Thursday 24 December 2009

~ Doa buat suami...


Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim

Kau ampunilah dosa ku yg telah kuperbuat
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yg tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental dan fisikal
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan


Ya Allah Sekiranya suami ku ini adalah pilihanMu diArash
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya suami ku ini adalah suami yg akan membimbing tanganku dititianMu
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untukku di Jannah Mu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya
Sekiranya suami ku ini adalah yang terbaik untukku di DuniaMu
Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya
Sekiranya suami ku ini jodoh yang dirahmati olehMu
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya
Tetapi Ya Allah
Sekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang
Kau tunjukkanlan aku jalan yg terbaik untuk aku harungi segala dugaanMu
Sekiranya suami ku tergoda dengan keindahan dunia Mu
Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya
Sekiranya suami ku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan
Kurniakanlah aku kekuatanMu untuk aku memperbetulkan keadaanya
Sekiranya suami ku menyintai kesesatan
Kau pandulah aku untuk menarik dirinya keluar dari terus terlena


Ya Allah
Kau yang Maha Megetahui apa yang terbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan ketelanjuranku
Sekiranya aku tersilap berbuat keputusan
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri
Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhiratMu
Sekiranya aku engkar dan derhaka
Berikanlah aku petunjuk ke arah rahmatMu Ya Allah
sesungguhnya aku lemah tanpa petunjukMu
Aku buta tanpa bimbinganMu
Aku cacat tanpa hidayahMu
Aku hina tanpa RahmatMu


Ya Allah
Kuatkan hati dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu
Bimbinglah aku menjadi isteri Solehah
Hanya padaMu Ya Allah ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaanMu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yg kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniamu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaranMu
Kerana pendek akalku mengharungi ujianMu


Ya Allah Ya Tuhanku…
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati
Isteri yang dikasihi
Isteri yang solehah
Isteri yang sentiasa dihati suaminya
Amin, amin Ya Rabbal Allamin..
(c) copyright...

“Life is to learn how to give out love, and to let it come in.”

Saturday 12 December 2009

anak2 ku~





“Life is to learn how to give out love, and to let it come in.”

Sunday 15 November 2009

08.11.2009 ~ Doa selamat Ziyad & NurDhea Hurilain serta Birthday Einas













“Life is to learn how to give out love, and to let it come in.”

Thursday 5 November 2009

~ Pelbagai...

Salamalaik buat semua..semoga rahmat Allah sentiasa bersama kita hingga ke akhirnya.


Lama sangat rasanya tak update blog mama ni. Memang tak berkesempatan dan yang peliknya tiap kali nak menaip je, bluuurr.. arini gagahkan diri juga untuk mengisi blog yang sudah kosong ni..
Point jer la ek:
1) Raya dah sudah berlalu..
seronok memang seronok lagi2 sbb ade warga baru dlm family kami. Duit raya anak2 mama pun boleh tahan especially Ziyad la..tp xdan lagi nak bukak akaun bank.

2) Keje..
Start keje ritu memang asyik teringat2 kat Ziyad. Tp lama2 ok. Alhamdulillah, cikgu nursery tu kata Ziyad senang dijaga. Dan dpt cuti seminggu sebab kontrak baru disambung. Sambutan raya KK pun meriah...

3) Family Day keluarga 'SS' 2009..
Syukur majlis yg dirancang berjalan lancar dan meriah sekali. Sambutan utk hadiah juga amat menggalakkan smpai dah tak tau hadiah yg lebih nak bagi camne..Tahniah kpd pihak pengurusan, thn depan umah mak ayah mama pulak.

4) Konvo..

Alhamdulillah, akhirnya saat yg ditunggu hadir jua..majlis konvo. My family sume ikut ke UIA kecuali Ati, suami n Dhea' sbb Dhea masih dalam hari lagi.. No comment ~

6) Ziyad..

Alhamdulillah semalam @ 4 Nov 2009, mama baba n kakak Einas sama2 mengerjakan rambut Ziyad..sekarang adik dah balik umrah "kata kakak. InsyaAllah Ahad ni kami buat majlis doa selamat @ makan2 utk sedara mara kat umah nenek Meru bg meraikan Ziyad dan Dhea' serta birthday kakak Einas..



