Tuesday 24 March 2009

Kenduri kawen





Ada dua walimah yang sempat dirakamkan pada bulan March ni..

Pertama : Walimah Norhayati @ yati merangkap sepupu hubby yg diadakan di Kg Kanchong Darat, Banting.. pasangannya berasal dari Johor Baharu.. jenuh nak menghantar rombongan ke majlis dipihak lelaki nanti.
Kedua : Walimah Suhaili @ Lily merangkap adik junior masa di Martah dulu.. majlis bertempat di Ulu Kelang, Petaling Jaya. Punyalah terror hubby sebab tak pernah pergi dan main redah jer. tup2 sampai betul2 depan tempat majlis berlangsung.. Pasangannya juga berasal dari Johor.. (erk, musim dapat orang Johor ke???)

Alhamdulillah, masa kenduri Lily tu dapat jugak jumpe x-Martah especially Fatma & Izzah yang dah lama sangat tak ditemui.. Last jumpe diorg dulu 5 tahun yang lalu masa diorang nak berlepas ke Mesir.. InsyaAllah, Fatma akan mengakhiri zaman anak daranya awal bulan Jun ini..

Tahniah buat semua...semoga Allah sentiasa merahmati hidup kalian.. Amiinnn..

“Life is to learn how to give out love, and to let it come in.”

Saturday 21 March 2009

~ Cuti sekolah bersama babies ~

Cuti sekolah sudah mula berakhir.. inas pun agak puas bermain cuti kali ni. Maklumlah sebelum ni atkde istilah cuti sekolah masa di EDUCARE.. seronok juga sebab cuti kali ni Rifqi ada bersama hampir seminggu. dari Sabtu malam sampai Jumaat pagi. Puas juga bermain dengan si budak mata galak tu..

Semalam (Jumaat petang) mama, inas, acik Aqil, Ayshah, acik Leli dan nenek Kanchong jalan-jalan kat Morib. Inas yang beriya mengajak semua orang pergi.. Dengan PAKSAAN tu.. ayshah pun tak pernah jalan2 Morib dengan kitorg.. seornok dia main.. Dapat main jongkang jongket.. Tapi cuaca agak terik dan tiada angin.. so, tak jadilah acik Aqil nak main layang-layang.. Main je la belon tiup2 dengan inas sampai tumpah buih sabun tu..

Tetiba mama ditepuk bahu oleh seseorang.. Kak Atie rupanya. Anak dia yg sulung lebih kurang nak sama tinggi dengan Inas.. Tapi baru nak masuk 4 tahun.. yg kecik lupa nak tanya berapa tahun.. Kak Ati pun pregnant tapi due akhir bulan 8.. mama due akhir bulan 7 dan kak Elly due awal bulan 8.. so, mmg teramat ramai yang bersaing utk babies tahun ni..

Borak punya borak tak sedar dah pukul 7.20.. mujur mak ngn kak elly kata nak beli burger dan asam.. so, kami pun bersalam-salaman dan beransur pulang. Tapi, inas nak jugak beli aiskrim. Laa.. mama tak bawak duit plak.. check2, mujur ade duit2 syiling dalam purse tu.. Pastu tunggu burger siap. Inas pulak nak benjo.. Last2, kak elly yg bayarkan.. malu jer..then, kami pun balik.. yg malunye, mama tersalah masuk jalan.. Masuk Kg Tali Air.. mujur mak tegur.. hahhaha.. bule jer nak lalu situ tapi jauh.. so, patah balikla sbb baru beberapa meter jer.. Malam tu, mama kepenatan.. bengkek orang jawa kata..lepas mghrib terus tido ngn acik Aqil..

Itulah serba sedikit cerita bersama para babies di waktu cuti sekolah kali ini.. jumpe lagi..


“Life is to learn how to give out love, and to let it come in.”

Monday 16 March 2009

|| PizzaHut ... ||

Alhamdulillah, dapat jugak apa yg baby dalam perut mama ni mintak.. Baba belanja makan Pizza Hut kat Banting.. on my birthday.. bukanla sedap sangat pun pizza hut tu tp dah adik si inas ni mengidam dari bulan lepas..Tq you dear...

