Thursday 24 November 2011

Datang Lagi!!!!!! Jom serbu..

Greeting Text


Datang lagi dia......
Siapa ???

BIG BAD WOLF !!!
*semua buku RM5 atau kurang*

 perghh....

Jom Serbu !!



“Life is to learn how to give out love, and to let it come in.”

Wednesday 23 November 2011

Kisah hari ini dan semalam

Greeting Text

Selamat pagi Malaysia. 

Kisah semalam dan kelmarin

Korang tengok bola Malaysia lawan Indonesia? mama dan hubby tak dapat tengok sebab rumah kami tak ada tv .. tak pernah ada TV sejak kahwin . Sebab-sebabnya ?? Banyak sangat..
Lagi pun nak bagi anak-anak fokus sikit bila belajar kot.
Alhamdulillah, setakat ni anak sulung mama dapat fokus masa study kat rumah. Walaupun ada internet, tapi masa lebih terhad sebab nak kena bergaduh dan berebut dengan Ziyad. Hihihi.  

Ok lah, cerita tentang bola.. agak berdebar konon2la . Padahal just follow dari facebook member2 yang menonton je. Syukur, Malaysia bolos...hihihi

Ambil dari : Amboi dot com



Kisah hari ini


Tak ada apa yang menarik pun. Mama rasa lama dah tak update blog. Malas. Just blogwalking blog orang dan jadi silent reader. Komen pun tidak, like pun tidak. dan hari ini malas ditahap gaban sebab kami anak beranak (mama dan anak2) dok berkampung dalam gua batu putih a.k.a bilik tidur .  Blogging pun dari dalam bilik. Tapi sebelum tidurkan si kecik Amna, sempatla mama mop seluruh ruang tamu dan tangga.

Uish, kalaula cuti sekolah ni baba pun cuti kan best !

Anak mama dah bising. Bestnya cuti sekolah kalau dapat pergi holiday mana-mana. Nak buat lagu mana, baba dia kerja. Nak suruh baca buku cerita kat rumah ni, memang semua buku-buku dah habis dipulun satu almari dah. Nampak gaya kena bawa ke library kot. Tapi, macamana pulak. Kena tunggu balik kampung, pakcik dia tolong bawakla pulak. Hurm, bising dah dia.. Sabar ye kakak.

InsyaAllah hujung minggu ni balik kampung *Banting*. Nak berkampung kat sana pulak kot. Kalau dah kat sana, memang takkan update blog atau facebook la ye. Maklum sajalah, no internet. Hihihi.

Jemputan kahwin dah berderet macam biasa. InsyaAllah kalau tak de aral melintang dan diizin Allah, kami sampai ye. Nanti petang-petang sikit mama nak upload gambar-gambar masa wedding Asura, Sarizah, sepup-sepupu mama. Dan gambar-gambar yang mama rasa mama nak up sikit la. 

Ok la.. masa untuk masak !
wassalam..




“Life is to learn how to give out love, and to let it come in.”

Monday 21 November 2011

Coca-cola & Ribena HARAM !!!

Greeting Text

Coca-cola dan Ribena HARAM !!!

Alamak ! mama sekeluarga baru habiskan sebotol Ribena.
So, lepas ni tak beli dah...

Jom ikuti penjelasan dari Ustaz Azhar Idrus dalam video di bawah ini ya. 



“Life is to learn how to give out love, and to let it come in.”

FREE Mystery Gift From Taiping Central Mall

Greeting Text

Result UPSR dan SPRA sudah keluar. Ada yang dapat 7A ?

Kalau ada, ni berita baik. Adik-adik kena dapatkan hadiah FREE ni di sini 

v
v
v

Ini details nya :

FREE Mystery Gift From Taiping Central Mall
Good news for students who obtained 7As in their UPSR exams:
To celebrate your achievements, Taiping Sentral Mall has a Mystery Gift just for you !!! 
How ? 
Just bring along your results to their Information Counter (Ground Floor) from 21/11/11 to 27/11/11 (10.30am - 10.30pm).  
That's not all. Taiping Sentral will throw in a little something for DiGi users too.
Hurry! Grab your groovy gifts while stock lasts. 
Source: Taiping Sentral




*Apa lagi, cepat adik-adik*

“Life is to learn how to give out love, and to let it come in.”

