Tuesday 22 January 2008

SAMBUTAN HARI ASYURA

Rentetan dari peristiwa Karbala ini timbul dua golongan yang menyambut hari Asyura secara ekstrem.

Golongan pertama :

Mereka tediri dari pengikut Syiah al-Rafidhah yang telah menjadikan tarikh 10 Muharam setiap tahun sebagai hari untuk berkabung dan menujukkan kesedihan demi untuk memperingati kematian Saidina Hussain ini. Ketika menyambut hari Asyura mereka telah memperlihatkan perbuatan-perbuatan umat jahiliah seperti memukul wajah serta tubuh badan mereka sehingga berdarah, menyiksa diri, berteriak serta menangis menunjukkan kesedihan dan merobek-robek pakaian mereka. Keadaan sebegini masih diamalkan oleh penganut fahaman Syiah seperti di Iran, Iraq, Pakistan dan lain-lain tempat lagi.

Ternyata perbuatan ini amat bertentangan dengan hukum syarak kerana apa yang diperintah oleh Allah S.W.T apabila di timpa musibah adalah untuk bersabar. Ini sebagaimana firman-Nya:Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar: (Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata:

"Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali." Mereka itu ialah orang-orang yang dilimpahi dengan berbagai-bagai kebaikan dari Tuhan mereka serta rahmat-Nya; dan mereka itulah orang-orang yang dapat petunjuk hidayah-Nya. [al-Baqarah 2:155-157]

Perbuatan meratap serta menyiksa diri sendiri apabila ditimpa musibah telah dicela oleh syarak sebagaimana hadis-hadis di bawah.

Nabi s.a.w. bersabda:Bukan golongan kami orang yang memukul pipi, merobek pakaian dan berdoa dengan doa-doa jahiliah. [Hadis riwayat Imam al-Bukhari, no: 1294]

Rasulullah s.a.w. juga telah bersabda:Saya tidak bertanggungjawab kepada orang yang ditimpa musibah lalu menangis dengan suara yang keras (berteriak-teriak) atau menggondolkan rambutnya atau merobek bajunya. [Hadis riwayat Imam Muslim, no: 104]

Golongan Syiah ini juga telah memperhebatkan lagi celaan mereka kepada para Sahabat Nabi pada Hari Asyura. Mereka juga membacakan syair-syair serta hikayat-hikayat palsu menceritakan tentang peristiwa Karbala. Apa yang menghairankan adalah terdapat seorang tokoh sasterawan tempatan yang menyanjung nilai-nilai sastera golongan Syiah berkaitan peristiwa Karbala ini. Di mana letak akalnya yang sihat tatkala menganggap kisah-kisah palsu sebagai sesuatu bentuk penulisan yang memilki nilai kesasteraan yang tinggi? Masih terdapat banyak lagi perkara-perkara yang bertentangan dengan syarak dilakukan oleh kelompok Syiah ini pada Hari Asyura.

Golongan ke dua :

Golongan ini pula menyambut hari ‘Asyura sebagai satu hari perayaan yang penuh dengan kebahagian. Mereka ini pula terdiri kelompok yang memusuhi golongan Syiah al-Rafidhah yang digelar Nawashib. Kelompok ini terdiri dari golongan Ahlu Sunnah yang jahil, mereka yang memusuhi Saidina ‘Ali serta ahli keluarganya, penjilat kerajaan Bani Umaiyah serta mereka yang membenci golongan Syiah al-Rafidhah dan menterjemahkan kebencian mereka itu dengan melakukan sesuatu yang berlawanan dengan golongan Syiah iaitu menunjukkan kegembiraan pada hari Asyura.

Mereka menyambut Hari Asyura bagaikan suatu pesta, menghias bandar-bandar mereka dengan indah, memasak makanan-makanan tertentu lalu bersedekah kepada orang ramai, menyediakan makanan yang lazat-lazat dan lain-lain lagi upacara yang mencerminkan ianya suatu hari untuk bergembira seperti Hari Raya. Perbuatan kelompok ini juga bertentangan dengan syarak apatah lagi sekiranya ianya dilakukan bersempena dengan hari terbunuhnya Saidina Hussain, cucu kepada Rasulullah s.a.w. yang merupakan pemimpin kepada para pemuda yang menghuni syurga. Wajarkah suasana yang gembira dihubung-kaitkan dengan satu peristiwa hitam dalam sejarah umat Islam yang mengakibatkan syahidnya seorang yang memiliki keutamaan serta kedudukan yang tinggi bagi masyarakat Islam?