Inas pulak, cuma mushroom soup tu jer yang dia makan.. tak 'doyan' pizza katanya.. mama yang paling byk makan.. hahaha.. tak sangka buleh habis 5 slices.. mujur pan tu kecik.. kalo yang besar, bole makan 2 slices jer paling banyak kot.. Anyway, terima kasih abang...

You're there for me when I feel down

You always stand behind me

And bring me around..

You're the best

I'm glad I'm your wife

I don't know what I'd do

If you weren't in my life...

I love u soooooooo much..mmmmmuuuuahhh...


“Life is to learn how to give out love, and to let it come in.”

Saturday 14 March 2009

14032009

Kejap lagi nak lik Kanchong..ade kenuri kawen umah sepupu hubby.. Dan pagi tadi mama & inas saje ikut baba gi KUIS. Ni lah gambar yang sempat di snap sementara menunggu majlis khatam Al-Quran murid2 yang bertalaqqi dengan hubby dan waktu jumpe Atun tu..

Sebenarnye teringin nak jumpe ex Martah yang amik course kat KUIS tu.. tapi harini sem baru diorang, so memasing busy.. dan mama akhirnya berjaya juga jumpe Atun dengan memaksanya keluar jap.. hihihi.. sowi Tun.. lenkali bole jumpe lagi, sebab insyaAllah mulai Sabtu depan dan setiap Sabtu, hubby ada kelas kat KUIS.. bole la kalo nak lepak2 kat situ ngn Unyu ke, kak Ema ke, Ummu ke, Kiyah ke, dan lain2...

Key la..nak bertolak dah ni..happy birthday to myself.. moga Allah sentiasa merahmati hidupku.. terima kasih semua...

“Life is to learn how to give out love, and to let it come in.”

Wednesday 11 March 2009

Jadual Baru Einas

Okla..senarnye takde cerita terbaru utk dikongsikan.. so, arini kita cerita jer pasal aktivit harian Einas sejak dia memulakan sesi persekolahan baru di waktu petang..

~ PAGI ~
6.45 : Inas bangun tido.. gosok gigi.. buang air kecil.. basuh muka
7.00 : Main @ mewarna @ melukis kat bawah tangga..
8.00 : Sarapan
9.00 : Main beskal kat porch..
10.00 : Tolong mama sidai kain..
10.30 : Main game kat pc @ tgk ultraman..
11.15 : Einas tido...(biar tak ngantuk kat sekolah nanti)

~ TENGAHARI & PETANG ~
12.45 : Lunch ...
1.45 : Mandi...solat zohor dgn mama (ikut mood dia)..
2.10 : Mama @ baba anto inas ke sekolah..
5.30 : Mama @ Baba amik inas dari sekolah...
6.00 : Main beskal @ main dlm umah..

~ MALAM ~
7.00 : Mandi & bersiap utk solat maghrib berjamaah..
8.30 : Dinner..solat isyak (kadang taknak pun)...
9.45 : Buat homework...
10.30 : Nak susu...tido...

itulah rutin @ jadual harian terbaru Einas...
“Life is to learn how to give out love, and to let it come in.”

Friday 6 March 2009

||~ Improving Blood Pressure ~||

  • Omega-3 Fatty Acids

How it works: May increase elasticity in blood vessel walls and reduce stickiness of blood platelets.

How to get it: Eat fatty fish, such as herring, salmon, mackerel, and sardines, twice weekly, plus walnuts, flaxseed, and canola oil. (Avoid fish high in mercury: king mackerel, shark, swordfish, tuna steak, and tilefish. Check with your doctor before taking fish oil supplements.)

Blood pressure improvement: 1 to 3 systollic; 2 diastolic
  • Meditation

How it works: Manages stress. May trigger the releases of nitric oxide, which relaxes blood vessels.

Blood pressure improvement: 9 systollic; 1.5 diastolic
  • Fiber

How it works: Helps regulate insulin and lessen insulin resistance (high levels can contribute to hypertension). Also helps with weight loss.

