Saturday, 30 May 2009

8 bulan

Bayi :
Otak bayi terus berkembang dengan cepat.
Gerakan janin mula perlahan kerana saiznya semakin besar, namun bayi akan menendang dengan kuat dan berpusing.
Anda mungkin boleh melihat siku dan tumit bayi pada perut anda.
Tulang kepala bayi masih lembut dan ini memudahkan ia untuk keluar nanti.
Paru-paru bayi masih belum matang.
Saiz janin lebih kurang 18 inci panjang dengan berat 5 paun. Pertambahan berat ini kebanyakannya datang daripada lemak.

Ibu :
Buah dada anda mungkin mengeluarkan kolostrum (cecair yang akan menjadi makanan bayi sebelum susu keluar) semasa ia mula menghasilkan susu. Bersihkan puting anda dengan air dan gosok dengan lembut, jangan gunakan sabun untuk mengelakkan kekeringan.
Anda mungkin merasa kurang selesa semasa tidur. Tidur mengiring dan sokong belakang dan perut anda dengan beberapa biji bantal. Anda mungkin menghadapi sedikit kesukaran bernafas kerana bayi menekan paru-paru anda.
Kekejangan kaki biasa berlaku pada bulan ini, begitu juga dengan vena verikos di mana di kaki anda akan timbul urat seperti sarang labah-labah.

Tip :
Anda dikehendaki mengalami pemeriksaan prenatal 2 minggu sekali tetapi berjumpa segera dengan doktor jika anda mengalami tanda-tanda berikut:
Pendarahan atau keluar cecair yang banyak daripada vagina
Kejang, sakit perut, atau sakit belakang yang kuat
Pandangan mata kabur
Rasa bayi turun
Gerakan bayi yang semakin perlahan dengan banyaknya
Lebih daripada 5 kontraksi dalam satu jam.
Sediakan diri anda untuk penyusuan susu badan:
Dapatkan ilmu sebanyak mungkin dengan bertanya dan membaca.
Tanya doktor anda untuk maklumat lanjut.
>

2 Tinta Kamu ...:

nazir said...

buat kali pertamanya manusia telah menendang ibunya..sejak dlm kandungan lg..tp ibu suka.TAPI, jgn ketika dewasa pun begitu..derhaka namanya.

mama_kaisah said...

hurm..betul tu..semoga zuriat yg dikandung ini menjadi anak yg soleh dan taat kepada kedua ibubapanya... amiiinn...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
-:: Tinta Mama with Love ::-