Thursday, 25 September 2008

Tak sabar nak raya...

Tajuk ni jadi pilihan, walaupun tak lah excited sgt nak menyambut raya..maklumlah FYP II tak settle lg..

ok la. Alhamdulillah, ptg semalam sempat gak beli baju raya.. erm, tak de la nak beli yg mahal2 sgt..yg biasa jer..tawar menawar mmg hobiku.. sudahnye, dptlah skali ngn tudung tu. Berapa RM? rahsia..

cumanya, baju inas tahun ni blm ada lg dari kami (mama & babanye).. nenek Meru dah belikan inas 1 baju kurung warne biru. tp tema kami sekuarga tahun ni ala2 merun @ merah hati.. ntah napa warne tu jadi pilihan.. sekali sekala cari warna pekat2 sikit.. yg lepas2 sume warne cair2 jer..

sekarang ni, inas pun dah rajin guna pc kat umah tu..makin bijak.. siap bole on/off pc.. pastu tau lak kat mana "paint", games dan benda2 yg die suka..rasenye, sekali jer mama tunjukkan kat die.. itula budak zaman millenium. sekali tunjuk je dah boleh tangkap. yg tak bestnye time mama dan baba tgh betul2 nak guna pc .. die lak sibuk nak melukis la, main game la, tgk "Rambo" la..hihihi

dan, insyaAllah tengahari sok kami nak balik Meru. Kalau ikut planning, kami nak sambung buka posa kat Kanchong sampai dua hari/sehari seblm raya ni.. sbb raya pertama nak kat Meru..

Kami pun ada planning nak wat BBQ utk mkn pagi raya nanti.. konon2 nak bakar sikit masa malam raya, pastu subuh raya tu bakar betul2.. tempat pemanggang dan arang dah beli.. abg yang tak sabar nak memanggang katanya.. kite tengok nanti...

Erm, ikut planning gak, raya ke 2 mcm yang lepas2 balik ke Kanchong. Tp acik Ajib n family maybe balik raya ke 3.. Aisyah mayak je lik awal raya pertama nanti.. so, maybe kami sekuarga gi umah oyot Kanchong tak dengan diorg.. tgkla nanti..

Harapnye raya thn ni meriah macam yg lepas2..

ops, sahabat2 MARTAH ade planning nak wat gathering pada 27 Oktober ni..hopefully segala yg dirancang berjalan lancar..

so, di sini saya mewakili keluarga Hairullfazli ingin mengucapkan
"Selamat Hari Raya" dan "Maaf zahir & Batin"

...jumpa lg...


“Life is to learn how to give out love, and to let it come in.”

Tuesday, 16 September 2008

16 Sept ..

  • Tarikh yg dinanti????

Segalanya terserah pada kuasa Ilahi, kiranya ia benar2 terjadi, maka itulah yang hakiki...


“Life is to learn how to give out love, and to let it come in.”

Friday, 12 September 2008

BETA testing presentation

Syukur pada Ilahi kerana diri ini diberi kekuatan yang tidak disangka.. alhamdulillah, dah selamat present Beta Testing for my fyp2..mujur jugak dapat mdm Asma yg lemat lembut gitu..

Dan, terima kasih buat sir Dahlan yang banyak membantu dan guide kitorg (fyp2 section 5).. yang selalu mengkritik dan memberi idea yang padu lagi jitu dan amat menarik sekali.

Dan, mlm tadi memang Allah beri peluang tuk aku bertahan tak tidur walau sekelip mata..aku sendiri pun cukup pelik dan macam tak percaya yang aku boleh bertahan untuk ngadap laptop (pinjam suami Liza punya) sepanjang mlm. Pastu tau2 jam hp aku berbunyi menandakan telah tiba masa untuk menyediakan keperluan untuk bersahur.. jam 5 a.m masa terus berlalu dengan pantas, dan akhirnya selesai juga kerja yang aku buat (walaupun tak mencapai expectation)..

Yang paling kesian, Inas dan babanya..diorang terpaksa melayandiri..bukan pe, rasenye masa terlalu cepat berlalu. dan aku kena settlekan jugak FYP ni. Jadinya, malam tadi dan malam-malam sebelumnya dalam minggu ni, Inas dan baba cuma tidur berdua..Arakian aku cuba sedaya upayaku untuk menyudahkan FYP2 itu.

Jam 7.50 a.m, aku sampai kat kedai photostate yang dekat ngan bank Muamalat tu. Just nak binding layout pad tuk presentation. Then, trus lepak kat EduCafe sambil wat slide tuk present. Pastu, Shiykin tel dalam kul 9 a.m, ajak naik kls LR 3.9 (tpt kami present) sebab dia nak balik bilik nak pinjam laptop Shiekin Khalib sebab thumb n laptop dia infected by virus.. (Sian Shiykin).

Mase menunggu ketibaan examiner, mmg tersangat2 berdebar2. Tup2 mdm Asma' sorang yang examine kami sbb DR Fauzan ade urgent meeting. Takpela, senang skit. Then, masa berlalu. Jam 10.15 a.m, presenter pertama iaitu Shiykin dengan penuh keyakinan dan gaya yang mengagumkan terus memulakan bicaranya. Seronok dengar Shiykin present, yerla kalo fluent mmg sedap didengar. Huhuhu.. bila la aku nak fluent cam dak2 nih?