Friday 18 November 2011

DIY : ice cream

Greeting Text


Jom buat ais krim. 
Simple je.
Ikut step kaat video bawah ni ye.

V
V
v
v


Selamat mencuba !!

“Life is to learn how to give out love, and to let it come in.”

Thursday 17 November 2011

Budak Cemerlang !!

Greeting Text

Mama menaip dalam keadaan mengantuk dan tersengguk-sengguk. Sebenarnya mama sekeluarga baru balik dari majlis Hari Kecemerlangan Pelajar di sekolah anak mama. Jam 8.30 tepat kami sampai dan majlis bermula jam 8.45 pagi. Mama terus cari tempat duduk di depan for sure. Sebab senang dan terang dapat tengok muka anak mama amik hadiah nanti. Majlis dimulakan dengan bacaan doa, kemudian persembahan anak2 darjah 3.

Majlis diteruskan dengan penyampaian hadiah bagi pra sekolah. Kira graduation day diorang lah ni. Lancar dan cepat je. Tup-tup majlis berehat seketika jam 9.11 pagi. Ibu bapa dan jemputan dijemput makan free kat dewan yang disediakan. Fuh, makanan memang banyak. Nasi lemak, mee goreng, bihun goreng, kuih muih, beberapa jenis air. Mama ambil nasi lemak barang sepinggan tu pun sesenduk. Dalam hati kata, entah habis entah masuk tong sampah. Maklumlah tong perut mama kecik. Tapi tengok parent lain ambil makanan macam kelaparan seminggu. Semua jenis nak ambil. Penuh-penuh pinggan lagi. Tong perut besar kot, sebab tengok saiz badan pun, no comment !

Mama makan bergilir dengan hubby sebab lil girl Amna tido. Lepas mama makan, baba pulak makan. Tapi, nasi lemak tu memang sedap ! 
Majlis bersambung dalam pukul 10.24 pagi. Yang boringnya ucapan ler. Hihihi. Masa Guru Besar bagi ucapan ok lagi, padat dan berisi info2 penting ja. Pastu wakil YDP PIBG sek. ok jugak, lagi pendek je ucapannya. then, ucapan perasmian wakil PPD. Mak ai, panjang la pulak. Mama jeling orang sebelah2, kanan kiri, depan belakang. Masing-masing buat muka toya. Siap ada yang tidur lagi. 

Habis sesi ucapan, penyampaian hadiah mula. Segar sikit kami ibu bapa. Masa tu berebut nak ambil gambar. Alhamdulillah, kakak Einas dapat 94.8%. Tertinggi dalam darjah 1 tapi berkongsi dengan kawannya, sama markah. Yang mama dan baba terkilan, kenapa ditulis dan diumumkan tempat kedua padahal ada kes yang sama budak darjah 4 dua orang dapat tempat kedua. 

Mama darjah 1 dulu pun sama kes ni. Ada 2 org dapat markah sama. tapi cikgu still tulis dan announce sebagai tempat pertama bagi kedua-dua kami. Adil ! 

Mujurla terubat kesedihan kami bila kakak Einas naik pentas sekali lagi untuk hadiah mata pelajaran terbaik : Sains 99% dan Bahasa Arab 100%.. Boleh la mama dengan baba senyum dalam berduka.

Majlis belum sampai penghujung, kami terus balik. Amna dan Ziyad dah mula tak selesa. Hari makin panas. Budak-budak dah mengantuk. Sampai je rumah, lunch beli je kat kedai minang atas tu . Then, mandi-mandi tidur budak-budak ni. Kesian baba, lepas solat zohor terus pergi kerja. Kesian juga kakak Einas, terus bersiap2 untuk ke sekolah agama. Sempatla mama terlelap dalam 10 minit masa susukan Amna sebelum kakak Einas ke sek agama.

