Thursday, 17 November 2011

Budak Cemerlang !!

Greeting Text

Mama menaip dalam keadaan mengantuk dan tersengguk-sengguk. Sebenarnya mama sekeluarga baru balik dari majlis Hari Kecemerlangan Pelajar di sekolah anak mama. Jam 8.30 tepat kami sampai dan majlis bermula jam 8.45 pagi. Mama terus cari tempat duduk di depan for sure. Sebab senang dan terang dapat tengok muka anak mama amik hadiah nanti. Majlis dimulakan dengan bacaan doa, kemudian persembahan anak2 darjah 3.

Majlis diteruskan dengan penyampaian hadiah bagi pra sekolah. Kira graduation day diorang lah ni. Lancar dan cepat je. Tup-tup majlis berehat seketika jam 9.11 pagi. Ibu bapa dan jemputan dijemput makan free kat dewan yang disediakan. Fuh, makanan memang banyak. Nasi lemak, mee goreng, bihun goreng, kuih muih, beberapa jenis air. Mama ambil nasi lemak barang sepinggan tu pun sesenduk. Dalam hati kata, entah habis entah masuk tong sampah. Maklumlah tong perut mama kecik. Tapi tengok parent lain ambil makanan macam kelaparan seminggu. Semua jenis nak ambil. Penuh-penuh pinggan lagi. Tong perut besar kot, sebab tengok saiz badan pun, no comment !

Mama makan bergilir dengan hubby sebab lil girl Amna tido. Lepas mama makan, baba pulak makan. Tapi, nasi lemak tu memang sedap ! 
Majlis bersambung dalam pukul 10.24 pagi. Yang boringnya ucapan ler. Hihihi. Masa Guru Besar bagi ucapan ok lagi, padat dan berisi info2 penting ja. Pastu wakil YDP PIBG sek. ok jugak, lagi pendek je ucapannya. then, ucapan perasmian wakil PPD. Mak ai, panjang la pulak. Mama jeling orang sebelah2, kanan kiri, depan belakang. Masing-masing buat muka toya. Siap ada yang tidur lagi. 

Habis sesi ucapan, penyampaian hadiah mula. Segar sikit kami ibu bapa. Masa tu berebut nak ambil gambar. Alhamdulillah, kakak Einas dapat 94.8%. Tertinggi dalam darjah 1 tapi berkongsi dengan kawannya, sama markah. Yang mama dan baba terkilan, kenapa ditulis dan diumumkan tempat kedua padahal ada kes yang sama budak darjah 4 dua orang dapat tempat kedua. 

Mama darjah 1 dulu pun sama kes ni. Ada 2 org dapat markah sama. tapi cikgu still tulis dan announce sebagai tempat pertama bagi kedua-dua kami. Adil ! 

Mujurla terubat kesedihan kami bila kakak Einas naik pentas sekali lagi untuk hadiah mata pelajaran terbaik : Sains 99% dan Bahasa Arab 100%.. Boleh la mama dengan baba senyum dalam berduka.

Majlis belum sampai penghujung, kami terus balik. Amna dan Ziyad dah mula tak selesa. Hari makin panas. Budak-budak dah mengantuk. Sampai je rumah, lunch beli je kat kedai minang atas tu . Then, mandi-mandi tidur budak-budak ni. Kesian baba, lepas solat zohor terus pergi kerja. Kesian juga kakak Einas, terus bersiap2 untuk ke sekolah agama. Sempatla mama terlelap dalam 10 minit masa susukan Amna sebelum kakak Einas ke sek agama.

The End~

Sorry entry yang panjang. Gambar2 mama upload kemudian ya!!

>

6 Tinta Kamu ...:

Sue-Rya AQ said...

tahniah utk anak mama..seronoknye dpt anak yg bijak n cemerlang..hehe

MamaKaisah said...

@Sue-Rya AQtq ... doakan kecemerlangan dan kejayaan yg berterusan buat anak mama yer...

Sue-Rya AQ said...

U're welcome mama..saya pn teringin nak tgk anak2 saya berjaya jugak..

MamaKaisah said...

insyaAllah Sue... sama2 kita didik ank kita jd yg terbaik..

cik wanie Lovela (CWL) said...

usha tanga kejayaan kan mama hehe

MamaKaisah said...

@cik wanie Lovela (CWL) - ya..insyaAllah berjaya..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
-:: Tinta Mama with Love ::-