Thursday 17 September 2009

Salam Lebaran Aidilfitri


Sempena kedatangan Aidilfitri yg mulia ini, kami sekeluarga ingin merakamkan ucapan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI.. mohon ampun dan maaf atas segala salah silap, terkasar bahasa, terlanjur kata dan sebagainya.. semoga lebaran kali ini lebih bermakna buat kita semua..

Jangan lupa posa 6 yer..then, kalau yang kena ganti posa, jangan buat2 lupe..

krokedail hunter nyekeli boyo,
endas singo tugu singapuro,
kulo sekeluargo ngucapne selamet dino bodo,
keluputan seng akeh-akeh dingapuro
Kalau tak faham, silalah rujuk kamus bahasa Jawa yer..hihihi..wassalam.

“Life is to learn how to give out love, and to let it come in.”

Friday 11 September 2009

Aidilfitri songs~










.....kehangatan untuk menyambut aidilfitri makin terasa......


“Life is to learn how to give out love, and to let it come in.”

Wednesday 2 September 2009

.:. Ramadhan kali ini .:.

Dengan nama Allah yg Maha Pemurah lg Maha Penyayang..

Semoga kehadiran Ramadhan yg mulia ini dapat mentarbiah diri kita untuk lebih mendekati Yang Esa..
Syukur alhamdulillah, Ramadhan kali ini amat bermakna buat kami sekeluarga. Dengan kurnia Yang Kuasa, kami dihadiahkan dengan seorang lagi zuriat yang diberi nama ZIYAD bersempena nama tabi'in di zaman Nabi s.a.w.. Nama itu juga demi mengenang serta mengingati pemergian anak kami yang kedua (Ziyad) yang syahid ketika berusia 3 bulan dlm kandungan mama pd 2006 dahulu.. semoga aman anakku bersemadi di sana..
Ramadhan kali ini adalah yang pertama buat kakak Einas belajar berpuasa.. menginjak usia 5 tahun pada awal November ni, jadi kami latih kakak agar tegar berpuasa. Dan, alhamdulillah kakak Einas mmg boleh diharap dan tabah.. Cume, ada juga beberapa hari yang kami terpaksa lepaskan dia untuk minum seteguk air sebab dah lembik semacam jer.. harap2 kakak Einas tahan berpuasa hingga akhir Ramadhan..

Alhamdulillah juga kerana tahun 2009 ni, ramai mereka2 yang mama kenali selamat melahirkan zuriat masing2 dan ramai lagi yang bakal melahirkan dalam masa terdekat ni..sepupu Ziyad dan Einas je ade 6 setakat ni..alhamdulillah, Allah masih memanjangkan ummat Muhammad..

Selamat meneruskan ibadah puasa kepada semua dari kami sekeluarga..

“Life is to learn how to give out love, and to let it come in.”

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
-:: Tinta Mama with Love ::-