Dengan sikap yang positif dan fizikal yang cergas, anda akan kelihatan seperti “Superwoman”.

Kesimpulannya, anda sebagai wanita hamil masih boleh tampil cergas, gagah dan riang sentiasa biarpun sedang sarat mengandung. Kesemua masalah tersebut tidak sewajarnya menjadi penghalang untuk anda bergaya dan sihat seperti wanita lain dan sudah tentu sekali berhak dipanggil “SUPERWOMAN”.

“Life is to learn how to give out love, and to let it come in.”

Amalan-amalan ketika mengandung


Banyak bertaubat kepada Allah s.w.t atas segala dosa yang telah dilakukan.
Sentiasa menutup aurat mengikut ajaran Islam.
Membaca ayat-ayat Al-Quran.

Surah-surah amalan ketika mengandung :
- Al-Fatihah dan ayat Kursi
- Seluruh surah Yassin
- Seluruh surah At-Taubah
- Seluruh surah Yusuf
- Seluruh surah Luqman
- Seluruh surah Maryam


- Surah An-Nahl ayat 78:

وَاللّهُ أَخْرَجَكُم مِّن بُطُونِ أُمَّهَاتِكُمْ لاَ تَعْلَمُونَ شَيْئًا وَجَعَلَ لَكُمُ الْسَّمْعَ وَالأَبْصَارَ وَالأَفْئِدَةَ لَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ
"Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibu kamu dengan keadaan tidak mengetahui sesuatupun dan Dia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (akal fikiran); supaya kamu bersyukur."

- Surah Al-A'raf ayat 189:

هُوَ الَّذِي خَلَقَكُم مِّن نَّفْسٍ وَاحِدَةٍ وَجَعَلَ مِنْهَا زَوْجَهَا لِيَسْكُنَ إِلَيْهَا فَلَمَّا تَغَشَّاهَا حَمَلَتْ حَمْلاً خَفِيفًا فَمَرَّتْ بِهِ فَلَمَّا أَثْقَلَت دَّعَوَا اللّهَ رَبَّهُمَا لَئِنْ آتَيْتَنَا صَالِحاً لَّنَكُونَنَّ مِنَ الشَّاكِرِين
"Dialah (Allah) yang menciptakan kamu semua dari (hakikat) diri yang satu dan Dia mengadakan daripada hakikat itu pasangannya (diri suami isteri), untuk bersenang-senang (bertenang tenteram) satu diri kepada yang lain. Ketika suami mencampuri isterinya, mengandunglah dia dengan kandungan yang ringan, serta teruslah dia dengan keadaan itu (ke suatu waktu). Kemudian ketika dia merasa berat (dan menaruh bimbang) berdoalah suami isteri itu kepada Tuhan mereka (dengan berkata): Sesungguhnya jika Engkau (wahai Tuhan kami) mengurniakan kami nikmat yang baik, tentulah kami menjadi orang-orang yang bersyukur"


Membaca doa

Doa mohon rahmat - Surah Ali-Imran ayat 8-9

رَبَّنَا لاَ تُزِغْ قُلُوبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِن لَّدُنكَ رَحْمَةً إِنَّكَ أَنتَ الْوَهَّابُ رَبَّنَا إِنَّكَ جَامِعُ النَّاسِ لِيَوْمٍ لاَّ رَيْبَ فِيهِ إِنَّ اللّهَ لاَ يُخْلِفُ الْمِيعَادَ
"(Mereka berdoa dengan berkata): Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya. Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkaulah yang akan menghimpunkan sekalian manusia, untuk (menerima balasan pada) suatu hari (hari kiamat) yang tidak ada syak padanya. Sesungguhnya Allah tidak memungkiri janjiNya."


Doa zuriat yang soleh - Surah Ali-Imran ayat 38
هُنَالِكَ دَعَا زَكَرِيَّا رَبَّهُ قَالَ رَبِّ هَبْ لِي مِن لَّدُنْكَ ذُرِّيَّةً طَيِّبَةً إِنَّكَ سَمِيعُ الدُّعَاء
"Ketika itu Nabi Zakaria berdoa kepada Tuhannya, katanya: Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan."