How to get it: Eat more fruits, vegetables, and whole grains.
Blood pressure improvement: 3 systolic; 2.6 diastolic
  • Massage

How it works: Reduces response to stress.
How to get it: Ten-minute relaxing back massage, three times a week.
Blood pressure improvement: 2 systolic; 1.5 diastolic

___________________ from : oprah.com_______________________________

“Life is to learn how to give out love, and to let it come in.”

|| Foods for a Healthy Pregnancy ||

~ By DR OZ ~
Can lemons help cure morning sickness? Does eating dark chocolate and drinking coffee help decrease certain pregnancy concerns? Dr. Robert Greene says yes! Dr. Oz talks to Dr. Greene about his advice for soon-to-be moms and his book Dr. Robert Greene's Perfect Hormone Balance for Pregnancy: A Groundbreaking Plan for Having a Healthy Baby and Feeling Great. He shares four foods women can benefit from during pregnancy:

Lemons: Dr. Greene says keeping a lemon handy at all times and sniffing it when you feel nausea coming on can help curb morning sickness. "The part of our brain that is most directly connected with the nausea center is our sense of smell," he says. Just as certain smells make you feel sick during pregnancy, Dr. Greene says the strong, cleansing fragrance of a lemon can rapidly help nausea subside. "If you ignore and don't correct nausea during the first trimester of pregnancy, that increases the risk of preterm labor and blood pressure problems in the third trimester," he says.

Iodized salt: At least a half teaspoon of iodized salt a day should be a part of a pregnant woman's diet. Dr. Greene says women who use little salt or use "designer salts" and sea salt without iodine added can negatively affect their child's IQ. "We need to have enough iodine in order to produce enough thyroid hormones," he says. "Ten to 15 percent of women may have below-normal thyroid levels during pregnancy, and it can have a measurable effect on a child's IQ."

Dark chocolate: Some of the highest amounts of antioxidants are found in dark chocolate, and Dr. Greene says eating it in moderation is very healthy for pregnant women. "Eating foods that naturally have a significant amount of antioxidants can help reverse or improve the ability of the blood flow through the placenta and reduce preeclampsia," he says.

Coffee: Dr. Greene says the theories of why coffee is bad for pregnant women have been proven false, and he says coffee can in fact help an expecting mother. "Coffee seems to reduce the instance of gestational diabetes," he says. "Moderation is the key, but clearly we don't have the concerns with coffee that we once thought existed."

“Life is to learn how to give out love, and to let it come in.”

~ Rabiul Awal & Maulidur Rasul ~


_______________________Pengertian_____________________________

Bulan Rabiulawal bermaksud bulan dimana bermulanya musim bunga bagi tanaman. Mengikut kebiasaannya di Tanah Arab, sewaktu bulan Rabiulawal pokok buah-buahan mula berbunga dan seterusnya berbuah.
Maka nama bulan ini diambil sempena musim berbunga tanaman mereka. Dan setelah kedatangan Islam, Rasulullah saw telah mengekalkan nama Rabiulawal ini sehinggalah sekarang.


__________Peristiwa-Peristiwa Penting Bulan Rabiul Awal___________

Ada banyak peristiwa penting yang telah dicatatkan oleh sejarah jatuh bangunnya tamadun Islam di dalam bulan Rabiulawal ini dan diantaranya ialah;


  • Kelahiran junjungan besar kita, Muhammad Rasulullah saw. Mengikut sumber-sumber mengatakan bahawa nabi lahir pada 12 Rabiul Awwal tahun gajah bersamaan 23 April 571M. Ini adalah sumber yang masyhur dan menjadi amalan umat Islam di Malaysia mengadakan sambutan Maulidurrasul pada 12 Rabiul Awwal di setiap tahun sehinggalah sekarang. Walau bagaimanapun ada sumber yang lain mengatakan bahawa nabi lahir pada 9 Rabiul Awwal tahun Gajah. Perbezaan pendapat ini akan disentuh lebih lanjut di bahagian Maulidur Rasul.

  • Perlantikan Nabi menjadi Rasul. Dibulan Rabiulawal inilah Nabi saw diangkat menjadi Rasul. Ketika ini Nabi saw berumur 40 tahun. Maka dengan ini bermulah dakwah baginda secara rasmi di Makkah al-Mukarramah.
    Hijrah Tarikh hijrah adalah tarikh tibanya Rasulullah di Madinah al-Munawwarah pada ketika itu di sebut Yatsrib. Rasulullah sampai di Quba' pada hari Isnin 8 Rabiulawal dan Baginda sampai di Kota Madinah pada hari Jumaat 12 Rabiulawal dan Baginda menunaikan solat Jumaat yang pertama.