Apatah lagi tidak pernah ada contohnya dari Rasulullah s.a.w. untuk menyambut Hari Asyura seperti hari perayaan yang besar malah para sahabat, para salafussoleh serta Imam-Imam mazhab yang empat juga tidak pernah menganjurkan sambutan yang sedemikian rupa. Oleh itu sambutan sedemikian rupa merupakan suatu amalan bidaah yang sesat dan boleh mengakibatkan pelakunya dihumban ke dalam neraka.

Sabda Rasulullah s.a.w.:Aku wasiatkan kepada kalian agar bertakwa kepada Allah, mendengar nasihat dan mentaatinya. Sesungguhnya manusia itu berkelompok-kelompok, siapa yang akan hidup di antara kalian kelak akan melihat adanya banyak perbezaan pendapat. Maka hendaklah kalian berpegang teguh kepada sunnahku dan sunnah para Khulafa al-Rasyidin. Berpegang teguhlah kepadanya dan peganglah ia erat-erat. Jauhilah segala perkara yang baru kerana setiap perkara yang baru itu adalah bidaah dan setiap bidaah adalah sesat. [Hadis riwayat Imam Abu Dawud, no: 3991]

Jika kedua-dua cara menyambut hari Asyura seperti di atas adalah suatu bentuk kesesatan dalam agama maka apakah yang sewajarnya dilakukan oleh umat Islam pada Hari Asyura?


HARI ASYURA DAN AMALAN-AMALAN SUNNAH BERKAITAN DENGANNYA

Terdapat begitu banyak kisah-kisah yang telah dihubung-kaitkan dengan Hari Asyura namun sebenarnya ia tidak memiliki sandaran yang kukuh. Baru-baru ini telah disebarkan kononnnya terdapat banyak kisah-kisah penting yang terjadi kepada para Nabi dan Rasul serta perkara-perkara berkaitan kejadian alam oleh Allah S.W.T. berlaku pada tanggal 10 Muharam.

Peristiwa-peristiwa tersebut adalah:

1) Nabi Adam a.s bertaubat kepada Allah.
2) Nabi Idris a.s diangkat oleh Allah ke langit.

3) Nabi Nuh a.s diselamatkan oleh Allah dari banjir besar dengan bahteranya setelah bumi ditenggelami air selama 6 bulan. Setelah itu beliau kononnya telah menyediakan bubur untuk dimakan bersama kaumnya. Melalui peritiwa inilah berpuncanya adat memasak bubur Asyura setiap kali muncul 10 Muharam.

4) Nabi Ibrahim a.s. diselamatkan dari dibakar oleh Raja Namrud.

5) Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa a.s.

6) Nabi Yusuf a.s dibebaskan dari penjara.

7) Penglihatan Nabi Yaakub a.s yang kabur dipulihkan.

8) Nabi Ayub a.s dipulihkan dari penyakit kulit yang dideritainya

9) Nabi Yunus a.s selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.

10) Laut merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa a.s dan pengikutnya dari tentera Fira’un.

11) Kesalahan Nabi Daud a.s diampuni Allah.

12) Nabi Sulaiman a.s dikurniakan Allah kerajaan yang besar.

13) Nabi Isa a.s diangkat ke langit.

14) Hari pertama Allah menciptakan alam.

15) Hari pertama Allah menurunkan rahmat.

16) Hari pertama Allah menurunkan hujan.

17) Allah menciptakan ‘Arasy.

18) Allah menjadikan Luh Mahfuz.

19) Allah menciptakan Malaikat Jibril.

Ternyata cerita yang sah berkaitan dengan Hari Asyura hanyalah peristiwa Nabi Musa a.s diselamatkan dari tentera Fir’aun.