“Life is to learn how to give out love, and to let it come in.”

Thursday 17 September 2009

Salam Lebaran Aidilfitri


Sempena kedatangan Aidilfitri yg mulia ini, kami sekeluarga ingin merakamkan ucapan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI.. mohon ampun dan maaf atas segala salah silap, terkasar bahasa, terlanjur kata dan sebagainya.. semoga lebaran kali ini lebih bermakna buat kita semua..

Jangan lupa posa 6 yer..then, kalau yang kena ganti posa, jangan buat2 lupe..

krokedail hunter nyekeli boyo,
endas singo tugu singapuro,
kulo sekeluargo ngucapne selamet dino bodo,
keluputan seng akeh-akeh dingapuro
Kalau tak faham, silalah rujuk kamus bahasa Jawa yer..hihihi..wassalam.

“Life is to learn how to give out love, and to let it come in.”

Friday 11 September 2009

Aidilfitri songs~










.....kehangatan untuk menyambut aidilfitri makin terasa......


“Life is to learn how to give out love, and to let it come in.”

Wednesday 2 September 2009

.:. Ramadhan kali ini .:.

Dengan nama Allah yg Maha Pemurah lg Maha Penyayang..

Semoga kehadiran Ramadhan yg mulia ini dapat mentarbiah diri kita untuk lebih mendekati Yang Esa..
Syukur alhamdulillah, Ramadhan kali ini amat bermakna buat kami sekeluarga. Dengan kurnia Yang Kuasa, kami dihadiahkan dengan seorang lagi zuriat yang diberi nama ZIYAD bersempena nama tabi'in di zaman Nabi s.a.w.. Nama itu juga demi mengenang serta mengingati pemergian anak kami yang kedua (Ziyad) yang syahid ketika berusia 3 bulan dlm kandungan mama pd 2006 dahulu.. semoga aman anakku bersemadi di sana..
Ramadhan kali ini adalah yang pertama buat kakak Einas belajar berpuasa.. menginjak usia 5 tahun pada awal November ni, jadi kami latih kakak agar tegar berpuasa. Dan, alhamdulillah kakak Einas mmg boleh diharap dan tabah.. Cume, ada juga beberapa hari yang kami terpaksa lepaskan dia untuk minum seteguk air sebab dah lembik semacam jer.. harap2 kakak Einas tahan berpuasa hingga akhir Ramadhan..

Alhamdulillah juga kerana tahun 2009 ni, ramai mereka2 yang mama kenali selamat melahirkan zuriat masing2 dan ramai lagi yang bakal melahirkan dalam masa terdekat ni..sepupu Ziyad dan Einas je ade 6 setakat ni..alhamdulillah, Allah masih memanjangkan ummat Muhammad..

Selamat meneruskan ibadah puasa kepada semua dari kami sekeluarga..

“Life is to learn how to give out love, and to let it come in.”

Tuesday 11 August 2009

Hari Sukan PASTI ar_Raihan

Einas khusyuk ...

Membelek hadiah yg di terima

Sedey je inas... Nape yer??

Ibu Bapa dan hadirin yg memeriahkan majlis...

Para pelajar sdg memberi sorakan utk guru2 yg bertanding

Einas dapat no 2 utk kedua2 acara

Atuk Nenek dan Acik Awi yg turut hadir memberi sokongan padu...

Laparnye anak mama..habis sebiji donut dia makan

Einas : acara lari berhalangan

einas menanti giliran

Mama (sarat - sehari sblm bersalin) with Ibu ina dan k.long

Einas dan rakan2 di khemah peserta

einas : acara bola bergelung

Einas kaisah beratur dlm barisan

Einas dan kumpulannya (BIRU)

Kanak2 peserta sukan PASTI ar_Raihan Bukit Mahkota


“Life is to learn how to give out love, and to let it come in.”

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
-:: Tinta Mama with Love ::-