Friday, 28 November 2008

Prison Break Addicted !!!

Oh no !!! again... and again...
Watch the Prison Break Season 4 Episode 12 with an episode title: Selfless.

See Sara takes a hostage in a bid to secure Scylla. While, Michael and Lincoln finally meet the General while one of their members switches allegiance.

Next,
Watch Prison Break Season 4 Episode 13. This new Prison Break episode is entitled as “Deal or No Deal” (as the same name of a game show).

The current episode of this action-drama series surrounds on how Michael must hold the team together after the betrayal of Self. While T-Bag got himself a new partner who blackmails Gretchen into finding a buyer for Scylla. Self on the other hand makes the feds think that Lincoln killed him and the feds go after the team.

“Life is to learn how to give out love, and to let it come in.”

Gagah Semasa Hamil...

Masyarakat sering mengaitkan wanita hamil dengan fenomena letih, gemuk, berat dan sebagainya. Faktor ini mungkin disebabkan wanita hamil sendiri yang menonjolkan imej sebegitu rupa di khalayak. Walhal, wanita hamil boleh tampil cergas dan “gagah” biarpun mereka sedang sarat mengandung malah terpaksa pula bekerja di pejabat seperti individu lain.

Mengandung merupakan suatu proses semulajadi yang dialami oleh wanita normal yang telah berumahtangga. Selepas persenyawaan berlaku diikuti dengan beberapa proses lahiriah, maka wanita hamil akan mengalami pelbagai peringkat sewaktu tempoh kehamilan mereka itu.
Apabila disahkan hamil, janin atau embrio dalam uterus anda akan membesar hari demi hari. Bermula daripada sekecil biji anggur ia akan membesar berkali-kali ganda hingga kadang-kadang mencecah berat lima kilogram beras. Proses pembesaran inilah yang membuatkan tubuh badan wanita hamil berubah, mengembang dan menjalani proses kematangan yang tertentu. Selama sembilan bulan berikutnya semua organ dalam badan wanita hamil seperti hati, paru-paru, darah, payu dara, sistem penghadaman, buah pinggang, kulit dan sudah tentunya uterus akan mengalami perubahan yang besar.

Perubahan ini berlaku apabila kandungan hormon dalam badan seperti progesteron bertindak balas dengan tubuh badan wanita hamil. Soalnya, bagaimana anda ingin kelihatan gagah biarpun anda terpaksa mengusung perut yang memboyot ke sana dan ke mari? Rahsianya mudah sahaja. Anda perlu faham kitaran kehamilan anda sendiri dan berusaha untuk mengatasi segala masalah dengan bijak.

Bermulanya sebuah kisah...Jika sebelum mengandung, perut anda kelihatan begitu ramping. Kini setelah anda mengandung sebulan, dua atau tiga bulan dan seterusnya, perut anda akan kelihatan sedikit menonjol dan berisi. Walau bagaimanapun, saiz perut ini terpulang kepada individu. Ada wanita yang perutnya kelihatan sangat kecil malah seperti tidak mengandung biarpun sedang hamil lima bulan. Ini mungkin disebabkan faktor genetik ataupun tulang selangka mereka yang memang kecil dan molek.

Tip yang boleh diamalkan di sini ialah meminta pasangan anda mengambil gambar anda bermula bulan pertama kandungan sehinggalah bulan kesembilan. Secara psikologinya, jika anda mempunyai turutan foto anda sebegini, anda mungkin tidak terasa sangat keletihan ekoran mengandung. Maka dengan sendirinya anda akan berasa selesa dan cergas sentiasa.

Hati membesar

Organ hati wanita hamil akan membesar sewaktu mengandung kerana hati terpaksa bekerja keras mengepam lebihan darah dalam badan. Pada ketika ini, denyutan jantung akan bertambah dan organ hati wanita hamil akan mengepam lebih dua liter berbanding 5 liter sewaktu tidak mengandung. Keadaan ini membuatkan anda berasa kurang selesa, lesu dan tidak bermaya sepanjang masa. Jika anda berasa demikian, apabila anda mahu berbaring, cuba berbaring secara mengiring. Dengan berbaring mengiring, simpulan-simpulan urat dalam tubuh anda tidak menyekat perjalanan darah. Anda juga akan berasa tendangan kaki bayi anda dengan lebih jelas dan ketara.

Susah untuk bernafas

Pada trimester ketiga kehamilan, kebanyakan ibu hamil sukar untuk bernafas. Hal ini kerana perut yang membesar telah menekan diafragma dan keadaan ini menyebabkan anda sukar untuk menyedut udara dan sering kali berasa sebu pada ulu hati. Keadaan ini tidak berlarutan dan ia hanya untuk sementara sahaja. Apabila anda melahirkan bayi kelak, kesemua perasaan tidak selesa dan rasa sukar bernafas akan hilang begitu sahaja. Walaupun kebanyakan orang menganggap ibu hamil terpaksa makan dan bernafas untuk dua orang iaitu dirinya dan anak yang dikandung, namun yang ajaibnya hal itu tidak begitu. Ibu hamil seolah-olah mendapat kekuatan untuk berhadapan dengan masalah ini.

Tip bagi kelihatan gagah dan tangkas serta tiada masalah pernafasan ketika mengandung ialah dengan mempelajari teknik-teknik bernafas dengan betul. Yoga adalah teknik senaman dalaman yang baik untuk pernafasan ibu hamil. Selain itu, Tai Chi atau Qigong dan teknik-teknik meditasi lain boleh diamalkan. Bagi wanita Islam, anda digalakkan banyak bersembahyang dan berzikir untuk mendapat ketenangan. Apabila hati tenang maka dengan sendirinya anda akan berasa mudah untuk bernafas.

Sukarnya berjalan

Dengan perut yang sudah membesar dan payu dara yang ikut membesar, anda seolah-olah hilang upaya untuk berjalan atau menaiki tangga. Kebanyakan ibu hamil akan berasa mengah dan nafas menjadi tercungap-cungap setelah berjalan agak lama dan jauh kerana anda terpaksa membawa badan yang begitu berat dengan pertambahan cecair dalam badan. Untuk kelihatan segar dan boleh berjalan dengan cergas, elakkan daripada memakai kasut tumit tinggi yang boleh menyebabkan betis dan bahagian kaki anda terasa penat dan kejang. Pakailah kasut tanpa tumit yang lembut ataupun jika masih ingin kasut yang bertumit, pilihlah yang setinggi satu atau dua inci sahaja. Selain itu, amalan meminum susu dan sumber makanan yang kaya khasiat kalsium juga boleh menguatkan tulang dan anda tidak mudah penat jika berjalan jauh.

Bentuk payu dara lebih menawan

Jangan risau dengan penampilan diri anda yang tidak lagi menawan seperti dahulu terutamanya pada payu dara. Payu dara wanita hamil memang akan membesar sedikit sepanjang kehamilan. Jika sebelum mengandung saiz mangkuk payu dara anda ialah 34A maka sewaktu hamil, ia mungkin bertukar ke saiz mangkuk 38B atau 36C. Keadaan ini disebabkan bertambahnya pelbagai cecair dalam badan dan payu dara ekoran pertambahan bermacam-macam hormon khusus ketika mengandung.