The End~

Sorry entry yang panjang. Gambar2 mama upload kemudian ya!!


“Life is to learn how to give out love, and to let it come in.”

Wednesday 16 November 2011

Ibu bapa : Wajib tonton !!!

Greeting Text

Sahabat-sahabatku sekalian, terutama ibu bapa atau yang bakal bergelar ibu bapa.
Anda WAJIB tonton video ini..


Semoga Allah sentiasa memberi hidayah, ruang dan peluang untuk kita agar menjadi ibubapa yang terbaik bagi anak-anak di dunia dan akhirat.. Amin !!


“Life is to learn how to give out love, and to let it come in.”

Testing....

Greeting Text






“Life is to learn how to give out love, and to let it come in.”

Friday 11 November 2011

Pabila tiba musim kawen~

Greeting Text

Masuk bulan Nov hingga Dis adalah musim kenduri kendara..
Hujung minggu paling sibuk dengan rewang (gotong-royong) bagi yang bergelar saudara-mara.

Okla, minggu ni mama ada beberapa jemputan walimah.
  • Walimah Fara (sepupu) - Bukit Kapar - Sabtu
  • Walimah Asura - Taman Dato' Harun, PJ - Sabtu
  • Walimah Sarizah - Kg. Sg. Kandis, Klang - Sabtu

Hari Ahad pnye 2 lagi jemputan lupa la.. Ada kadnye kat kg.
Hihihihi

Selamat Pengantin Baru kpd mereka yg bakal mendirikan rumahtangga!!



“Life is to learn how to give out love, and to let it come in.”

Jom buat Macaroon....

Greeting Text

Mama cari-cari resepi, terjumpa pulak vidoe ni.
Cara buat macaron. Ala, biskut kecik2 yang colorful, sangat manis, comel dan MAHAL tu..

La, tak susah rupenyer, rajin tak rajin je la kan.
Layan jap...



Jom kita cuba buat !


“Life is to learn how to give out love, and to let it come in.”

Tapi jangan lupa...

Greeting Text

 Semua orang gembira dengarnye dengan kehadiran tarikh 11.11.11 (hari ini).
Ya memang sangat cantik dan unik tarikh ini.

Tapi jangan lupa :
 panjatkan sepenuh kesyukuran kepada Yang Maha Esa kerana dengan izinNya kita masih hidup dan diberi kekuatan di atas muka bumi kerdilNya ini.

Tapi jangan lupa :
sentiasa berazam dan niat untuk membanyakkan amal dan ibadah padaNya.

Tapi jangan lupa :
ikhlaskan hati dan sentiasa cuba berbakti.

Tapi jangan lupa :
bila-bila masa je Allah akan seru kita.


~ Salam ukhuwah fillah ~



“Life is to learn how to give out love, and to let it come in.”

Thursday 10 November 2011

Dosa Kahwin

Greeting Text

:: Google ::
"Aku terima nikahnya si fulanah binti si fulan dengan mas kahwinnya RM...."
Itu adalah tersurat. Apa yang tersirat? Yang tersirat ialah:
"Aku tanggung dosa-dosa si fulanah ini dari ibu bapanya, apa saja dosa yang dia buat, aku tanggung dan bukan lagi ibu bapanya tanggung dan aku tanggung dosa bakal anak-anak aku. Akulah orang yang bertanggung jawab dalam memberinya nafkah zahir dan batin, memberinya ilmu dunia Akhirat dan juga bertanggung jawab memegang tanganya bersama-sama berlari bertemu-Mu Tuhan. Aku juga sedar, sekiranya aku gagal dan aku lepas tangan dalam menunaikan tanggung jawab, maka aku fasik, suami yang dayus dan aku tahu bahawa nerakalah tempatku akhirnya dan malaikat Malik akan melibas aku hingga pecah hancur badanku. Akad nikah ini bukan sahaja perjanjian aku dengan si isteri dan si ibu bapa isteri, tetapi ini adalah perjanjian terus kepada Tuhan."

