Friday, 20 July 2007

Susahla Islam ni..

Benda ni saya terima dari email seorg sahabat saya..sekadar renungan kita bersama.. moga banyak faedahnya..
Susahla Islam ni”,”susahla nak amal Islam zaman moden ni”,”Islam ni itu tak boleh ini tak boleh”

Frasa-frasa di atas kerap saya dengar dan rasa nya ada sesetengah yang terbaca akan tajuk fikrah saya ni ada yang bersetuju.Pernah satu kejadian saya lepak dengan seorang teman,saya bercerita pasal gelombang
syiah yang makin melanda negara kita sambil kongsikan serba sedikit info pasal syiah yang saya tahu,ingatkan beliau menunjukkan minat tapi sebaliknya dia kata balik lebih kurang begini :“ Toksah dok kata tentang yang berkaitan Islam ,cuba kau fikir pasal antara Islam dan agama lain,apa yang buat kau yakin Islam itu benar?”Terkejut saya,tak pernah terlintas akan diajukan soalan begitu dari seorang kawan muslim,terus saya insan yang lemah terdetik :”Patutla dia buat tak tau je pasal rukun Islam (solat ,puasa dan sebagainya),rupanya mungkin ada sedikit keraguan dalam diri dia”

Berbalik kepada tajuk asal,kita tinggal kan cerita kawan saya.Saya kongsikan cuma sebagai bukti dah ada muslim sendiri sekarang ini dah anggap Islam dah tak relevan,Islam sama macam agama lain sahaja jadi tak kesah sama ada nak anut yang mana satu.
Apa yang susahnya tentang Islam?Jom kita tengok sikit antara pekara berkaitan dengan Islam.

1) Tuhan

a. Nak bandingkan dengan agama lain,ada yang banyak tuhan mereka,ada tuhan yang racist(rupa tuhan sama dengan rupa sesuatu kaum) dengan Islam yang Tuhan yang hanya Se Nya yang layak disembah hanyalah ALLAH dan ALLAH tak berupa seperti orang arab atau memana kaum,Allah tak sama dengan makhluk.Tuhan yang banyak,adakah ia nya logik?cuba kalau Malaysia ada 3 perdana Menteri,setiap satu mewakili setiap kaum majoriti masyarakat Malaysia.Apa agaknya yang jadi kat malaysia?jadi,relevan kan Islam?

2) Nabi

a. Bila dah ada Tuhan,mestilah ada arahan atau larangan.maka adanya nabi sebagai utusan ALLAH untuk menyampaikan dari Tuhan.Andai ALLAH sampaikan/tegur secara ‘direct’,di dunia ini tak kan ada orang yang buat maksiat dan sememangnya syaitan takleh buat apa-apa la kat manusia.Hatta Raja-raja kat dunia ini pun ada larangannya inikan pula Tuhan.Logik kan islam?

3) Al-Quran dan As-Sunnah

a. Hatta kereta atau telefon bimbit pun ada buku panduan(manual),maka begitu juga Islam ada panduannya dan as-sunnah adalah huraian pada panduan tersebut. Huraian diberikan oleh utusan Tuhan yang diberikan kepadanya kefaqihan oleh Tuhan agar dihuraikan boleh dijadikan ikutan.(sebabnya utusan Tuhan juga adlah manusia).Logik kan?

4) Halal dan haram

a. Rasanya bila kita dah akui Tuhan yang mencipta kita sudah tentu kita boleh terima apa yang Tuhan tahu untuk kebaikan kita.Cuba tengok antara larangan Tuhan:

i. Zina/berdua2an/bersekedudukan tanpa hubungan yang sah

1. Mana yang lebih baik?ni soalan untuk perempuan. Si lelaki kena ada ikatan dengan awak baru leh ‘sentuh’ awak atau tak payah ada ikatan,jadi bila dia rasa dia nak buat ape pun kat awak dia punya suka,dia sentuh itu,sentuh ini,’buat itu’ tapi dia takde terikat dengan awak,yang ada cuma janji manis di mulut. Bila dia rasa dia dah puas bebila saja dia boleh tinggalkan awak.Pastu sentuh perempuan lain pulak.Itu yang perempuan zaman sekarang nak?Relevan kan islam haramkan zina/bersekedudukan antara dua jantina yang bukan mahram?

ii. Arak

1. Dah banyak kes perempuan yang mabuk dirogol,pemandu yang mabuk terlibat dengan kemalangan yang meragut nyawa.Masih tak relevan lagi pengharaman arak?relevan kan islam haramkan arak?

b. Kalau nak dihitung apa yang Tuhan haramkan,boleh sangat nak kira jumlahnya,tapi kalau nak dihitung apa yang Tuhan halalkan untuk manusia,memang tak terkira.
....akan bersambung...

“Life is to learn how to give out love, and to let it come in.”

Feeling jap...