Antara hormon-hormon tersebut ialah:
1. Estrogen - berfungsi membentuk sistem pemprosesan susu dalam payu dara
2. Progesteron - berfungsi membentuk sel pengeluaran susu dan membentuk puting susu agar lebih jelas menonjol
3. Prolaktin - berfungsi mengeluarkan kolustrum - susu berwarna kuning yang keluar pada minggu-minggu pertama kelahiran bayi. Ia amat kaya dengan antibodi yang bertindak menghalang bayi daripada terkena jangkitan penyakit.

Lebih menawan

Ada yang berpendapat bahawa wanita hamil kelihatan lebih seksi berbanding sebelum mengandung. Kenyataan ini ada benarnya kerana jika dulu anda terlalu kurus kini setelah hamil tubuh anda tambah berisi dengan dada dan punggung yang penuh. Di samping itu, sewaktu hamil anda akan mengalami perubahan pada warna dan tekstur kulit. Malah, jika anda mahu berjemur untuk mendapatkan kulit ‘tan’, inilah masa dan ketikanya. Malah, sesetengah wanita nampak lebih gebu kulitnya ketika hamil. Sebahagian wanita lain mungkin mendapati kulit pada wajah mereka menjadi sangat lembut. Bagaimanapun, hal ini bergantung kepada individu.

Ada wanita yang mengalami bintik-bintik hitam pada kulit wajah. Bagi wanita berkulit putih, kadang-kadang akan muncul bintik-bintik merah di wajah mereka. Manakala, wanita hamil yang berkulit hitam manis akan mengalami bintik-bintik yang lebih terang warnanya. Dengan wajah yang ketara lembut dan gebu, anda berhak membayangkan bahawa anda adalah wanita hamil yang istimewa. Malah, rambut wanita hamil akan menjadi bertambah lebat dan bersinar-sinar. Hal ini mungkin disebabkan perubahan hormon dalam badan. Bagaimanapun, ada wanita yang mengalami keguguran rambut dalam tempoh ini.

Berfikiran positif

Walaupun tubuh anda gagah dan sentiasa cergas, namun kadangkala mental pula yang bermasalah. Ada wanita yang cergas fizikalnya tetapi lemah apabila berhadapan dengan tanggungjawab baru ataupun perubahan hormon yang berlaku sepanjang kehamilan. Amat penting anda berfikiran positif ketika ini kerana pelbagai perubahan mendadak mungkin tidak dapat diterima oleh anda apatah lagi dengan perubahan bentuk badan. Tidak kira anda sedang hamil anak pertama, kedua ataupun yang ketujuh, anda wajar bersikap positif sentiasa. Dengan sikap yang positif dan fizikal yang cergas, anda akan kelihatan seperti “Superwoman”.

Kesimpulannya, anda sebagai wanita hamil masih boleh tampil cergas, gagah dan riang sentiasa biarpun sedang sarat mengandung. Kesemua masalah tersebut tidak sewajarnya menjadi penghalang untuk anda bergaya dan sihat seperti wanita lain dan sudah tentu sekali berhak dipanggil “SUPERWOMAN”.

“Life is to learn how to give out love, and to let it come in.”

Amalan-amalan ketika mengandung


Banyak bertaubat kepada Allah s.w.t atas segala dosa yang telah dilakukan.
Sentiasa menutup aurat mengikut ajaran Islam.
Membaca ayat-ayat Al-Quran.

Surah-surah amalan ketika mengandung :
- Al-Fatihah dan ayat Kursi
- Seluruh surah Yassin
- Seluruh surah At-Taubah
- Seluruh surah Yusuf
- Seluruh surah Luqman
- Seluruh surah Maryam


- Surah An-Nahl ayat 78:

وَاللّهُ أَخْرَجَكُم مِّن بُطُونِ أُمَّهَاتِكُمْ لاَ تَعْلَمُونَ شَيْئًا وَجَعَلَ لَكُمُ الْسَّمْعَ وَالأَبْصَارَ وَالأَفْئِدَةَ لَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ
"Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibu kamu dengan keadaan tidak mengetahui sesuatupun dan Dia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (akal fikiran); supaya kamu bersyukur."

- Surah Al-A'raf ayat 189:

هُوَ الَّذِي خَلَقَكُم مِّن نَّفْسٍ وَاحِدَةٍ وَجَعَلَ مِنْهَا زَوْجَهَا لِيَسْكُنَ إِلَيْهَا فَلَمَّا تَغَشَّاهَا حَمَلَتْ حَمْلاً خَفِيفًا فَمَرَّتْ بِهِ فَلَمَّا أَثْقَلَت دَّعَوَا اللّهَ رَبَّهُمَا لَئِنْ آتَيْتَنَا صَالِحاً لَّنَكُونَنَّ مِنَ الشَّاكِرِين
"Dialah (Allah) yang menciptakan kamu semua dari (hakikat) diri yang satu dan Dia mengadakan daripada hakikat itu pasangannya (diri suami isteri), untuk bersenang-senang (bertenang tenteram) satu diri kepada yang lain. Ketika suami mencampuri isterinya, mengandunglah dia dengan kandungan yang ringan, serta teruslah dia dengan keadaan itu (ke suatu waktu). Kemudian ketika dia merasa berat (dan menaruh bimbang) berdoalah suami isteri itu kepada Tuhan mereka (dengan berkata): Sesungguhnya jika Engkau (wahai Tuhan kami) mengurniakan kami nikmat yang baik, tentulah kami menjadi orang-orang yang bersyukur"


Membaca doa

Doa mohon rahmat - Surah Ali-Imran ayat 8-9

رَبَّنَا لاَ تُزِغْ قُلُوبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِن لَّدُنكَ رَحْمَةً إِنَّكَ أَنتَ الْوَهَّابُ رَبَّنَا إِنَّكَ جَامِعُ النَّاسِ لِيَوْمٍ لاَّ رَيْبَ فِيهِ إِنَّ اللّهَ لاَ يُخْلِفُ الْمِيعَادَ
"(Mereka berdoa dengan berkata): Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya. Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkaulah yang akan menghimpunkan sekalian manusia, untuk (menerima balasan pada) suatu hari (hari kiamat) yang tidak ada syak padanya. Sesungguhnya Allah tidak memungkiri janjiNya."


Doa zuriat yang soleh - Surah Ali-Imran ayat 38
هُنَالِكَ دَعَا زَكَرِيَّا رَبَّهُ قَالَ رَبِّ هَبْ لِي مِن لَّدُنْكَ ذُرِّيَّةً طَيِّبَةً إِنَّكَ سَمِيعُ الدُّعَاء
"Ketika itu Nabi Zakaria berdoa kepada Tuhannya, katanya: Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan."


Doa mohon ampun - Surah Ali-Imran ayat 192-194

رَبَّنَا إِنَّكَ مَن تُدْخِلِ النَّارَ فَقَدْ أَخْزَيْتَهُ وَمَا لِلظَّالِمِينَ مِنْ أَنصَارٍ رَّبَّنَا إِنَّنَا سَمِعْنَا مُنَادِيًا يُنَادِي لِلإِيمَانِ أَنْ آمِنُواْ بِرَبِّكُمْ فَآمَنَّا رَبَّنَا فَاغْفِرْ لَنَا ذُنُوبَنَا وَكَفِّرْ عَنَّا سَيِّئَاتِنَا وَتَوَفَّنَا مَعَ الأبْرَارِ رَبَّنَا وَآتِنَا مَا وَعَدتَّنَا عَلَى رُسُلِكَ وَلاَ تُخْزِنَا يَوْمَ الْقِيَامَةِ إِنَّكَ لاَ تُخْلِفُ الْمِيعَادَ
"Wahai Tuhan kami! Sebenarnya sesiapa yang Engkau masukkan ke dalam Neraka maka sesungguhnya Engkau telah menghinakannya dan orang-orang yang zalim tidak akan beroleh seorang penolong pun. Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya kami telah mendengar seorang Penyeru (Rasul) yang menyeru kepada iman, katanya: Berimanlah kamu kepada Tuhan kamu, maka kami pun beriman. Wahai Tuhan kami, ampunkanlah dosa-dosa kami dan hapuskanlah daripada kami kesalahan-kesalahan kami dan matikanlah kami bersama orang-orang yang berbakti (yang banyak berbuat kebajikan). Wahai Tuhan kami! Berikanlah kepada kami pahala yang telah Engkau janjikan kepada kami melalui Rasul-rasulMu dan janganlah Engkau hinakan kami pada hari kiamat; sesungguhnya Engkau tidak memungkiri janji."


