Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..
Ramadhan Kareemm..itulah ungkapan yang selayaknya pada setiap ketibaan bulan puasa. Tidak terlewat rasanya untukku mengucapkan "Selamat menjalani ibadah puasa kepada semua umat Islam di mana sahaja kalian berada".
Hari ini telah masuk Ramadhan yang ke 8 bersamaan dengan 8 September 2008. Banyak peristiwa-peristiwa yang menarik dan tidak ketinggalan juga peristiwa-peristiwa yang menggemparkan seantero dunia sepanjang Ramadhan ini.
Bercerita tentang puasa, aku dan hubby cuba untuk melatih Einas untuk berpuasa kerana dia akan berumur genap 4 tahun pada 20 Ramadhan nanti (menurut bulan Islam). Alhamdulillah, pada hari pertama puasa, Einas hanya dapat bertahan hampir 3 jam.. (tu pun sebab kat umah nenek dan atuknya di Bukit Kapar).
Bila dah balik Gombak, masuk sekolah balik.. hurm, susah pula nak kawal dia. Sebabnya, pihak sekolah dah sediakan makanan untuk anak-anak yang berumur 5 tahun ke bawah..so, hilang begitu sahajalah semangat untuk dia berpuasa. Dan sampai ke hari ini, memang dia tak berpuasa. Cumanya, sahur dan susu botol tak tinggal.
Alhamdulillah, puasa kali ini acik Aqil (darjah 2) dah mula berpuasa. Setakat ni cuma luak pada hari ke 2 puasa sebab dia tak sahur sambil menggigil. Dan syarat yang dia kenakan, RM0.50 sen mesti dimasukkan ke tabungnya oleh setiap ahli rumah.. tak pe la..baru nak belajar. sebenarnya, Aqil tu manja sangat. Yer la, masa kami (4 beradik yang lain), umur 5 tahun dah mula puasa. Dan ayah pun nak menggalakkan kami untuk berpuasa dengan janji manisnya untuk memberi duit raya yang banyak. Contohnya, sehari dapat RM0.10 sen.. tak ke banyak kalo dapat 30 hari penuh? (masa tu punya rate la)..
Cerita pasal berbuka pula. Ramadhan kali ini boleh dikatakan tidak terlalu meriah dengan bazaar di Bukit Kapar. Mungkin masing2 dah ada kesedaran nak masak sendiri kat umah. Suasana bazaar kat Banting agak meriah sebab banyak gerai. Bazaar kat UIA (sebelum sekolah Einas) pun tak berapa mendapat sambutan dari para pelajar. Sebab utamanya, lokasi yang jauh bagi student iaitu di Convest Hill..kesian budak2 yang dok Mahallah Ameenah, Safiyyah, Asiah, Ruqaiyyah, Maryam, Hafsa dll. Pulak tu, rahmat Allah kali ni mencurah-curah turun ke bumi (HUJAN).
Sebenarnya, aku pun tak berapa suka beli makanan kat bazaar Ramadhan ni. Bukan pe, kadang2 orang yang menjual ni baru jer nak berjinak-jinak berniaga. So, kebanyakkan yang freshies (hihihi) ni, "masak ntah pape", kata hubbyku. Betul.. Lainla kalo depa ni memang pernah meniaga kat kedai makan atau pasar2. Tapi, bagusla semangat berniaga tu ada dalam diri mereka.
Kelmarin, singgah umah atuk. Jenguk atuk yang makin uzur. Sian atuk.. teringin nak berpuasa katanya, tapi fizikal tak membenarkan. Itu pun atuk cuma minum air kosong sepanjang hari.. Nak dekat pukul 7 baru dia jamah makanan sebab dah tak tahan lapar. Moga Allah merahmati dan mempermudahkan segala urusannya. Amiinn... Sambil-sambil tu, nak tengok perkembangan baju raya yang aku tempah kat BikNah..hurm, tak sentuh lagi pun. Bik Nah kata, tak tau sempat ke tidak sebab banyak sangat orang tempah dan anak-anaknya asyik meragam (especially si kembar). Nampak gaya, kena beli baju siap juga la kot. Walaupun kain tu aku dah serahkan kat BikNah awal bulan April aritu..
Ok la..dah panjang sangat cerita ni..lain kali cerita lagi..
Selamat berpuasa!!
>
0 Tinta Kamu ...:
Post a Comment