Destinasi Cinta
Artist: Mestica
Song Category: Nasyid

Menyingkap tirai hati
Mengintai keampunan
Di halaman subur rahmat-Mu, Tuhan
Tiap jejak nan bertapak
Debu kejahilan
Akan ku jirus dengan madu keimanan

Tak ternilai airmata dengan permata
Yang bisa memadamkan api neraka
Andai benar mengalir dari nasuha nurani
Tak kan berpaling pada palsu duniawi

Destinasi cinta yang ku cari
Sebenarnya terlalu hampir
Hanya kabur kerana dosa di dalam hati
Telah ku redah daerah cinta
Yang lahir dari wadah yang alpa
Tiada tenang ku temui
Hanya kecewa menyelubungi

Ku gelintar segenap maya
Dambakan sebutir hakikat
Untuk ku semai menjadi sepohon makrifat
Moga dapat ku berteduh di rendang kasih-Mu

Namun ranjaunya tidak akan sunyi
Selagi denyut nadi belum berhenti
Durjana syaitan kan cuba menodai
Segumpal darah bernama hati
(Destinasi cinta Ilahi)

Lestarikan wadi kalbuku, oh Tuhanku
Leraikan aku dari pautan nafsu
Biarpun sukar bagiku melamar redha-Mu
Namun masihku mengharap ampunan-Mu
Wahai Tuhanku... Ya Allah...



“Life is to learn how to give out love, and to let it come in.”

Monday, 16 July 2007

Minggu2 yang berlalu...

Minggu ni masuk minggu kedua sesi persekolahan bermula.. untuk inas n mama die.. alhamdulillah, inas ok kat Taska Wahida tu.. setakat ni die cukup seronok dpt main2 ngn kawan2 n cikgu2nye..erm, baki bayaran RM20 blm dipulangkan oleh pihak taska.. kena ingat tu..Sabtu Ahad lepas lik umah mak Meru.. tgh bermula musim rambutan.. tapi yg kuning je... yg merah baru skit2.. kadang2 teringat mase kecik dulu.. ayah mesti kerah kitorang adik-beradik utk sapu seluruh n keliling pokok2 rambutan tu.. mesti tak leh tengok kalau ade sehelai dua daun, bisinglah ayah nanti.. tapi sekarang pokok yang tinggal kat area depan n tepi umah mak cuma ada 5 pokok jer... berbanding kecik2 dulu, 10 pokok... yg belakang umah pun dah 3 pokok kena tebang... tak pelah, sekurang2nye inas masih berpeluang nak panjat pokok rambutan tu.. macam mama die mase kecik2 dulu... kerjanye panjat pokok rambutan sampai kena sebat sebab tak nak masuk umah... main ngn bdk2 laki jer lak tuh.. kenangan2....Sambil2 tengok bola AFC semalam n kelmarin... tak sanggup nak tengok Malaysia main,.. tah pape ntah... baik tengok indon main... semangatlah jugak.. apala pemain kite, mcm hebat sgt pun.. corak permainan pun tak best... tak leh aim betul2 lak tu utk passing bola kat kawan.. lak tu yg tukang sambut bola pun same, tak leh diharap langsung.. patutlah penonton secubit jer...dan satu lagi adalah suatu tindakan yg mulia kiranya tengku meletak jawatan tu ..sbb boleh kasi can kat org lain yg lebih bersemangat n ade strategi yg bagus utk memartabatkan pasukan bola kite ke mata Asia cukuplah...dunia, mimpi je lah kot.. (fuyoo..poyo tu)sebenarnye dah lame tak tengok bola...saje bg peluang hubby puaskan hati die nk tgk bola.. pelik gak, dedulu sebelum kawin, minatlah sangat tengok bola.. tapi sekarang dah tak berapa berminat...macam dah berkubur sikit perasaan tu... hihihi... adalah hikmahnye tu... oh ye... start arini (16 July) sampai 18 July ada GRANAX CARNIVAL Digital Book&Lifestyle Fair kat CAC... buka kul 10 am - 6pm... ade gak angan2 nak beli external harddisk.. tapi, kena tengok budget dulu lah.. berkira2 gak ni sbb PTPTN sampai sem ni jer.. harap2 application utk extend PTPTN tu berjaya.. sbb dulu pernah extend 1 sem mase bersalin inas... tapi tulah, macam2 hal lak jadinye...dah g GO mintak copy approval letter, bule tak de.. dah tu g iium clinic, kakak tu ckp, dah lame sangat, ssh nk cari dalam stor.. pastu patah lik g AnR... wat request.. kena RM3 n tunggu 3 hari bekerja.. tup2 depa tel kate, tengah renovation, so dlm sebulan ni tak leh... pulek.. geram tul... sabar jerla.. n arini nak wat request sekali lagi tuk dapatkan confirmation letter yg menyatakan bahawa kite pernah wat study leave tu... tu pun kena byr RM3 n tunggu 3 hari lagi...hermm.... ujian2...



“Life is to learn how to give out love, and to let it come in.”

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
-:: Tinta Mama with Love ::-