Monday 25 August 2008

KonVo..

Bismillahirrahmanirrahim..

Tiada post baru setelah sekian harinya..bukan sahaja malas, tapi kekeringan idea. maka yang menjadi mangsa adalah coretan dan luahan yang ntah apa-apa..

Hari ini hari bersejarah buat para graduan UIAM yang telah berjaya mengorak langah keluar dari medan perjuangan di sini dan mereka terus meneraju langkah ke arah yang lebih mencabar di luar sana.. aku juga yang masih lagi terkapai-kapai mengatur perjalanan ini..

Tahniah buat para sahabatku yang berjaya, yang telah berusaha dan bersusah payah menggapai impian untuk menggenggam segulung ijazah.. yang juga diserikan dengan pakaian baru iaitu imej yang sekaligus merubah pandangan dan persepsi masyarakat sekeliling selama ini bahawa UIA itu untuk mereka yang belajar agama !! Tahniah buat mereka yang berjaya melarikan konsep Islam yang sedia ada.. walhal pakaian yang sedia sebelumnya tampak lebih manis dan berbeza dengan universiti atau institusi yang lain.. Dunia dah berubah, kata iklan kat TV tu.. entahlah..

Tengahari tadi mengiringi kejayaan salah seorang sahabat, Dira. Ibu dan ayahnya beserta suaminya yang baru dikahwininya awal bulan Ogos yang lalu.. ceria sungguh pasangan baru itu..menggamit sedikit rasa cemburu, bilakah kan tiba waktu itu untukku.. alangkah sayu hatiku tatkala terlihat suaminya mengucup dahi si isteri dengan kasih yang tidak berbelah bahagi.. amat bahagia sekali.. aku juga mahukan begitu nanti .. tunggu...

Dan kala ini pula, waktu yang sedia singkat ku lalukan begitu sahaja dengan pengisian yang kurang manfaatnya kerana emosi yang tidak berapa elok hari ini.. ada hikmahnya.. sabar, ujar hati yang sedang memujuk.. masa pun terus mencemburuiku.. dan telah tiba waktu untukku menatap anugerah Illahi hasil kasih sayang antara kami suami isteri, anakku...

Terima kasih Tuhan..terima kasih atas kurniaan yang tidak terhingga ini..terim kasih atas rahmat dan pemberian yang terlalu tinggi nilanya dan tiada tandingannya.. maka, ku akhiri coretan kaku ini dengan lafaz; semoga Allah memberkati hidup kita di dunia dan akhirat sana.. amiinn

“Life is to learn how to give out love, and to let it come in.”

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
-:: Tinta Mama with Love ::-