Doa anak tetap mengerjakan sembahyang - Surah Ibrahim ayat 40-41

رَبِّ اجْعَلْنِي مُقِيمَ الصَّلاَةِ وَمِن ذُرِّيَّتِي رَبَّنَا وَتَقَبَّلْ دُعَاء رَبَّنَا اغْفِرْ لِي وَلِوَالِدَيَّ وَلِلْمُؤْمِنِينَ يَوْمَ يَقُومُ الْحِسَابُ
"Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku. Wahai Tuhan kami! Berilah ampun bagiku dan bagi kedua ibu bapaku serta bagi orang-orang yang beriman, pada masa berlakunya hitungan amal dan pembalasan"

Kehidupan suami isteri ketika mengandung akan mempengaruhi janin. Oleh itu terdapat adab-adab yang perlu bagi suami dan isteri.
Adab isteri terhadap suami ketika mengandung
Mengasihi dan menyayangi suami
Menjaga perkataan terhadap suami
Tidak terlalu cerewet
Menjauhi daripada perasaan yang tidak baik terhadap suami
Menghargai pandangan dan nasihat yang diberikan suami, orang tua serta ahli keluarga
Menghormati kaum muslimin dan muslimat serta berbuat baik kepada mereka
Menjauhi dari mengumpat dan menghina orang lain.

Adab suami terhadap isteri
Menunjukkan kasih sayang terhadap isteri
Jujur dan setia pada isteri serta tidak memberi layanan yang kejam dan kasar
Selesaikan selisih faham
Tidak mudah menjatuhkan talak atau mengeluarkan perkataan yang sama sepertinya.
Kerap melakukan sembahyang sunat dan mendoakan isteri dan anak selamat

“Life is to learn how to give out love, and to let it come in.”

Thursday, 20 November 2008

My sister's wedding invitation



“Life is to learn how to give out love, and to let it come in.”

Cuti sekolah...

Anda dijemput menghadiri majlis ini.. sila klik pada gambar :

Cuti sekolah bermula.. Wah, seronoknye murid2, pelajar2 yang seangkatan dengannya..boleh rehat, enjoy, jalan dsbgnya. Guru2nya pula pun bole rehatkan minda memikirkan karenah anak2 murid yang dihadapnye setiap hari. Tapi, tak semua guru yang mendapat peluang tu especially guru2 besar.. mcm mak aku.. sian mak, org lain cuti sekolah sume cuti.. tp mak aku gak yang tak cuti.

Pagi tadi jenguk jap email, dapat offer dr KICT tuk join Job Camp under MeDC.. bestnye, terus aku tel bro Tahir tu tanye pasal course 3D Modelling MAYA tu. Erm, die kata senarnya setiap course yg depa offer at least kena ade 15 participant utk setiap cert.. hurm, tak best lak..sbb majority kawan2 aku dah dpt keje kat tpt diorg, kemungkinan nak mencapai 15 org tuk 3D modelling ni payah tu.. lgpun, mesti ramai nak wat JAVA dan CISCO tu. Hopefully ade lah yg terbuka hati nak join Maya ni..

InsyaAllah sabtu ni nak lik umah mertua. Dah dekat 3 minggu tak balik..neneknye inas dah rindu katanya.. Aisyah Mayak pun dah sampai kat sana. Dan yang pastinya ditunggu-tunggu oleh semua adalah cucu lelaki sulung nenek Kanchong; Rifqi.. Kalau ikut plan asal, Sabtu ni lps report card day inas nak terus ke Bangi. Nak basuh umah sana dan singgah umah Che Nur sbb Ahad kena menganto pengantinnya Wana kat Bukit Kuching. Tup-tup, reportCard day inas postponed next week (Sabtu).. Dan, adik (Aqil Khairy) plak, insyaAllah akan sunat Sabtu ni.. so, silap2 mak kena amik cuti seminggu jaga adik sebab biasalah, anak bongsu ni manjenya tak leh nak kata.. pulak tu, adik dah mintak hadiah suh belikan kereta control katanya..adusss, dah lah ujung2 taun ni fulusnye susut manjang.. tengokla kalo ade rezeki, belikan gak kot..kecik pun jadilah..

So, Sabtu next week sebenarnya kenalah attend reportCard day inas.. pastu lik Meru sbb nak wat preparation Ati nikah pagi Ahad.. kena masak2 utk rombongan pihak laki lunch.. then, mak planning nak wat kenuri doa selamat Ahad mlm Isnin lak..

Okla.. ni antara jemputan utk hujung2 November - Disember 2008 yg setakat ni dah dpt:

  • 23 /11 (Ahad) - kenuri kawen Che Nur Martah
  • 23 /11 (Ahad) - kenuri belah lelaki Wana
  • 23 /11 (Ahad) - kenuri kawen Biah Martah
  • 29 /11 (Ahad) - kenuri kawen k.zida Martah
  • 30 /11 (Ahad) - Ati nikah
  • 30 /11 (Ahad) - kenuri doa selamat Ati
  • 30 /11 (Ahad) - kenuri kawen Sohibul Kahfi Sg Bertih
  • 30 /11 (Ahad) - kenuri kawen Suli Sg Bertih
  • 30 /11 (Ahad) - kenuri kawen Umi Azira SKBK
  • 06 /12 (Sabtu) - kenuri cukur jambul Rifqi
  • 12 /12 (Jumaat) - ALeez nikah
  • 13 /12 (Sabtu) - kenuri kawen Imai Martah
  • 14 /12 (Ahad) - kenuri kawen Ati
  • 14 /12 (Ahad) - kenuri kawen ALeez
  • 14 /12 (Ahad) - kenuri kawen Hidayah Martah
  • 14 /12 (Ahad) - kenuri kawen Ummi
  • 21 /12 (Ahad) - kenuri belah lelaki Ati
Tak tau lah nak bahagi2kan bdn ni macamana...rasanya ada lg jemputan yg tak masuk dlm senarai ni..mesti sampai kat umah mak Meru ni..hurm.. any ideas?
“Life is to learn how to give out love, and to let it come in.”

Wednesday, 19 November 2008

KICT DINNER

Event : KICT Annual Appreciation Dinner 2008
Venue : Restoran D'Saji Felda Villa, Anjung Felda, Jalan Perumahan Gurney,
Off Jalan Semarak, 54000 Kuala Lumpur
Date : 12 Nov 2008
Time : 7.30-11.30pm
Attire : Semi-Formal
Menu : BBQ Buffet
Organizer : Kulliyyah of Information and Communication Technology (KICT),
International Islamic University Malaysia (IIUM)





“Life is to learn how to give out love, and to let it come in.”