  • Peperangan Banyak peperangan yang telah terjadi pada zaman Rasulullah saw diantara tentera Islam dan tentera kuffar. Diantara peperangan yang berlaku di bulan Rabiulawal ialah peperangan Safwan (Badar pertama), Bawat, Zi Amar (Ghatfan), Bani An-Nadhir, Daumatul Jandal dan peperangan Bani Lahyan.

  • Wafatnya junjungan besar kita, Muhammad Rasulullah saw. Rasulullah telah wafat pada hari Isnin 12 Rabiulawal 11H bersamaan 7 Jun 632M. Baginda wafat di rumah isterinya Aisyah ra dan dikebumikan di Madinah al-Munawwarah.
    Abu Bakar ra. menjadi khalifah Pada hari Rasulullah wafat, para sahabat tidak mahu menangguh urusan pentadbiran kerajaan dan segera membai'ah saidina Abu Bakar ra di Dewan Bani Sa'idah. Ini adalah kerana urusan pentadbiran negara tidak boleh terhenti walau seketika dan ia adalah nadi sesebuah kerajaan. Sebahagian sahabat pula menguruskan pengkebumian jenazah Rasulullah saw yang diketuai oleh Saidina Ali ra Ahli Bait Rasulullah saw.

  • Pembukaan Iraq. Tentera Islam yang dipimpin oleh Khalid Ibni Walid ra telah memasuki Iraq dan bermulalah pemerintahan Islam di bumi Iraq di zaman saidina Abu Bakar ra.
    Pembukaan Baitul Muqaddis Salahuddin al-Ayubi telah memimpin tentera Islam menewaskan tentera Salib dan seterusnya membuka pintu bagi pembukaan Baitul Muqaddis pada tahun 583 H.

  • Kejatuhan Empayar kerajaan Islam Sepanyol. Kubu terakhir tentera Islam di Andalusia telah ditumbangkan oleh tentera Sepanyol yang dipimpin oleh Ferdinando dan Isabella pada tahun 897H. Bermulalah kemusnahan tempat-tempat bersejarah warisan umat Islam, masjid-masjid ditukar menjadi gereja dan muzium dan tiada lagi suara azan di negara tersebut.

Sumber : http://www.al-azim.com/masjid/rabiulawal/home.htm


“Life is to learn how to give out love, and to let it come in.”

Thursday 5 March 2009

^ PeSaN ^

Pesan pada pantai
usah pagarkan kemurnian sepi
kerana lambaian ombak
melagu seri
bersama alunan karang
memecah bingit lara insan...

Pesan pada pepohon
biarkan tarian dedaun
beruntaian selembut bebunga mekar
wangian harum
betapa mistiknya ciptaan Tuhan...

Pesan buat insan
usah leka disudut keriangan
dijalan berliku pasti menjengah
saraut wajah yang menceritakan
tika duka hadir bahagia
kerana damai dibahuNya...

Pesan untuk diri
ke mana arus erangka pelayaran
bukan mencaci erti kehidupan
seraya digaris hidayah
aku menjangka putaran alam...

Sudahnya diri memanjat doa
moga dirimba ini,
realiti kan hadir
impian kan menjadi pasti...

“Life is to learn how to give out love, and to let it come in.”

^ JanJi ^

Janji itu telah kau metrai
bersama ombak kehidupan
Lalu kenangan itu
membangkit semula
tanpa gamitan kaca bertaburan...

Hati yang kau warnai
menyinari susur jalur
raut keriangan disudut dukamu
mengungkap seribu satu tautan
maka kau tenang disamping...

Aku berkelana lagi
mencari noktah janjimu dulu
merisik khabar dan rahsia
dibalik tirai jalanan semalam
namun hanya bayangan silam
mula mencarik rantaian pilu...

Pasrah atas kehendakNya
kau tetap pergi untuk selamanya
menghilang jauh dari bayangan ini
meninggalkan nostalgiamu
melambai-lambai dibalik cahaya...
“Life is to learn how to give out love, and to let it come in.”