Ini adalah kerana kesahihan kisah tersebut berlaku pada hari Asyura telah diperakui oleh Rasulullah s.a.w. sendiri sebagaimana yang terdapat di dalam Shahih al-Bukhari:Nabi s.a.w. datang ke Madinah, dan dilihatnya orang-orang Yahudi berpuasa pada hari Asyura. Menurut mereka: Ini hari baik di saat mana Allah membebaskan Nabi Musa dari Fir’aun.

Maka sabda Nabi s.a.w.: “Kamu lebih berhak terhadap Musa daripada mereka maka berpuasalah. [Hadis riwayat Imam al-Bukhari, no: 4680]

Oleh itu sewajarnya kita tidak menghubung kaitkan apa-apa peristiwa berkaitan hari Asyura melainkan terdapat dalil yang sah dari hadis-hadis Nabi s.a.w.. Melalui hadis di atas ini juga dapat kita fahami bahawa amal ibadah khusus sempena hari Asyura yang diiktiraf oleh Rasulullah s.a.w. adalah ibadah puasa. Ternyata berpuasa pada hari Asyura ini memiliki kelebihan atau fadilat yang begitu besar.

Ibnu ‘Abbas r.a pernah ditanya mengenai masalah berpuasa pada hari Asyura, beliau menjawab: Aku tidak pernah melihat Rasulullah s.a.w. berpuasa sehari pada hari Asyura untuk mencari kelebihan atau fadilat yang tidak ada pada hari-hari selain hari ini… [Hadis riwayat Imam al-Bukhari, no: 2006.]

Berpuasa pada hari Asyura juga dapat menghapuskan dosa-dosa kita pada tahun sebelumnya. Ini sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w.:Puasa tiga hari dari setiap bulan sejak dari Ramadan ke Ramadan berikutnya dianggap berpuasa setahun penuh. Sedangkan puasa hari Arafah pahalanya menurut Allah dapat menghapuskan dosa setahun sebelumnya dan setahun sesudahnya.

Adapun puasa hari Asyura, pahalanya menurut Allah dapat menghapuskan dosa setahun sebelumnya. [Hadis riwayat Imam Muslim, no: 1163]

Allah S.W.T juga mengurniakan taufik-Nya kepada mereka yang berpuasa pada hari Asyura. Dari Ibnu ‘Umar r.a, dia berkata:…Tidaklah seoarang hamba berpuasa di dalamnya (hari Asyura) kecuali puasanya akan memberikan taufik kepadanya [Hadis riwayat Imam al-Bukhari, no: 1892]

Disunnahkan juga untuk menambahkan puasa pada hari Asyura tersebut dengan berpuasa sehari sebelum ataupun sehari sesudahnya. Rasulullah s.a.w. memerintahkan hal ini bertujuan untuk menyelisihi amalan orang Yahudi. Rasulullah s.a.w. bersabda:Berpuasalah kalian pada hari Asyura dan berselisihlah dengan orang Yahudi di dalamnya, dan berpuasalah sehari sebelumnya atau sehari sesudahnya. [Hadis riwayat Imam Ahmad, no: 2047]

Rasulullah s.a.w tidak pernah memerintahkan amalan-amalan ibadah lain untuk dikhususkan sempena hari Asyura melainkan ibadah berpuasa sebegini sahaja. Oleh itu sebaik-baiknya kita berusaha untuk mengamalkan sunnah Nabi s.a.w. ini.


Sumber:
============ ========= ========= ========= ========= ======
MOHD YAAKUB MOHD YUNUS ialah Penolong Naib Presiden diBahagian Perbankan Perusahaan, Affin Bank Berhad.

Untuk sebarang maklum balasberkaitan artikel ini sila hubungi beliau melalui
e-mail akob73@yahoo. com atau di talian 016 - 2640 722
============ ========= ========= ========= ========= ======

“Life is to learn how to give out love, and to let it come in.”

Friday 18 January 2008

Grafik Photoshop Malaysia

Anda mahu tahu???pernah dengar tentang web ni? GRAFIK PHOTOSHOP MALAYSIA..