Tuesday, 18 November 2008

Alumni MARTAH 2008


Sebenarnya dari hari tu nak citer pasal Gathering Martah 2008 ni..tak sempat2, busy ngn FYP II..

ok la..mlm ni nak citer sikit kenangan manis bertemu sahabat2 & rakan2 seperjuang satu masa dulu..mmg seronok sgt2..sbb lama dah tak jumpa. Cum agak kecewa sbb ramai yg dah confirmkna nak datang, tp tak juga muncul2 hingga akhir majlis.. macam2 alasan.. iyela, kita merancang, Allah menentukan..

Berikut antara koleksi gambar yang sempat di ambil sepanjang majlis tu..dan moga majlis ni akan dapat diadakan di masa2 akan datang..

“Life is to learn how to give out love, and to let it come in.”

Monday, 17 November 2008

Pindah ke Bangi..

Salam alaik untuk semua..moga hari2 kalian lebih bermakna..

Bermula minggu ni, sy dah duduk umah je..urfing, wat keje umah dll..dan semestinya tadek kelas lg..alhamdulillah dah tamat belajar di UIA sekian lamanya diriku di sana..

hurm, dan bermula minggu cuti ekolah ni lah paling sibuk sekali sbb banyaknya kensuri kendarat yang perlu dihadiri..

InsyaAllah awal bln Disember ni kami akan berpindah ke rumah sewa di Bangi iaitu Bandar Bukit Mahkota, Seksyen 6..dekat jer dengan Nilai 3..dlm 5 minit pun tak sampai kalau nak le sana..tapi, fulus kena banyak kalau berniat ke sana..hihihih

dan , tika ni kami sekeluarga mula mengemas barang2 yang sudah agak banyak..ye la, dah 2 tahun dok umah kat batu 8 Gombak ni..mesti mcm2 barang yg dibeli..mau kena sewa lori 3 tan.. almari, meja2, katil dll...letihnye nak pindah2...

ok la..tu jer cerita buat takat ni..jumpe lagi..

“Life is to learn how to give out love, and to let it come in.”

Wednesday, 22 October 2008

Sesudah raya..


Dengan Nama Allah Yg Maha Pemurah lg Maha Penyayang..

Raya sudah hampir ke penghujungnya..Paling seronok sekali sbb FYP II dah present Jumaat lepas. Walaupun terlalu byk ujian dan dugaan yang datang..namun, aku percaya ada hikmah disebalik segala kejadian.. dan ianya nyata terbukti pada hari itu. Tak perlu ku ceritakan di sini, takut ade yang terguris hati..
Ok la..citer pasal benda lain.. minggu lepas ari Sabtu awal2 pagi bertolak ke Kajang untuk teman hubby jumpe supervisor die..pastu kami pun singgah di Karnival Kerjaya kat UKM, Bangi. Konon nak cari kerja.. tapi sume tak berjalan lancar arakian ade peristiwa yang tak dijangka berlaku. Dan, kami pun terus pulang ke rumah mak di Bukit Kapar..

Inas pertama kali tinggal kat umah atuk dan nenek..

Tak pernah dlm sejarah benda berlaku..sebelum2 ni, Inas beriya nak tido ngan atok n nenek dia..tapi bile kami naik keta nak lik Gombak, hasrat dan niat die akan terbatal terus. Dan, sejak kebelakangan ni Inas ade feel yg kami tak berapa gemari..Tengok TV!!! main Game!!! tgk CD Ultraman !!!

Susah gak bile dah addict kat Tv, game n Cd ni. mane tidaknye, tanak wat benda lain..tanak dgr kate dll..susah ni.. kami pun tau sebabnya.. mesti sbb die tadek kawan nak main.. dan, disebabkan itu juga kami cuba untuk tinggalkan die kat umah nenek Meru takut2 mengganggu mama dia ni nak settle kan FYP..
Tak sangka sampai langsung tanak balik Gombak dah..susah2..terpaksalah kami paksa dia untuk ikut kami balik Gombak..kan nak sekolah..dah bayar wei...walaupun die nangis kejet sekalipun, angkut jer dlm keta..dan akhirnye senyap juga bile disumbat boto susu..Inas..inas..

Majlis-Majlis..

Minggu ni ada byk jemputan majlis..antaranya jemputan rumah terbuka ust Shaharudin Pangilun..sempena raya dan doa selamat die nak pergi haji..then, kenuri walimah Nihlah ari Ahadnye..dan ade majlis Alumni Martah 2008 kat MITIB @ Matisdar, Jugra..

Terpaksa aku tolak majlis harijadi anak Norly kat Klg..sbb kemungkinan besar aku akan ade kat Kanchong je hujung minggu ni..

Dan bulan 11 serta 12 nanti tak terkira jemputan kawen yg dah sampai..antaranya:

kenuri Mabrur yg jatuh pada tarikh yg sama ngn kenuri Wana (adik Unyu merangkap sepupuku)..kenuri Ati, Liza, Ummi Shuhada, Kak Hudha Aras Mega dll...

Pastu ade gathering Kelicap (geng hubby kat Jordan dulu)...dan byk lagila...

semoga segalanya berjalan lancar...

“Life is to learn how to give out love, and to let it come in.”

Thursday, 25 September 2008

Tak sabar nak raya...

Tajuk ni jadi pilihan, walaupun tak lah excited sgt nak menyambut raya..maklumlah FYP II tak settle lg..

ok la. Alhamdulillah, ptg semalam sempat gak beli baju raya.. erm, tak de la nak beli yg mahal2 sgt..yg biasa jer..tawar menawar mmg hobiku.. sudahnye, dptlah skali ngn tudung tu. Berapa RM? rahsia..

cumanya, baju inas tahun ni blm ada lg dari kami (mama & babanye).. nenek Meru dah belikan inas 1 baju kurung warne biru. tp tema kami sekuarga tahun ni ala2 merun @ merah hati.. ntah napa warne tu jadi pilihan.. sekali sekala cari warna pekat2 sikit.. yg lepas2 sume warne cair2 jer..

sekarang ni, inas pun dah rajin guna pc kat umah tu..makin bijak.. siap bole on/off pc.. pastu tau lak kat mana "paint", games dan benda2 yg die suka..rasenye, sekali jer mama tunjukkan kat die.. itula budak zaman millenium. sekali tunjuk je dah boleh tangkap. yg tak bestnye time mama dan baba tgh betul2 nak guna pc .. die lak sibuk nak melukis la, main game la, tgk "Rambo" la..hihihi

dan, insyaAllah tengahari sok kami nak balik Meru. Kalau ikut planning, kami nak sambung buka posa kat Kanchong sampai dua hari/sehari seblm raya ni.. sbb raya pertama nak kat Meru..

Kami pun ada planning nak wat BBQ utk mkn pagi raya nanti.. konon2 nak bakar sikit masa malam raya, pastu subuh raya tu bakar betul2.. tempat pemanggang dan arang dah beli.. abg yang tak sabar nak memanggang katanya.. kite tengok nanti...

Erm, ikut planning gak, raya ke 2 mcm yang lepas2 balik ke Kanchong. Tp acik Ajib n family maybe balik raya ke 3.. Aisyah mayak je lik awal raya pertama nanti.. so, maybe kami sekuarga gi umah oyot Kanchong tak dengan diorg.. tgkla nanti..