Tuesday 3 March 2009

Mereka Yang Enggan Berkahwin

Kahwin adalah Sunnah Rasulullah s.a.w. dan Sunnah para Nabi-nabi, dan fitrah yang sesuai dengan naluri manusia. Mereka yang tidak mahu berkahwin dan enggan berkahwin adalah bermakna mereka telah mensia-siakan hidupnya di dunia yang telah disediakan Allah untuk hambanya-Nya menikmati segala pengurniaan- Nya.

Islam adalah melarang ummahnya hidup membujang - tanpa berkahwin dengan tujuan untuk menjauhkan diri dari menikmati kesedapan berkelamin dan kesenangan hidup didunia serta mengelakkan diri dari menikmati kegembiraan berkeluarga dan tidak mahu mempunyai keturunan.

Dalam Islam berkahwin adalah merupakan suatu perkara yang digalakkan, kerana dengan perkahwinan itu akan berkembang biak ummah Nabi Muhammad s.a.w., dimana baginda adalah merasa bangga dan bergembira dengan sebab banyak ummatnya. Ini telah dinyatakan oleh Rasulullah s.a.w dalam hadithnya yang diriwayatkan daripada Sa'ad bin Abi Waqqas :
"Berkahwinlah kamu Maka sesungguhnya aku dihari qiamat kelak akan bergembira dengan sebab banyak ummahku. Dan janganlah kamu menjadi seperti orang - orang Nasrani bertapa - hidup membujang".

Mereka yang enggan berkahwin, Imam Bukhari dan Muslim telah meriwayatkan hadith dari Anas bin Malik, katanya : Tiga orang sahabat datang berkunjung ke rumah isteri-isteri Rasulullah s.a.w. menanyakan tentang 'ibadat yang dikerjakan oleh Baginda. Setelah tiga orang sahabat tadi mendapat jawapan dari isteri-isteri Baginda, mereka merasa bahawa 'ibadat mereka itu bila dibandingkan dengan ibadat Rasullah s.a.w. adalah terlalu sedikit dan sangat-sangat "kurang."

Mereka berkata sesamanya: "Bagaimana 'ibadat kita? Padahal Baginda adalah orang yang ma'shum - tidak sedikit pun mempunyai dosa, dan Allah telah mengampunkan dosanya yang telah lalu dan akan datang?. "Maka salah seorang dari mereka itu berkata: "Aku akan sembahyang Tahajjud setiap malam." Dan seorang yang lain akan berkata:"Aku akan berpuasa sepanjang tahun, dan tidak akan berbuka." Dan seorang yang lain lagi berkata: "Aku akan mengasingkan diri dari orang perempuan, dan aku tidak akan berkahwin selama-lamanya (hidup membujang)" Maka datang Rasulullah s.a.w., lalu bersabda:
Kamu semua berkata begitu? Ingat dan ketahuilah, demi Allah, aku adalah orang yang sangat takut terhadap Allah, dan sangat taqwa kepada-Nya, tetapi aku berpuasa dan kadang-kadang aku (tidak berpuasa), dan aku sembahyang, dan aku tidur, dan aku juga berkahwin dengan perempuan. Maka sesiapa yang tidak suka dengan sunnahku, mereka itu bukanlah pengikutku (bukan dari kalangan ummahku). (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Mereka yang enggan berkahwin (hidup membujang) seumur hidupnya, padahal mereka mampu menunaikan tanggungjawab terhadap isterinya zahir dan batin, maka bermakna mereka telah mengharamkan sesuatu perkara yang halal ke atas diri mereka, dan mereka itu adalah juga orang yang menentang hukum Allah dari Sunnah Rasul-Nya.

Dalam masalah ini, at-Tabari berkata: "Sahabat Rasulullah s.a.w bernama 'Uthman bin Maz'un mengharamkan ke atas dirinya seorang perempuan, benda-benda yang baik dan semua benda yang sedap dan lazat. Dengan pengharaman tersebut, Allah Ta'ala menurunkan firman-Nya:
Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu haramkan benda-benda yang baik yang telah dihalalkan oleh Allah bagi kamu, dan janganlah kamu melampaui batas pada apa yang telah ditetapkan halalnya itu, kerana sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang melampaui batas. (Surah al- Ma'iddah:87)