Doa mohon ampun - Surah Ali-Imran ayat 192-194

رَبَّنَا إِنَّكَ مَن تُدْخِلِ النَّارَ فَقَدْ أَخْزَيْتَهُ وَمَا لِلظَّالِمِينَ مِنْ أَنصَارٍ رَّبَّنَا إِنَّنَا سَمِعْنَا مُنَادِيًا يُنَادِي لِلإِيمَانِ أَنْ آمِنُواْ بِرَبِّكُمْ فَآمَنَّا رَبَّنَا فَاغْفِرْ لَنَا ذُنُوبَنَا وَكَفِّرْ عَنَّا سَيِّئَاتِنَا وَتَوَفَّنَا مَعَ الأبْرَارِ رَبَّنَا وَآتِنَا مَا وَعَدتَّنَا عَلَى رُسُلِكَ وَلاَ تُخْزِنَا يَوْمَ الْقِيَامَةِ إِنَّكَ لاَ تُخْلِفُ الْمِيعَادَ
"Wahai Tuhan kami! Sebenarnya sesiapa yang Engkau masukkan ke dalam Neraka maka sesungguhnya Engkau telah menghinakannya dan orang-orang yang zalim tidak akan beroleh seorang penolong pun. Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya kami telah mendengar seorang Penyeru (Rasul) yang menyeru kepada iman, katanya: Berimanlah kamu kepada Tuhan kamu, maka kami pun beriman. Wahai Tuhan kami, ampunkanlah dosa-dosa kami dan hapuskanlah daripada kami kesalahan-kesalahan kami dan matikanlah kami bersama orang-orang yang berbakti (yang banyak berbuat kebajikan). Wahai Tuhan kami! Berikanlah kepada kami pahala yang telah Engkau janjikan kepada kami melalui Rasul-rasulMu dan janganlah Engkau hinakan kami pada hari kiamat; sesungguhnya Engkau tidak memungkiri janji."


Doa anak tetap mengerjakan sembahyang - Surah Ibrahim ayat 40-41

رَبِّ اجْعَلْنِي مُقِيمَ الصَّلاَةِ وَمِن ذُرِّيَّتِي رَبَّنَا وَتَقَبَّلْ دُعَاء رَبَّنَا اغْفِرْ لِي وَلِوَالِدَيَّ وَلِلْمُؤْمِنِينَ يَوْمَ يَقُومُ الْحِسَابُ
"Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku. Wahai Tuhan kami! Berilah ampun bagiku dan bagi kedua ibu bapaku serta bagi orang-orang yang beriman, pada masa berlakunya hitungan amal dan pembalasan"

Kehidupan suami isteri ketika mengandung akan mempengaruhi janin. Oleh itu terdapat adab-adab yang perlu bagi suami dan isteri.
Adab isteri terhadap suami ketika mengandung
Mengasihi dan menyayangi suami
Menjaga perkataan terhadap suami
Tidak terlalu cerewet
Menjauhi daripada perasaan yang tidak baik terhadap suami
Menghargai pandangan dan nasihat yang diberikan suami, orang tua serta ahli keluarga
Menghormati kaum muslimin dan muslimat serta berbuat baik kepada mereka
Menjauhi dari mengumpat dan menghina orang lain.

Adab suami terhadap isteri
Menunjukkan kasih sayang terhadap isteri
Jujur dan setia pada isteri serta tidak memberi layanan yang kejam dan kasar
Selesaikan selisih faham
Tidak mudah menjatuhkan talak atau mengeluarkan perkataan yang sama sepertinya.
Kerap melakukan sembahyang sunat dan mendoakan isteri dan anak selamat

“Life is to learn how to give out love, and to let it come in.”

Thursday 20 November 2008

My sister's wedding invitation



“Life is to learn how to give out love, and to let it come in.”

Cuti sekolah...

Anda dijemput menghadiri majlis ini.. sila klik pada gambar :

Cuti sekolah bermula.. Wah, seronoknye murid2, pelajar2 yang seangkatan dengannya..boleh rehat, enjoy, jalan dsbgnya. Guru2nya pula pun bole rehatkan minda memikirkan karenah anak2 murid yang dihadapnye setiap hari. Tapi, tak semua guru yang mendapat peluang tu especially guru2 besar.. mcm mak aku.. sian mak, org lain cuti sekolah sume cuti.. tp mak aku gak yang tak cuti.

Pagi tadi jenguk jap email, dapat offer dr KICT tuk join Job Camp under MeDC.. bestnye, terus aku tel bro Tahir tu tanye pasal course 3D Modelling MAYA tu. Erm, die kata senarnya setiap course yg depa offer at least kena ade 15 participant utk setiap cert.. hurm, tak best lak..sbb majority kawan2 aku dah dpt keje kat tpt diorg, kemungkinan nak mencapai 15 org tuk 3D modelling ni payah tu.. lgpun, mesti ramai nak wat JAVA dan CISCO tu. Hopefully ade lah yg terbuka hati nak join Maya ni..

InsyaAllah sabtu ni nak lik umah mertua. Dah dekat 3 minggu tak balik..neneknye inas dah rindu katanya.. Aisyah Mayak pun dah sampai kat sana. Dan yang pastinya ditunggu-tunggu oleh semua adalah cucu lelaki sulung nenek Kanchong; Rifqi.. Kalau ikut plan asal, Sabtu ni lps report card day inas nak terus ke Bangi. Nak basuh umah sana dan singgah umah Che Nur sbb Ahad kena menganto pengantinnya Wana kat Bukit Kuching. Tup-tup, reportCard day inas postponed next week (Sabtu).. Dan, adik (Aqil Khairy) plak, insyaAllah akan sunat Sabtu ni.. so, silap2 mak kena amik cuti seminggu jaga adik sebab biasalah, anak bongsu ni manjenya tak leh nak kata.. pulak tu, adik dah mintak hadiah suh belikan kereta control katanya..adusss, dah lah ujung2 taun ni fulusnye susut manjang.. tengokla kalo ade rezeki, belikan gak kot..kecik pun jadilah..