Harapnye raya thn ni meriah macam yg lepas2..

ops, sahabat2 MARTAH ade planning nak wat gathering pada 27 Oktober ni..hopefully segala yg dirancang berjalan lancar..

so, di sini saya mewakili keluarga Hairullfazli ingin mengucapkan
"Selamat Hari Raya" dan "Maaf zahir & Batin"

...jumpa lg...


“Life is to learn how to give out love, and to let it come in.”

Tuesday, 16 September 2008

16 Sept ..

  • Tarikh yg dinanti????

Segalanya terserah pada kuasa Ilahi, kiranya ia benar2 terjadi, maka itulah yang hakiki...


“Life is to learn how to give out love, and to let it come in.”

Friday, 12 September 2008

BETA testing presentation

Syukur pada Ilahi kerana diri ini diberi kekuatan yang tidak disangka.. alhamdulillah, dah selamat present Beta Testing for my fyp2..mujur jugak dapat mdm Asma yg lemat lembut gitu..

Dan, terima kasih buat sir Dahlan yang banyak membantu dan guide kitorg (fyp2 section 5).. yang selalu mengkritik dan memberi idea yang padu lagi jitu dan amat menarik sekali.

Dan, mlm tadi memang Allah beri peluang tuk aku bertahan tak tidur walau sekelip mata..aku sendiri pun cukup pelik dan macam tak percaya yang aku boleh bertahan untuk ngadap laptop (pinjam suami Liza punya) sepanjang mlm. Pastu tau2 jam hp aku berbunyi menandakan telah tiba masa untuk menyediakan keperluan untuk bersahur.. jam 5 a.m masa terus berlalu dengan pantas, dan akhirnya selesai juga kerja yang aku buat (walaupun tak mencapai expectation)..

Yang paling kesian, Inas dan babanya..diorang terpaksa melayandiri..bukan pe, rasenye masa terlalu cepat berlalu. dan aku kena settlekan jugak FYP ni. Jadinya, malam tadi dan malam-malam sebelumnya dalam minggu ni, Inas dan baba cuma tidur berdua..Arakian aku cuba sedaya upayaku untuk menyudahkan FYP2 itu.

Jam 7.50 a.m, aku sampai kat kedai photostate yang dekat ngan bank Muamalat tu. Just nak binding layout pad tuk presentation. Then, trus lepak kat EduCafe sambil wat slide tuk present. Pastu, Shiykin tel dalam kul 9 a.m, ajak naik kls LR 3.9 (tpt kami present) sebab dia nak balik bilik nak pinjam laptop Shiekin Khalib sebab thumb n laptop dia infected by virus.. (Sian Shiykin).

Mase menunggu ketibaan examiner, mmg tersangat2 berdebar2. Tup2 mdm Asma' sorang yang examine kami sbb DR Fauzan ade urgent meeting. Takpela, senang skit. Then, masa berlalu. Jam 10.15 a.m, presenter pertama iaitu Shiykin dengan penuh keyakinan dan gaya yang mengagumkan terus memulakan bicaranya. Seronok dengar Shiykin present, yerla kalo fluent mmg sedap didengar. Huhuhu.. bila la aku nak fluent cam dak2 nih?

Next, dalam 10.50 a.m, turn aku plak. Belasah je la. Tangan beku dah.. Terketaq2..mujurla sir Dahlan beri kami sokongan dan bantuan (specially layout pad yg tinggi nilainya tu). So, mdm macam berminat betul ngn sketching kitorg. Yer ar, group kami jer yang wat menda tuh. Pastu, giliran Liza+Fiza+Paa+Masna. Sume mmg menarik..TAHNIAH buat semua!!!

So, kepala dah mula ringan sikit..nak enjoy sekejap. Tak leh lama2 sbb byk lagi kena siapkan utk final stage.moga Allah memberi kekuatan dan bantuan buat hambaNya yang lemah dan kerdil ini.

Dan tika ini..aku pun nak menunaikan kewajipan utama dalam seharian iaitu: Solat Zohor !

by that, chow dulu..sambung lain kali..
_mama_

“Life is to learn how to give out love, and to let it come in.”

Monday, 8 September 2008

Ramadhan yang mulia..

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..


Ramadhan Kareemm..itulah ungkapan yang selayaknya pada setiap ketibaan bulan puasa. Tidak terlewat rasanya untukku mengucapkan "Selamat menjalani ibadah puasa kepada semua umat Islam di mana sahaja kalian berada".

Hari ini telah masuk Ramadhan yang ke 8 bersamaan dengan 8 September 2008. Banyak peristiwa-peristiwa yang menarik dan tidak ketinggalan juga peristiwa-peristiwa yang menggemparkan seantero dunia sepanjang Ramadhan ini.

Bercerita tentang puasa, aku dan hubby cuba untuk melatih Einas untuk berpuasa kerana dia akan berumur genap 4 tahun pada 20 Ramadhan nanti (menurut bulan Islam). Alhamdulillah, pada hari pertama puasa, Einas hanya dapat bertahan hampir 3 jam.. (tu pun sebab kat umah nenek dan atuknya di Bukit Kapar).

Bila dah balik Gombak, masuk sekolah balik.. hurm, susah pula nak kawal dia. Sebabnya, pihak sekolah dah sediakan makanan untuk anak-anak yang berumur 5 tahun ke bawah..so, hilang begitu sahajalah semangat untuk dia berpuasa. Dan sampai ke hari ini, memang dia tak berpuasa. Cumanya, sahur dan susu botol tak tinggal.

Alhamdulillah, puasa kali ini acik Aqil (darjah 2) dah mula berpuasa. Setakat ni cuma luak pada hari ke 2 puasa sebab dia tak sahur sambil menggigil. Dan syarat yang dia kenakan, RM0.50 sen mesti dimasukkan ke tabungnya oleh setiap ahli rumah.. tak pe la..baru nak belajar. sebenarnya, Aqil tu manja sangat. Yer la, masa kami (4 beradik yang lain), umur 5 tahun dah mula puasa. Dan ayah pun nak menggalakkan kami untuk berpuasa dengan janji manisnya untuk memberi duit raya yang banyak. Contohnya, sehari dapat RM0.10 sen.. tak ke banyak kalo dapat 30 hari penuh? (masa tu punya rate la)..

Cerita pasal berbuka pula. Ramadhan kali ini boleh dikatakan tidak terlalu meriah dengan bazaar di Bukit Kapar. Mungkin masing2 dah ada kesedaran nak masak sendiri kat umah. Suasana bazaar kat Banting agak meriah sebab banyak gerai. Bazaar kat UIA (sebelum sekolah Einas) pun tak berapa mendapat sambutan dari para pelajar. Sebab utamanya, lokasi yang jauh bagi student iaitu di Convest Hill..kesian budak2 yang dok Mahallah Ameenah, Safiyyah, Asiah, Ruqaiyyah, Maryam, Hafsa dll. Pulak tu, rahmat Allah kali ni mencurah-curah turun ke bumi (HUJAN).

Sebenarnya, aku pun tak berapa suka beli makanan kat bazaar Ramadhan ni. Bukan pe, kadang2 orang yang menjual ni baru jer nak berjinak-jinak berniaga. So, kebanyakkan yang freshies (hihihi) ni, "masak ntah pape", kata hubbyku. Betul.. Lainla kalo depa ni memang pernah meniaga kat kedai makan atau pasar2. Tapi, bagusla semangat berniaga tu ada dalam diri mereka.

