Anakku dah pandai menyayi lagu Negaraku.. mengalahkan version Namawee..
“Life is to learn how to give out love, and to let it come in.”
"Negaraku, tanah tumpah tanah airku, ... bla.. bla.. bla.. raja kita, selamat bertata .. " itu jer yang inas tau. Malam ni malam jumaat, malam yg penuh dengan barakah dan limpahan rahmat atas setiap umat yang mengerjakan amal kebaikan. Semoga keberkatan malam jumaat ini takkan dicemari dengan perkara2 yang dilarang oleh agama dan menjatuhkan maruah bangsa sendiri walau hakikatnya aku pun dah maklum kebiasaan pada malam kemerdekaan penuh dengan unsur2 kemaksiatan dan dosa2 yang mungkin tak dapat diampunkan..
Entahla.. apa ertinya merdeka pada aku? terkadang tafsiran sebahagian orang begitu tinggi dan menjulang langit yang tak mungkin tercapai dek fizikal. tapi, bukanlah merdeka yang difahami itu membawa maksud yang lebih dan melangkaui batasan sebenar disudut Islam. Apalah gunanya merdeka andai pemikiran dan perlakuan tetap diselubungi anasir2 luar.. Apalah ertinya merdeka andai dibiarkan bertahta segala macam perangai syaitan.. Apalah ertinya merdeka yang dirantai dengan peribadi bukan seorang Islam.. biarlah mereka yang bukan Islam atau yang belum diberi hidayah memeluk Islam lebih menghormati perilaku dan perbuatan seseorang yang menggelar diri mereka Islam..
Semuanya tidak bermakna kiranya erti merdeka ini tiada yang disulami dengan denai keimanan dan semangat perjuangan yang lebih bererti menurut Islam..