Wednesday, 2 September 2009

.:. Ramadhan kali ini .:.

Dengan nama Allah yg Maha Pemurah lg Maha Penyayang..

Semoga kehadiran Ramadhan yg mulia ini dapat mentarbiah diri kita untuk lebih mendekati Yang Esa..
Syukur alhamdulillah, Ramadhan kali ini amat bermakna buat kami sekeluarga. Dengan kurnia Yang Kuasa, kami dihadiahkan dengan seorang lagi zuriat yang diberi nama ZIYAD bersempena nama tabi'in di zaman Nabi s.a.w.. Nama itu juga demi mengenang serta mengingati pemergian anak kami yang kedua (Ziyad) yang syahid ketika berusia 3 bulan dlm kandungan mama pd 2006 dahulu.. semoga aman anakku bersemadi di sana..
Ramadhan kali ini adalah yang pertama buat kakak Einas belajar berpuasa.. menginjak usia 5 tahun pada awal November ni, jadi kami latih kakak agar tegar berpuasa. Dan, alhamdulillah kakak Einas mmg boleh diharap dan tabah.. Cume, ada juga beberapa hari yang kami terpaksa lepaskan dia untuk minum seteguk air sebab dah lembik semacam jer.. harap2 kakak Einas tahan berpuasa hingga akhir Ramadhan..

Alhamdulillah juga kerana tahun 2009 ni, ramai mereka2 yang mama kenali selamat melahirkan zuriat masing2 dan ramai lagi yang bakal melahirkan dalam masa terdekat ni..sepupu Ziyad dan Einas je ade 6 setakat ni..alhamdulillah, Allah masih memanjangkan ummat Muhammad..

Selamat meneruskan ibadah puasa kepada semua dari kami sekeluarga..

“Life is to learn how to give out love, and to let it come in.”

Tuesday, 11 August 2009

Hari Sukan PASTI ar_Raihan

Einas khusyuk ...

Membelek hadiah yg di terima

Sedey je inas... Nape yer??

Ibu Bapa dan hadirin yg memeriahkan majlis...

Para pelajar sdg memberi sorakan utk guru2 yg bertanding

Einas dapat no 2 utk kedua2 acara

Atuk Nenek dan Acik Awi yg turut hadir memberi sokongan padu...

Laparnye anak mama..habis sebiji donut dia makan

Einas : acara lari berhalangan

einas menanti giliran

Mama (sarat - sehari sblm bersalin) with Ibu ina dan k.long

Einas dan rakan2 di khemah peserta

einas : acara bola bergelung

Einas kaisah beratur dlm barisan

Einas dan kumpulannya (BIRU)

Kanak2 peserta sukan PASTI ar_Raihan Bukit Mahkota


“Life is to learn how to give out love, and to let it come in.”

Saturday, 4 July 2009

Menghitung Hari...

Menghitung hari,
detik demi detik,
masa ku nanti apa ‘kan ada
Jalan cerita,
kisah yang panjang,
menghitung hari...

Begitulah lirik lagu yg pernah berkumandang... seakan sama dgn apa yang aku alami tika ini.. menghitung hari-hari untuk menanti kelahiran baby dlm tummy ku ini.. kalau ikut due date, ada lagi 23 hari..

Alhamdulillah setelah 36minggu++ dlm perut mama, baby kat dalam ni sihat kata Dr..segalanya ok, dari air ketuban, uri dll.. semoga segalanya berterusan begitu..

Masa tengah scan pun baby still bergerak aktif.. angkat2 kepala, tendang2 .. mungkin dah tak sabar nak kelaur, almaklumlah ruang dah semakin sempit..dah tak boleh nak berpusing2.. Dr kata kepala memang dah kat bawah, so kena sentiasa ready sebab bila-bila masa je dia boleh keluar.. herm , takutla pulak sebab dah lama tak rasa sakit bersalin.. inas pun dah tadika..

Inilah dia babyku yang aktif dalam perutku ni :


Ya Allah, kurniakanlah daku kekuatan dan ketabahan menghadapi segala dugaanMu.. berikan aku petunjuk dan hidayahMu.. kurniakanlah keberkatan buat zuriatku ini dan keluargaku.. Amiin...

Teman2, ku harapkan jua doa kalian agar daku sentiasa dipermudahkan segala urusan... terima kasih buat semua yang sentiasa sudi membantuku.. Allah sahaja yang bisa membalasnya..

“Life is to learn how to give out love, and to let it come in.”

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
-:: Tinta Mama with Love ::-