Sesuatu yang pastinya mengujakan aku dlm hal2 mengedit2 gambar ni.. best site ni, cumanya masih baru dan still belum banyak artikel serta tutorial untuk dipelajari..tapi, setakat ni aku tgh cuba praktikkan tutorial yg telah disediakan. moga aku berjaya dan belajar dengan bersungguh-sungguh.. selain tu tutorial kat web ni siap dengan video..erm..

Ade pulak promo2 menarik macam CD photoshop mania tu..tp, aku tgh sengkek la pulak..insyaAllah kalo diizin Tuhan..if la ade CD2 baru yg hebat tang photoshop or yang berkaitan ngan design ni, aku nak gak memilikinya..
Anyway, web ni memberikan aku inspirasi dalam kerja2 mengedit serta mengasah bakat aku yang masih tumpul ni.. so, caiyyok2 pada semua...

“Life is to learn how to give out love, and to let it come in.”

Thursday 10 January 2008

Salam Tahun Baru "Muharram"


Maal Hijrah
Album : Akhlak Mulia
Munsyid : Shoutul Sofwa
http://liriknasyid.com


Maal Hijrah menyingkap sejarah
Kisah perpindahan Nabi Muhammad
Dari Kota Makkah menuju ke Kota Madinah
Untuk menyelamatkan Islam dari di tindas

Di tengah malam Rosul berjalan
Bersama Abu Bakar menjadi teman
Di dalam Gua Tsur mereka bersembunyi
Musuh mencarinya tiada berjumpa

# Tiba di Madinah disambut dengan meriah
Seluruh mukmin bersyukur dan gembira
Selamatlah islam dari kekejaman
Terus berkembang mebena sebuah impaian

Hijrah rosul suatu hikmah
Dunia yang kelam bertukar cerah
Segala kekejaman kini lenyaplah sudah
Tenda agama islam peroleh kemenangan

Hijrah rosul suatu iman
Ambillah ia menjadi panduan
Agar hidup kita tidak dalam kesesatan
Dalam kita menempuh ranjau kehidupan
Agar hidup kita tidak dalam kesesatan
Dalam kita menempuh ranjau kehidupan


--------------------------------------------------------------------------
Hijrah menyingkap satu episod baru dalam kehidupan.. membawa kita seluaruhnya ke alam yang lebih mencabar dengan pelbagai rintangan dan dugaan..

Hijrah suatu episod yang bakal mengundang segala kemungkinan dan ketidakpastian... Bahkan hijrah itu, suatu episod perjalanan yang masih panjang..

Semoga episod hijrah kali ini membuka ruang untuk kita berjuang dengan keazaman yang tinggi untuk lebih maju dan berjaya... Amiiiinnn.....

“Life is to learn how to give out love, and to let it come in.”

Wednesday 9 January 2008

Pencarian bermula

Ini bukan ceritera tentang mencari jodoh di TV9.. tapi pencarian tempat untuk aku nak praktikal sem 3 nih.. erm.. setakat ni adalah beberapa company yg aku anto dah. tp, segalanya terserah pada Allah untuk tentukan mana yg baik untuk hambaNya yang hina ini...

Kepalaku sudah mula berputar memikirkan kemaslahatan umum. tapi buakn pikir pasal bekalan minyak yang makin berkuarangan atau apa kes si bekas menteri kesihatan tu.. banyak lagi mende lain yang aku kena pikirkan. contohnye, kalo tak dapat tempat tuk praktikakl. atau kalau dapat, tapi jauh la pulek. atau, kalau dapat, tapi takder elaun (tapi tu lain kire ar). atau, kalo dapat jauh nanti inas caner lak. atau, macam2 lagilah...

Dan kerana nak praktikal ni lah aku terpaksa amik gambar baru ukuran pasport. mahal weyh... tapi kire ok senarnye sebab background dan shoot die cantik.. bolehla. dan yang paling best bile mana aku print dan copy seniri.. barula jimat sket duit tu.

