Okeyla...ni nak bukak topik tentang pemanasan global @ dalam istilah Inggerisnye, Global Warming. Sebenarnya nak jadi isu sebab dah 6 hari bermula dari Isnin minggu ini kami sekeluarga merasakan bahawa suhu dan udara yang terlalu panas. Tak taulah berapa, mungkin sekadar 38'c kot. Tapi kami sangkakan suhu akan kembali sejuk pada waktu malam dan awal pagi. Dan nampaknya, suhu area rumah kami ni di Bukit Mahkota tetap sama. Menjadi salah satu masalah yang agak besar bagi kami sekuarga sebab Inas dan mama ni mmg cepat panas.. so, nak tido malam asyik terjaga padahal kipas dah pusing 5 sampai awal pagi. Dan, rasanya bil elektrik bulan ni naik la skit sebab asyik pusing 5 jer semua kipasnya..
Maka, besarlah harapan kami agar suhu kembali normal atau paling tidak akan turun sedikit..ni mama sertakan beberapa gambar2 yang di sedut dr internet untuk tatapan dan ingatan semua.. bersama-samalah menjaga bumi kita..Moga Allah merahmati hidup kita di dunia & akhirat..
0 Tinta Kamu ...:
Post a Comment