Next, dalam 10.50 a.m, turn aku plak. Belasah je la. Tangan beku dah.. Terketaq2..mujurla sir Dahlan beri kami sokongan dan bantuan (specially layout pad yg tinggi nilainya tu). So, mdm macam berminat betul ngn sketching kitorg. Yer ar, group kami jer yang wat menda tuh. Pastu, giliran Liza+Fiza+Paa+Masna. Sume mmg menarik..TAHNIAH buat semua!!!

So, kepala dah mula ringan sikit..nak enjoy sekejap. Tak leh lama2 sbb byk lagi kena siapkan utk final stage.moga Allah memberi kekuatan dan bantuan buat hambaNya yang lemah dan kerdil ini.

Dan tika ini..aku pun nak menunaikan kewajipan utama dalam seharian iaitu: Solat Zohor !

by that, chow dulu..sambung lain kali..
_mama_

“Life is to learn how to give out love, and to let it come in.”

Monday, 8 September 2008

Ramadhan yang mulia..

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..


Ramadhan Kareemm..itulah ungkapan yang selayaknya pada setiap ketibaan bulan puasa. Tidak terlewat rasanya untukku mengucapkan "Selamat menjalani ibadah puasa kepada semua umat Islam di mana sahaja kalian berada".

Hari ini telah masuk Ramadhan yang ke 8 bersamaan dengan 8 September 2008. Banyak peristiwa-peristiwa yang menarik dan tidak ketinggalan juga peristiwa-peristiwa yang menggemparkan seantero dunia sepanjang Ramadhan ini.

Bercerita tentang puasa, aku dan hubby cuba untuk melatih Einas untuk berpuasa kerana dia akan berumur genap 4 tahun pada 20 Ramadhan nanti (menurut bulan Islam). Alhamdulillah, pada hari pertama puasa, Einas hanya dapat bertahan hampir 3 jam.. (tu pun sebab kat umah nenek dan atuknya di Bukit Kapar).

Bila dah balik Gombak, masuk sekolah balik.. hurm, susah pula nak kawal dia. Sebabnya, pihak sekolah dah sediakan makanan untuk anak-anak yang berumur 5 tahun ke bawah..so, hilang begitu sahajalah semangat untuk dia berpuasa. Dan sampai ke hari ini, memang dia tak berpuasa. Cumanya, sahur dan susu botol tak tinggal.

Alhamdulillah, puasa kali ini acik Aqil (darjah 2) dah mula berpuasa. Setakat ni cuma luak pada hari ke 2 puasa sebab dia tak sahur sambil menggigil. Dan syarat yang dia kenakan, RM0.50 sen mesti dimasukkan ke tabungnya oleh setiap ahli rumah.. tak pe la..baru nak belajar. sebenarnya, Aqil tu manja sangat. Yer la, masa kami (4 beradik yang lain), umur 5 tahun dah mula puasa. Dan ayah pun nak menggalakkan kami untuk berpuasa dengan janji manisnya untuk memberi duit raya yang banyak. Contohnya, sehari dapat RM0.10 sen.. tak ke banyak kalo dapat 30 hari penuh? (masa tu punya rate la)..

Cerita pasal berbuka pula. Ramadhan kali ini boleh dikatakan tidak terlalu meriah dengan bazaar di Bukit Kapar. Mungkin masing2 dah ada kesedaran nak masak sendiri kat umah. Suasana bazaar kat Banting agak meriah sebab banyak gerai. Bazaar kat UIA (sebelum sekolah Einas) pun tak berapa mendapat sambutan dari para pelajar. Sebab utamanya, lokasi yang jauh bagi student iaitu di Convest Hill..kesian budak2 yang dok Mahallah Ameenah, Safiyyah, Asiah, Ruqaiyyah, Maryam, Hafsa dll. Pulak tu, rahmat Allah kali ni mencurah-curah turun ke bumi (HUJAN).

Sebenarnya, aku pun tak berapa suka beli makanan kat bazaar Ramadhan ni. Bukan pe, kadang2 orang yang menjual ni baru jer nak berjinak-jinak berniaga. So, kebanyakkan yang freshies (hihihi) ni, "masak ntah pape", kata hubbyku. Betul.. Lainla kalo depa ni memang pernah meniaga kat kedai makan atau pasar2. Tapi, bagusla semangat berniaga tu ada dalam diri mereka.

Kelmarin, singgah umah atuk. Jenguk atuk yang makin uzur. Sian atuk.. teringin nak berpuasa katanya, tapi fizikal tak membenarkan. Itu pun atuk cuma minum air kosong sepanjang hari.. Nak dekat pukul 7 baru dia jamah makanan sebab dah tak tahan lapar. Moga Allah merahmati dan mempermudahkan segala urusannya. Amiinn... Sambil-sambil tu, nak tengok perkembangan baju raya yang aku tempah kat BikNah..hurm, tak sentuh lagi pun. Bik Nah kata, tak tau sempat ke tidak sebab banyak sangat orang tempah dan anak-anaknya asyik meragam (especially si kembar). Nampak gaya, kena beli baju siap juga la kot. Walaupun kain tu aku dah serahkan kat BikNah awal bulan April aritu..

Ok la..dah panjang sangat cerita ni..lain kali cerita lagi..
Selamat berpuasa!!

“Life is to learn how to give out love, and to let it come in.”

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
-:: Tinta Mama with Love ::-