** Itu perjanjian sebenar bagi seorang suami sewaktu akad nikah **
** Suami kena bersedia memikul tanggungjawab dan dosa isteri **
** Isteri kena berhati-hati agar dosa kita tak memberati suami **


Lanjut :  >>> DOSA DALAM PERKAHWINAN <<<


“Life is to learn how to give out love, and to let it come in.”

Jom Serbu !!!!

Greeting Text

Sapa yang suka membaca, 
Jom reramai kita serbu.......
Mesti byk buku2 dan bahan bacan yang menarik.
Dan mesti ada diskaun hebat di sana !!!!


SHAH ALAM KNOWLEDGE & LIFESTYLE
Tempat : PKNS Shah Alam
Tarikh : 10 - 13 Nov 2011
Masa : 10 pagi - 9 malam

{ Bestnye kalau mama dapat gi sebab tahun ni mama tak dapat gi Pesta Buku aritu }
:: Antara buku dan bahan yang mama nak cari ::
- buku2 parenting -
- buku cerita anak2 -
- big books -
- educational posters -


  

Jom...
Masuk percuma !!!


“Life is to learn how to give out love, and to let it come in.”

Tuesday 8 November 2011

Peta misteri ????

Greeting Text


Anda pernah lihat peta misteri ini??

Memang misteri sebab bukan manusia yang mencipta putarannya.

Jom fikir-fikirkan.

:: Sumber dari I-Khalifah.com ::




"What you love to have with you in the Hereafter 
you should advance today,
and what you have with you, you should abandon today"
- Salman Ibn Dinar (RA) -


“Life is to learn how to give out love, and to let it come in.”

Nak menang penginapan hotel 3H2M ?

Greeting Text

Selamat pagi.

Sapa nak menang penginapan hotel 3 hari 2 malam (2 bilik)
di hotel pilihan anda!!!!

Cepat join contest ni...
Mana tau rezeki korang..

Klik sini 


~ Mama belum decide lagi ~

                                                {。^◕‿◕^。}

“Life is to learn how to give out love, and to let it come in.”

Monday 7 November 2011

7-ELEVEN: FREE Limited Edition

Greeting Text


Pagi2 mama bukak email, ternampak benda ni.
Sapa yang agak2 nak tu, 
cepat2la ke 7-eleven ya..



Hari ini sahaja !!!!

FREE 7-Eleven Limited Edition Non-Woven Bag on 7-Eleven Day
Freebies: Get your free 7-Eleven Limited Edition Non-Woven Bag on 7-Eleven Day (7/11/2011) !!!

Terms & Conditions:
- Purchase any 3 items in a single receipt 
at any 7-Eleven Stores.
Promotion begins from 11am onwards on 7/11/2011.
- While stock last.

Let's recommend this great news to your friends now.

See ya!



“Life is to learn how to give out love, and to let it come in.”

Sunday 6 November 2011

~ Eiduladha di hospital ..

Greeting Text

Salam eiduladha dari mama sekeluarga..


Sedihnya episod eiduladha kami sekeluarga bagi tahun ini..
Kasihan hubby mama, setiap tahun eiduladha pasti disambut di rumah ibunya di Banting.
Penuh meriah dengan masakan berasaskan daging dan tulang lembu. mama je yang tak makan semua tu
Tetapi sambutan kali ini di hospital Klang (HTAR)..

Kenapa ???
Kerana ibu mertua mama admit di wad HTAR sudah lebih sebulan.
Tiada keceriaan sambutan kali ini.

-ops, mama blank trs...
ok la doakan ibu mrtua mama diberi kekuatan dan cepat sembuh !!

“Life is to learn how to give out love, and to let it come in.”

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
-:: Tinta Mama with Love ::-