Alhamdulillah, semalam tanggal 2 March 2009 (isnin) jam 2.00 ptg - 5.30 ptg, anak mama & baba yg dikasihi telah memulakan sesi persekolahn barunya di PASTI Ar-Raihan, Seksyen 5 Bukit Mahkota. perjalanan hanya 1.7 km dr rumah kami di seksyen 6.
Pada mulanya, inas meragam konon tak nak pergi sekolah sebab dah lama tak jumpe guru dan kawan2 di alam persekolahan.. tapi kami biarkan je.. sekadar memberi peluang dia meluahkan apa yg terbuku di dadanya. Alasan terbesarnya kerana malu sebab dah lama tak pergi sekolah dan banyak tertinggal. Almaklumlah budak2 sebaya dia, masuk sekolah awal bulan Januari 2009.. dekat 2 bulan dok kat umah ngan mamanya.. tapi, bila jam menunjukkan pukul 2 ptg, dia ok jer. naik kereta pun tak de la nak bising2 dah.. mesti berdebar agaknye dia.
Anto sampai depan pintu kelas lagi. Baba rasa berat hati nak tinggalkan anaknye yg sorang tu, macam nak tunggu jer kat tepi kelas nak tengok camner inas mulakan sekolah di tempat baru katanya. Mama suh baba terus beredar, sebab mama tau anak mama pandai berdikari.. lagipun dulu masa 4 thn dah pernah bersekolah di EDUCARE kat UIA tu. Bezanya, facilities kat UIA tak leh nak katala..mengalahkan sekolah rendah. Serba serbi lengkap, tapi silibus utk 4 thn masa tu tak berapa berat dan banyak main2 jer..
Tepat jam 5.32 ptg, kami sampai depan gate sekolah inas.. Dengar suara cikgunya panggil nama dia "Einas".. berdebar-debar nak tengok reaksi inas balik dr sekolah.. suka ker, sedih ke, masam ke dll.. Bila keluar je budaknya, hah??? tercengang kami.. monyok jer.. cikgu kata, inas tertido tadi. Laa.. tergelak kami. yerla, dah la hari pertama sekolah, bole plak tertido. Siap berbekas2 lagi tepi pipi dia. Tido pakai tudung lg..Salah kami juga sbb dah biasakan dia tido ptg specially kul 3 lebih.. alih2 dia kena sekolah ptg.. so, takleh nak adapt lg la situasi baru tu. Lgpun semalam kami baru jer balik dr kampung dan tengari kul 1 tu baru jer mkn nasi.. so, tak sempat dia nak tido..Mulai harini, inas akan dilatih utk tido jam 12 tgari utk mengelakkan dia tertido waktu kelas..inas2...
Syukur, sampai jer kat rumah kami tanya perkembangan sekolah barunya. Dia kata ok. Best jugak.. Banyak belajar. Kawan2 baik, cikgu baik.. risau jugak, kot2la dia kata esok2 dah tanak pergi sekolah. Ni kul 6.45 pg macam selalu dah bangun pagi.. kul 7 dah bising.. "Mama, dah gosok baju sekolah inas?"hurm, dah tak sabarla nak sekolah tu. Asyik tanya jer, pagi ni ke inas pergi sekolah. Tak la sayang, petang nanti pukul 2..itulah ragam anakku yg tgh seronok bersekolah.. semoga menjadi anak yg solehah, rajin, bijak dan berdikari..
>
0 Tinta Kamu ...:
Post a Comment