Monday, 7 April 2008

Ia sudah hampir tiba..

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lg Maha Penyayang..

Alhamdulillah, dgn izin dan rahmat kasihNya telah selesai sudah final exam bg sem 2, 2007/2008.. maka dengan ini, akan bermulalah suatu episod penilaian untuk praktikal training pulak..lama dah tak mengisi kolum ini, mengutuskan rasa hati, membicarakan segala peristiwa yg telah berlaku dan segala macam propaganda lewat harianku..

Terlalu banyak rasenye perkembangan dan berita serta isu2 yang gempar untuk digarapkan di lembaran ini. Teringat pula kisah adik Sharlene yang masih tidak kunjung tiba temunya, hilang pula adik Asmawi. kemudian, politik Malaysia yang sangat menggemparkan seantero Malaya dan negara2 yang mengambil tahu tentangnya. Alhamdulillah, tiada peristiwa yang tak diingini belaku, hanyasanya sang taufan yang melanda membuatkan kucing dan anjing bercakaran semula..maka, dipulaukan pula gerangan di Raja dengan mereka yang lupa akan dirinya.

Lagipula, kisah Sufiah yang menggoncang jiwa Malaya dan memartabatkan nama Malaysia ke kancah yang hina katanya. Hingar seketika Fitna atas mereka yang menggelar dirinya Islam, walau hakikatnya perlu diteliti atas jiwa mereka yang benar2 mengamalkan Islam bagi menolak segala tohmah dan tuduhan terhadap Muslim sendiri.

Seraya itu, aku yang berdiri sendiri ini, melihat segalanya bagaikan suatu akibat dan suatu petanda bahawa KIAMAT SUDAH DEKAT...Noktah !
>

3 Tinta Kamu ...:

mama said...

hai... takde sape nak komen yer.

sufiah punya cerita satu malaya dah tahu...

bagi i itu perkara kecik je, tak boleh nak salahkan dia kenapa dia jadi camtu...

mungkin ada alasan kukuh kenapa dia memilih cara hidup begitu. tengok sendiri la kenapa ayah dia merengkok dalam penjara sekarang.

mintak dijauhkan Allah benda2 seperti ini terjadi dalam family kita.

mamaKaisah said...

mmg tak boleh nak salahkan die sepenuhnye sbb berdasarkan maklumat yg kita ketahui, dia adik beradik sendiri tak sanggup nak hidup dibawah didikan ayahnye..kasihan ibu yang melahirkan..

mama said...

nak buat macam mana lagi, semoga safiah sempat bertaubat kerana pintu taubat sentiasa terbuka buatnya.

ibu yang melahirkan ? inilah nasib si ibu apabila bersuamikan manusia yang mungkin kurang imannya.

sebagai isteri kitalah yang patut menegur dan menasihati suami jika ada yang dirasakan tak kene...

kehidupan berumahtangga amat menyeronokkan jika suami isteri saling faham memahami, betolak ansur antara satu sama lain...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
-:: Tinta Mama with Love ::-