Thursday, 5 March 2009

^ PeSaN ^

Pesan pada pantai
usah pagarkan kemurnian sepi
kerana lambaian ombak
melagu seri
bersama alunan karang
memecah bingit lara insan...

Pesan pada pepohon
biarkan tarian dedaun
beruntaian selembut bebunga mekar
wangian harum
betapa mistiknya ciptaan Tuhan...

Pesan buat insan
usah leka disudut keriangan
dijalan berliku pasti menjengah
saraut wajah yang menceritakan
tika duka hadir bahagia
kerana damai dibahuNya...

Pesan untuk diri
ke mana arus erangka pelayaran
bukan mencaci erti kehidupan
seraya digaris hidayah
aku menjangka putaran alam...

Sudahnya diri memanjat doa
moga dirimba ini,
realiti kan hadir
impian kan menjadi pasti...
>

0 Tinta Kamu ...:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
-:: Tinta Mama with Love ::-