So, Sabtu next week sebenarnya kenalah attend reportCard day inas.. pastu lik Meru sbb nak wat preparation Ati nikah pagi Ahad.. kena masak2 utk rombongan pihak laki lunch.. then, mak planning nak wat kenuri doa selamat Ahad mlm Isnin lak..

Okla.. ni antara jemputan utk hujung2 November - Disember 2008 yg setakat ni dah dpt:

  • 23 /11 (Ahad) - kenuri kawen Che Nur Martah
  • 23 /11 (Ahad) - kenuri belah lelaki Wana
  • 23 /11 (Ahad) - kenuri kawen Biah Martah
  • 29 /11 (Ahad) - kenuri kawen k.zida Martah
  • 30 /11 (Ahad) - Ati nikah
  • 30 /11 (Ahad) - kenuri doa selamat Ati
  • 30 /11 (Ahad) - kenuri kawen Sohibul Kahfi Sg Bertih
  • 30 /11 (Ahad) - kenuri kawen Suli Sg Bertih
  • 30 /11 (Ahad) - kenuri kawen Umi Azira SKBK
  • 06 /12 (Sabtu) - kenuri cukur jambul Rifqi
  • 12 /12 (Jumaat) - ALeez nikah
  • 13 /12 (Sabtu) - kenuri kawen Imai Martah
  • 14 /12 (Ahad) - kenuri kawen Ati
  • 14 /12 (Ahad) - kenuri kawen ALeez
  • 14 /12 (Ahad) - kenuri kawen Hidayah Martah
  • 14 /12 (Ahad) - kenuri kawen Ummi
  • 21 /12 (Ahad) - kenuri belah lelaki Ati
Tak tau lah nak bahagi2kan bdn ni macamana...rasanya ada lg jemputan yg tak masuk dlm senarai ni..mesti sampai kat umah mak Meru ni..hurm.. any ideas?
“Life is to learn how to give out love, and to let it come in.”

Wednesday 19 November 2008

KICT DINNER

Event : KICT Annual Appreciation Dinner 2008
Venue : Restoran D'Saji Felda Villa, Anjung Felda, Jalan Perumahan Gurney,
Off Jalan Semarak, 54000 Kuala Lumpur
Date : 12 Nov 2008
Time : 7.30-11.30pm
Attire : Semi-Formal
Menu : BBQ Buffet
Organizer : Kulliyyah of Information and Communication Technology (KICT),
International Islamic University Malaysia (IIUM)





“Life is to learn how to give out love, and to let it come in.”

Tuesday 18 November 2008

Alumni MARTAH 2008


Sebenarnya dari hari tu nak citer pasal Gathering Martah 2008 ni..tak sempat2, busy ngn FYP II..

ok la..mlm ni nak citer sikit kenangan manis bertemu sahabat2 & rakan2 seperjuang satu masa dulu..mmg seronok sgt2..sbb lama dah tak jumpa. Cum agak kecewa sbb ramai yg dah confirmkna nak datang, tp tak juga muncul2 hingga akhir majlis.. macam2 alasan.. iyela, kita merancang, Allah menentukan..

Berikut antara koleksi gambar yang sempat di ambil sepanjang majlis tu..dan moga majlis ni akan dapat diadakan di masa2 akan datang..

“Life is to learn how to give out love, and to let it come in.”

Monday 17 November 2008

Pindah ke Bangi..

Salam alaik untuk semua..moga hari2 kalian lebih bermakna..

Bermula minggu ni, sy dah duduk umah je..urfing, wat keje umah dll..dan semestinya tadek kelas lg..alhamdulillah dah tamat belajar di UIA sekian lamanya diriku di sana..

hurm, dan bermula minggu cuti ekolah ni lah paling sibuk sekali sbb banyaknya kensuri kendarat yang perlu dihadiri..

InsyaAllah awal bln Disember ni kami akan berpindah ke rumah sewa di Bangi iaitu Bandar Bukit Mahkota, Seksyen 6..dekat jer dengan Nilai 3..dlm 5 minit pun tak sampai kalau nak le sana..tapi, fulus kena banyak kalau berniat ke sana..hihihih

dan , tika ni kami sekeluarga mula mengemas barang2 yang sudah agak banyak..ye la, dah 2 tahun dok umah kat batu 8 Gombak ni..mesti mcm2 barang yg dibeli..mau kena sewa lori 3 tan.. almari, meja2, katil dll...letihnye nak pindah2...

ok la..tu jer cerita buat takat ni..jumpe lagi..

“Life is to learn how to give out love, and to let it come in.”

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
-:: Tinta Mama with Love ::-