Kelmarin, singgah umah atuk. Jenguk atuk yang makin uzur. Sian atuk.. teringin nak berpuasa katanya, tapi fizikal tak membenarkan. Itu pun atuk cuma minum air kosong sepanjang hari.. Nak dekat pukul 7 baru dia jamah makanan sebab dah tak tahan lapar. Moga Allah merahmati dan mempermudahkan segala urusannya. Amiinn... Sambil-sambil tu, nak tengok perkembangan baju raya yang aku tempah kat BikNah..hurm, tak sentuh lagi pun. Bik Nah kata, tak tau sempat ke tidak sebab banyak sangat orang tempah dan anak-anaknya asyik meragam (especially si kembar). Nampak gaya, kena beli baju siap juga la kot. Walaupun kain tu aku dah serahkan kat BikNah awal bulan April aritu..

Ok la..dah panjang sangat cerita ni..lain kali cerita lagi..
Selamat berpuasa!!

“Life is to learn how to give out love, and to let it come in.”

Monday, 25 August 2008

KonVo..

Bismillahirrahmanirrahim..

Tiada post baru setelah sekian harinya..bukan sahaja malas, tapi kekeringan idea. maka yang menjadi mangsa adalah coretan dan luahan yang ntah apa-apa..

Hari ini hari bersejarah buat para graduan UIAM yang telah berjaya mengorak langah keluar dari medan perjuangan di sini dan mereka terus meneraju langkah ke arah yang lebih mencabar di luar sana.. aku juga yang masih lagi terkapai-kapai mengatur perjalanan ini..

Tahniah buat para sahabatku yang berjaya, yang telah berusaha dan bersusah payah menggapai impian untuk menggenggam segulung ijazah.. yang juga diserikan dengan pakaian baru iaitu imej yang sekaligus merubah pandangan dan persepsi masyarakat sekeliling selama ini bahawa UIA itu untuk mereka yang belajar agama !! Tahniah buat mereka yang berjaya melarikan konsep Islam yang sedia ada.. walhal pakaian yang sedia sebelumnya tampak lebih manis dan berbeza dengan universiti atau institusi yang lain.. Dunia dah berubah, kata iklan kat TV tu.. entahlah..

Tengahari tadi mengiringi kejayaan salah seorang sahabat, Dira. Ibu dan ayahnya beserta suaminya yang baru dikahwininya awal bulan Ogos yang lalu.. ceria sungguh pasangan baru itu..menggamit sedikit rasa cemburu, bilakah kan tiba waktu itu untukku.. alangkah sayu hatiku tatkala terlihat suaminya mengucup dahi si isteri dengan kasih yang tidak berbelah bahagi.. amat bahagia sekali.. aku juga mahukan begitu nanti .. tunggu...

Dan kala ini pula, waktu yang sedia singkat ku lalukan begitu sahaja dengan pengisian yang kurang manfaatnya kerana emosi yang tidak berapa elok hari ini.. ada hikmahnya.. sabar, ujar hati yang sedang memujuk.. masa pun terus mencemburuiku.. dan telah tiba waktu untukku menatap anugerah Illahi hasil kasih sayang antara kami suami isteri, anakku...

Terima kasih Tuhan..terima kasih atas kurniaan yang tidak terhingga ini..terim kasih atas rahmat dan pemberian yang terlalu tinggi nilanya dan tiada tandingannya.. maka, ku akhiri coretan kaku ini dengan lafaz; semoga Allah memberkati hidup kita di dunia dan akhirat sana.. amiinn

“Life is to learn how to give out love, and to let it come in.”

Tuesday, 15 July 2008

Siapa perlu berubah???

Gaji dan Elaun untuk Perdana Menteri, Menteri dan Ahli Parlimen
Ini semua adalah dibawah Undang-undang Ahli Parlimen (Saraan) pindaan 2005 .
Gaji asas untuk Perdana Menteri, Menteri, MP adalah seperti berikut:
Perdana Menteri - RM22,826.65 sebulan
Timbalan Perdana Menteri - RM18,168.15 sebulan
Menteri-menteri Kabinet - RM14,907.20 sebulan.
Timbalan Menteri-menteri Kabinet - RM10,847.65 sebulan
Setiausaha Parlimen - RM7,187.40
Ahli Dewan Negara - RM6,508.59
Ahli Dewan Rakyat (ni kira MP lah) - RM4,112.79
Slip Pendapatan Bulanan bagi Menteri Penuh Malaysia termasuk Ketua-Ketua Menteri:
1. Gaji Pokok RM18,0002.
Elaun Keraian RM10,500.003.
Elaun Perumahan RM10,800.004.
Elaun Wakil Rakyat RM10,650.005.
Elaun parking RM 5,700.00
Jumlah pendapatan bulanan RM55,650.00 yang wajib diterima sama ada sakit atau tidak bekerja:-
Lain-lain kemudahan
1. Bercuti keluar negara sekali setahun terutama selepas persidangan Dewan Negara- semua perbelanjaan ditanggung oleh kerajaan termasuk tiket penerbangan, hotel, duit poket sebanyak RM50,000.00. Kalau tidak bercuti keluar negara seorang menteri boleh menuntut sebanyak RM50,000.00 tanpa resit.
2. Bil letrik percuma ditanggung oleh kerajaan Malaysia
3. Bil Air percuma ditanggung oleh kerajaan Malaysia
4. Bil telefon percuma ditanggung oleh kerajaan Malaysia
5.Peruntukan perkakasan dapor/perhiasan rumah dll boleh dituntut setahun sekali sebanyak RM40,000.00
6.Sebuah kereta Mercedes S320, di lengkapi dgn telefon bimbit,satu pemandu,minyak percuma. Kalau guna khidmat pemandu kementerian, dapatlah duit percuma.
7. Semua pemberian derma seperti kepada perkahwinan, kematian,atau pemberian kepada badan kebajikan kebajikan boleh dituntut.
8. Boleh mengadakan rumah terbuka setiap hari raya, segala perbelanjaan ditanggung oleh kerajaan. Kebiasaan Menteri menuntut sebanyak RM400,000.00
9. Setiap menteri biasanya tuntutan mereka sebanyak RM45,000.00 semua elaun perbelanjaan tidak termasuk elaun-elaun dalam slip pendapatan bulanan.
Slip Pendapatan Bulanan Bagi Timbalan Menteri ialah:-
1. Gaji Pokok RM15,000
2. Elaun Keraian RM9,500.003.
Elaun Perumahan RM9,800.004.
Elaun Wakil Rakyat RM10,650.005.
Elaun parking RM 5,700.00
Jumlah pendapatan bulanan RM50,650.00 yang wajib terima samada sakit atau tidak hadir bertugas.
Lain-lain kemudahan bagi setiap Menteri dan Timbalan Menteri:
1. Bercuti keluar negara sekali setahun terutama selepas persidangan Dewan Negara- semua perbelanjaan ditanggung oleh kerajaan termasuk tiket penerbangan, hotel, duit poket sebanyak RM50,000.00.
Kalau tidak bercuti keluar negara seorang menteri boleh menuntut sebanyak RM50,000.00 tanpa resit.
2. Bil letrik percuma ditanggung oleh kerajaan Malaysia
3. Bil Air percuma ditanggung oleh kerajaan Malaysia
4. Bil telefon percuma ditanggung oleh kerajaan Malaysia
5. Peruntukan perkakasan dapor/perhiasan rumah dll boleh dituntut setahun sekali sebanyak RM40,000.00
6.Sebuah kereta Mercedes S320, di lengkapi dgn telefon bimbit,satu pemandu,minyak percuma.
Kalau guna khidmat pemandu kementerian, dapatlah duit percuma.
7. Semua pemberian derma seperti kepada perkahwinan, kematian,atau pemberian kepada badan kebajikan kebajikan boleh dituntut.
8. Boleh mengadakan rumah terbuka setiap hari raya, segala perbelanjaan ditanggung oleh kerajaan. Kebiasaan Menteri menuntut sebanyak RM400,000.00
9. Setiap menteri biasanya tuntutan mereka sebanyak RM45,000.00 semua elaun perbelanjaan tidak termasuk elaun-elaun dalam slip pendapatan bulanan.