Sehubungan dengan ini, diriwayatkan dari Ibnu 'Abbas:
Seorang lelaki mengadu dan bertanya kepada Rasulullah s.a.w. mengenai orang yang membujang (tidak berkahwin) selama-lamanya, katanya: " Bolehkah aku berkasi?" Baginda menjawab dengan sabdanya:
Tidak ada dalam agama kita orang yang berkasi. (Riwayat Tabrani)
Dalam masalah ini, Sa'ad bin Waqqas berkata:

Rasulullah s.a.w. telah melarang sahabatnya 'Uthman bin Maz'un hidup membujang (tanpa berkahwin). Andainya Baginda mengizinkan 'Uthman bin Maz'un membujang (tanpa berkahwin), tenteulah kita "harus" berkasi. (Riwayat Bukhari)

“Life is to learn how to give out love, and to let it come in.”

Anakku mula bersekolah..


Alhamdulillah, semalam tanggal 2 March 2009 (isnin) jam 2.00 ptg - 5.30 ptg, anak mama & baba yg dikasihi telah memulakan sesi persekolahn barunya di PASTI Ar-Raihan, Seksyen 5 Bukit Mahkota. perjalanan hanya 1.7 km dr rumah kami di seksyen 6.

Pada mulanya, inas meragam konon tak nak pergi sekolah sebab dah lama tak jumpe guru dan kawan2 di alam persekolahan.. tapi kami biarkan je.. sekadar memberi peluang dia meluahkan apa yg terbuku di dadanya. Alasan terbesarnya kerana malu sebab dah lama tak pergi sekolah dan banyak tertinggal. Almaklumlah budak2 sebaya dia, masuk sekolah awal bulan Januari 2009.. dekat 2 bulan dok kat umah ngan mamanya.. tapi, bila jam menunjukkan pukul 2 ptg, dia ok jer. naik kereta pun tak de la nak bising2 dah.. mesti berdebar agaknye dia.

Anto sampai depan pintu kelas lagi. Baba rasa berat hati nak tinggalkan anaknye yg sorang tu, macam nak tunggu jer kat tepi kelas nak tengok camner inas mulakan sekolah di tempat baru katanya. Mama suh baba terus beredar, sebab mama tau anak mama pandai berdikari.. lagipun dulu masa 4 thn dah pernah bersekolah di EDUCARE kat UIA tu. Bezanya, facilities kat UIA tak leh nak katala..mengalahkan sekolah rendah. Serba serbi lengkap, tapi silibus utk 4 thn masa tu tak berapa berat dan banyak main2 jer..

Tepat jam 5.32 ptg, kami sampai depan gate sekolah inas.. Dengar suara cikgunya panggil nama dia "Einas".. berdebar-debar nak tengok reaksi inas balik dr sekolah.. suka ker, sedih ke, masam ke dll.. Bila keluar je budaknya, hah??? tercengang kami.. monyok jer.. cikgu kata, inas tertido tadi. Laa.. tergelak kami. yerla, dah la hari pertama sekolah, bole plak tertido. Siap berbekas2 lagi tepi pipi dia. Tido pakai tudung lg..Salah kami juga sbb dah biasakan dia tido ptg specially kul 3 lebih.. alih2 dia kena sekolah ptg.. so, takleh nak adapt lg la situasi baru tu. Lgpun semalam kami baru jer balik dr kampung dan tengari kul 1 tu baru jer mkn nasi.. so, tak sempat dia nak tido..Mulai harini, inas akan dilatih utk tido jam 12 tgari utk mengelakkan dia tertido waktu kelas..inas2...

Syukur, sampai jer kat rumah kami tanya perkembangan sekolah barunya. Dia kata ok. Best jugak.. Banyak belajar. Kawan2 baik, cikgu baik.. risau jugak, kot2la dia kata esok2 dah tanak pergi sekolah. Ni kul 6.45 pg macam selalu dah bangun pagi.. kul 7 dah bising.. "Mama, dah gosok baju sekolah inas?"hurm, dah tak sabarla nak sekolah tu. Asyik tanya jer, pagi ni ke inas pergi sekolah. Tak la sayang, petang nanti pukul 2..itulah ragam anakku yg tgh seronok bersekolah.. semoga menjadi anak yg solehah, rajin, bijak dan berdikari..

“Life is to learn how to give out love, and to let it come in.”

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
-:: Tinta Mama with Love ::-