Bercakap tentang jimat berjimat ni, terpikir plak aku macam yg DR Murni cakap semalam mase briefing tuk praktikal. kalo praktikal kena la comsider imej tu sket. so, nampak gaya macam kena kuar duit sket nak beli itu ini dan mana yg patut especially sbb aku mmg tak de kasut sarung sebab sememangnya aku tak berapa berkenan nak pakai kasut sarung. panas jer kaki bile pakai kasut sarung. tapi tulah, kalo time praktikal nanti takkan nak pakai sandal buruk aku yang dah mula koyak nih.. herm, kena ni..kena ni...


Key la..panjang bebenor citer pasal benda ni. baik wat FYP jap. Tamat.

“Life is to learn how to give out love, and to let it come in.”

Tuesday 1 January 2008

New baby...




Salam alaik..

Lama betul tak update blog ni..busy kot,walaupun sem ni sebenarnye subjek 4 jer..tapi kelas petang dan malam. mmg jadual jadi tunggang-langgang. bru jer semalam gi department dan drop IRSM sebab kelas hari Sabtu. bukan pe, sian laki dan anak aku nak bersama. Dah la malam ade kelas, kalo sabtu Ahad diganggu memang tak bernafas aku jadinye. sorry la member2 yg terpaksa amik gak kelas tu sebab ramai tak ade waktu yg sesuai. Lecturer ramai part timer, pepaham jer la. hopefully, sem 1 nanti bukan lecturer yg sama..hihihi..

Herm, nak citer tentang our new baby. MyVi namanye. Gold. 1.3 ezi @auto(walaupun tak dpt word tu sbb naper ntah). yang penting keluasan, tecnology dan aircond amat cemerlang buat masa ni. PUAS HATI kata abang aku. Bukan saje nak tukar keta baru, tapi condition Iswara (BHE) tu tak mengizinkan. macam2 problem starting mase memlu dapat keta tu lagi. Aircond dah byk kali problem yg mana hubby dan inas dan aku seniri terpaksa hadapi (half cook abg kate) bile masuk waktu panas terik. kalo hujan, masalah gak. pastu power window, lampu emergency, lampu pintu dll. malas nak ingat benda2 tu.. Anyway, senarnye kiteorang sedih gak nak pass keta tu kat dealer tu sebab keta tu byk beri kenangan suka dan duka kami sekuarga. keta tu banyak jasanya. Inas pun membesar dalam keta tu. apa nak buat, jodoh kami dengan Iswara Perawan Yellow tu tak panjang (dlm 4 tahun jer).. Terima kasih atas jasa dan baktimu BHE...

Nak jadi cerita, tak de sape tau kami order MyVi gold tu kecuali Ajib dan Kak Sofia. So, bile dah dapat MyVi ty, gempak la sume orang. Best tul mase tu...Kak Elly pun tukar Waja, manelah kami larat pun kalo nak angkat Waja cam diorang..bak kata aku kat abg mase nak pilih2 keta dulu, say No to proton...hihihi..hope Myvi ni terus cemerlang sampai waktunya...tp, mmg satisfied ngn MyVi tu.. sgt2..

Inas plak, esok (2 Jan 2008) mula sesi persekolahan barunye kat EDUCARE, Uia..sukela inas sebab dapat sekolah baru, kawan baru, cikgu baru. siap ade playground lagi. plak tu dalam time table diorang, silibus mmg menarik. Antaranye ade gardening, swimming and water playing and etc. dewan makan pun menarik, rase macam diorg masuk asrama plak. menu pun ok.. bilik2 sume berair cond kecuali toilet. yg paling best sbb yuran pun berpatutan RM130 utk undergrade student.. so, bole save skit. cume, nanti kalo aku dapat tempat praktikal jauh dari Uia, kenalah bayar gak walaupun tak hantar die.free free jer.. tak per la.. terkorban duit laki aku...hihihi

Pasal praktikal plak, belum dapat tempat lagi sebab department tak siap lagi surat aku.. aku ni pun satu, byk sangat address aku bg suh akak tu wat kan surat..hihihi.. lantakla, dah diorang kate boley.. yg penting aku dapat surat jawapan. doa2 harap dapat tempat yg aku nak la.. amiiinnn... ok la.. tu jer buat kalo ni.. lain kali sambung lagi...bubbye !! watchout...

“Life is to learn how to give out love, and to let it come in.”

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
-:: Tinta Mama with Love ::-