“Life is to learn how to give out love, and to let it come in.”

The Death of Money???

Jangan simpan duit..kertas and electronic..

"Aku tak baca detail sangat... tapi sejak jadi unit trust consultant ni... aku tahu satu teori yg disebut RULE 72. Org ekonomi tahu benda ni.

Kalau nak tahu half value the money... guna rule ni bahagikan dengan inflasi rate. Skrg ni inflasi 4% >, 72/4 = 18. Meaning to say... dlm masa 18 tahun lagi value duit RM100 skrg akan jadi RM 50 18 tahun akan dtg.

Oleh itu, saving kita hendaklah cari yg dapat bagi return per year lebih besar drpd interest rate. Kalau saving dlm tbg haji 4.75% dgn interest rate 4%, dalam masa 18 tahun akan dtg, secara teori kita akan hanya ada keuntungan 0.75% shj. OLEH itu juga simpan didalam instrumen yg bolh bagi return yg besar dan selamat." "pasal financial planning tu, kau kata duit boleh simpan sampai 2nd & 3rd generation. Aku ragu2 sikit sbb apa yg aku tahu, pakar2 ekonomi dunia meramalkan akan berlaku krisis ekonomi yg teruk yg boleh hancurkan ekonomi kapitalis. (mereka bukan Tuhan tapi sekurang-kurangnya mereka ada fakta yg kukuh untuk sokong pendapat mereka.

Pakar ekonomi Islam yg merujuk kepada Al-Quran dan hadis juga mengesahkan perkara ini pasti akan terjadi) Bila ekonomi kapitalis collapse, kita tak boleh ambik duit dlm bank. Aku dengar ceramah Mr Matthias Chiang, bekas penasihat politik Tun Dr M. Dia kata ni pasti jadi dlm masa terdekat, 5 thn, tapi perkara ni tak mungkin dicakap dalam perhimpunan agung umno. Dia ni Christian Katolik yg anti-Zionis. Dia kemukakan bukti berupa kenyataan2 oleh penasihat2 Bush, professor di Havard dan Oxford, org2 kuat IMF, Bank Dunia dan segala sifu zionis. Mrk kata system ekonomi kapitalis akan collapse, keadaan dunia akan jadi lebih teruk daripada krisis ekonomi dunia 1930's. Mamat ni masih close dgn Tun Dr M dan tulis buku tajuk "FUTURE FASTFOWARD".

Aku juga jumpa Umar Vadillo yg terkenal di peringkat dunia kerana mengkaji system kapitalis. Aku pernah wawancara dia di Hotel Prince, KL masa dia dtg nak jumpa Tun Dr M. Dia kata system kapitalis memang dah nak hancur tak lama lagi. Jadi org sekarang beli duit emas yg dikeluarkan oleh syktnya beribupejabat di Dubai dan ada cawangan di Labuan.

Dia kata kat aku, org Malaysia yang paling byk simpan duit emas dalam akaun syarikat dia ialah Dr M dan Pak Lah. Maknanya Dr M dan Pak Lah memang well prepared untuk hadapi kehancuran system kapitalis.

Seorang professor ekonomi di UIA, Prof Kamil ada tulis buku pasal masalah duit kertas dan duit dalam bentuk angka ni (duit elektronik). Dia kata duit dalam bentuk angka tu sebenarnya tak wujud pun dlm bank. Duit kertas yg kita simpan bawah bantal atau tabung di rumah pulak akan menyusut dan menyusut dengan teruk sekali nanti. RM1,000 hari ni tak boleh beli apa pun di masa depan. Terkejut aku baca penerangan dia pasal "money creation" oleh bank. Masalahnya, cerita pasal ni tak keluar pun dalam akhbar arus perdana Malaysia (i.e. berita harian, utusan, star, nst. Akhbar kita hanya memetik sebijik2 laporan CNN, BBC, CNBC, Reauters yang sebenarnya tak betul tu).

Sekarang, ekonomi sudah teruk. Nak tahu teruk atau tidak, jangan tengok CNN, CNBC, Reauters dan sebagainya. Media macam ni tak akan cakap perkara yg benar. Tapi bacalah akhbar2 eksklusif utk geng2 Zionis spt Herald, Weekly Commentator, Jerusalem Post, etc. Akhbar ni boleh di access via internet. Media mcm ni dibaca oleh sifu-sifu zionis.

Aku kemudian buat research sikit2 pasal money meltdown melalui internet. Lepas tu, aku buat research pasal kekayaan dalam Islam.

Aku dapat tahu kekayaan sebenar ialah :-

1. tanah (lebih baik tanah tepi sungai atau yg ada air mengalir berdekatannya)
2. emas dan perak

Mengejutkan, sekarang ini emas lah yang sedang dikumpul oleh zionis. Rezab emas terbesar berada di US dan Europe. Nak ambil emas, mereka tukarkan kepada negara lain dgn duit kertas. Harus diingat geng2 Zionis itu lah juga yg memiliki bank. (Sila rujuk buku2 atau rencana internet mengenai sejarah dan asal usul bank)

Sudahnya, kita semua satu dunia, simpan duit kertas yg menurut pakar ekonomi tak akan bernilai di kemudian hari. (RUJUK RENCANA2 VIA INTERNET DI BAWAH TOPIC "THE DEATH OF MONEY) Yg bernilai ialah emas, minyak dan kemudiannya air bersih. (kerana air akan tercemar dengan teruk di masa depan.

BBC pada tahun 2001 melaporkan bahawa air Sea of Galilee (sebuah tasik sebenarnya) di Palestin sedang surut dan tidak ada tanda2 akan pasang semula. Saintis buat kiraan dalam 50 tahun lagi tak ada setitik air pun di situ. Middle East dan Zionis akan bercakaran kerana air pulak! Separuh kedua abad ini adalah era "haus kerana tidak ada air" dan "bergelap kerana tiada minyak" menurut kata penganalisis dunia).

Tahun lepas, aku attend seminar nuclear di hotel renaissance. Seorang pakar Jepun kata minyak dlm bumi ni hanya bertahan utk 30 tahun saja. Lepas tu, aku tanya Tan Sri Penasihat Sains Negara, "Tan Sri, apa kita nak buat sebab kita tak ada polisi tenaga nuklear?" Dia jawab, "no comment. You kena tanya menteri." Aku call pejabat menteri, menteri lak pergi US. Masa tu aku tengah tulis rencana mengenai polisi tenaga nuclear Malaysia sebagai persediaan hadapi kekurangan minyak.

Aku juga pernah wawancara seorang ahli korporat yg juga kawan baik atau mungkin juga kroni kepada Tun Dr M. Datuk ni mengaku dia tak simpan duit kertas dlm bank, tapi simpan duit emas. Keuntungan yg dia dapat daripada aktiviti perniagaan pulak dibahagi-bahagikan pada org miskin. 'I don't keep money," macam tu lah dia kata kat aku. Lepas aku wawancara dia, dia bagi hadiah kat aku tiga buah buku berkaitan duit kertas dan kaitannya dengan RIBA (FAEDAH BANK). Buku tu menerangkan bahawa RIBA (FAEDAH BANK), duit kertas dan duit elektronik akan dengan sendirinya jadi penyebab kepada kehancuran system ekonomi kapitalis nanti. Bukti dah ada depan mata iaitu krisis ekonomi Asia 1997 angkara George Soros dulu.

Datuk tu kata dia tengah kaji Al- Quran dan dpt tahu apa erti kekayaan yg sebenar. Bila baca surah Yusuf, dia terkejut dan baru tahu kita semua kena simpan MAKANAN, bukannya DUIT KERTAS or DUIT ELEKTRONIK. Mengejutkan juga bila dapat tahu, US sekarang, selain emas dan minyak, sedang MENYIMPAN MAKANAN SEBERAPA BANYAK YG BOLEH! Duit kertas dan duit elektronik pulak dilambakkan ke negara lain di mana tiga per empat daripada dolar sekarang sedang berligar2 di luar US dan sedang menunggu masa untuk collapse. (rujuk rencana2 mengenai krisis dolar Amerika).

Di sini aku petik sikit beberapa kenyataan :-

MD IMF, Rodrigo de Rato, "We believe such a large imbalance of growing indebtedness by the US is a risk not only for the US economy, but for the world economy.

Bob Mc Teer, Presiden Reserve Bank of Dallas "over time there is only one direction for the dollar to go - lower".

Warren buffet, pemain saham terkenal dunia kata : "we view them as TIME BOMBS both for the parties that deal in them and the economic system."

Paul Volker, bekas pengerusi Federal Reserve Board, "we have a 75% chance of a crisis wi!l thin 5 years".

Aku sekadar nak berkongsi pengetahuan dan mencetuskan pemikiran sahaja. Apa pun kau fikir pasal maklumat aku ni, terpulang lah. Wallahualam

Regards, Saiful Ngatmi

-- Rgds,Ahmad Shahril bin Abdul AzizAgency SupervisorPUBLIC MUTUAL BERHAD

...tak tau betul atau tidak email ni...
sekadar peringatan untuk semua..

“Life is to learn how to give out love, and to let it come in.”

Saturday, 24 May 2008

Rintangan ini

Bismillahirrahmanirrahim

Perjalanan ini semakin sukar..yer la manakan tidak, baru jer membuka langkah, dah mula dikepah..tp dgn rintangan itu la langkah yg diatur kan menjadi lebih gagah..

Kerja. kerja. dan terus bekerja. Hari pertama mmg terasa kekoknya. mujur teman diorg bantu dan memahami. Isnin sampai Jumaat mase memula keja. pastu bile sampai tender buku tu, sabtu ahad pn terpaksa dikorbankan. kasihanilah kami Tuan !! itu rungutan di hati kecil kami. amun, tak terluah bila empunya empayar menjengah diri.. hihihihi. ntahla, ni pun cepat2 keluar bile mata itu tidak meninjau kami. kalau tak, alamat kiamat kecil jdnye..erm, malas lah nak citer pepanjang..tp, pengalaman itu pasti kan terus ku semat di dada ini. terima kasih kawan!

The End.
“Life is to learn how to give out love, and to let it come in.”

Monday, 7 April 2008

Ia sudah hampir tiba..

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lg Maha Penyayang..

Alhamdulillah, dgn izin dan rahmat kasihNya telah selesai sudah final exam bg sem 2, 2007/2008.. maka dengan ini, akan bermulalah suatu episod penilaian untuk praktikal training pulak..lama dah tak mengisi kolum ini, mengutuskan rasa hati, membicarakan segala peristiwa yg telah berlaku dan segala macam propaganda lewat harianku..

Terlalu banyak rasenye perkembangan dan berita serta isu2 yang gempar untuk digarapkan di lembaran ini. Teringat pula kisah adik Sharlene yang masih tidak kunjung tiba temunya, hilang pula adik Asmawi. kemudian, politik Malaysia yang sangat menggemparkan seantero Malaya dan negara2 yang mengambil tahu tentangnya. Alhamdulillah, tiada peristiwa yang tak diingini belaku, hanyasanya sang taufan yang melanda membuatkan kucing dan anjing bercakaran semula..maka, dipulaukan pula gerangan di Raja dengan mereka yang lupa akan dirinya.

Lagipula, kisah Sufiah yang menggoncang jiwa Malaya dan memartabatkan nama Malaysia ke kancah yang hina katanya. Hingar seketika Fitna atas mereka yang menggelar dirinya Islam, walau hakikatnya perlu diteliti atas jiwa mereka yang benar2 mengamalkan Islam bagi menolak segala tohmah dan tuduhan terhadap Muslim sendiri.

Seraya itu, aku yang berdiri sendiri ini, melihat segalanya bagaikan suatu akibat dan suatu petanda bahawa KIAMAT SUDAH DEKAT...Noktah !

“Life is to learn how to give out love, and to let it come in.”

Monday, 31 March 2008



“Life is to learn how to give out love, and to let it come in.”

Islam is my way






“Life is to learn how to give out love, and to let it come in.”

Janji Pak Lah


2004 PAK LAH BERJANJI, 2008 PAK LAH BERJANJI LAGI!!!

2004 "Meningkatkan tahap keselamatan peribadi setiap individu"

2008 "Mengurangkan indeks jenayah Negara"

REALITI SEHINGGA KINI- Jenayah naik 45%2004 - 56,000 kes2007 - 224,000 kes- Rogol Naik 112%Dari 4 wanita sehari kepada 8.5 orang(Sumber PDRM)

2004 "Mengisytiharkan kempen memerangi rasuah secara habis2an"

2008 "Meneruskan usaha memerangi rasuah tanpa gentar atau pilih kasih"

REALITI SEHINGGA KINI-Kedudukan Malaysia jatuh dalam Indeks Persepsi Rasuah dari tangga 37 ke 43-Eric Chia dibebaskan-18 VIP terlibat rasuah tidak didakwa

2004 "Meningkatkan kualiti pendidikan"

2008 "Mengenalpasti Universiti Apeks dan memberikan lebih autonomi dan sumber utk membolehkan institusi pengajian tinggi awam mencapai tahap global"

REALITI SEHINGGA KINI-Kedudukan universiti Malaysia menjunam dari tahap 89 pada 2004 sehingga terkeluar ddari senarai pada tahun 2007.

2004 "Memberikan ruang untuk rakyat menyuarakan pendapat"

2008 Tiada janji

REALITI SEHINGGA KINI-Beratus-ratus org awam ditangkap 2004~2008 kerana menunjuk perasaan secara aman-Puluhan dipukul kerana membantah kenaikan harga-Menembak rakyat di Batu Burok

2004 "Meningkatkan prestasi ekonomi dan taraf hidup rakyat"

2008 "Menangani kesan kenaikan harga bagi menjamin kualiti hidup rakyat yg bermutu"

REALITI SEHINGGA KINI-Menaikkan harga minyak sebanyak 4 kali dalam masa kurang 4 tahun.-Menaikkan tol, tariff elektrik, caj air, cukai pintu, dan hampir kesemua barang keperluan pengguna.-bakal mengenakan Cukai Perkhidmatan Am selepas pilihanraya.


“Life is to learn how to give out love, and to let it come in.”

Thursday, 27 March 2008



“Life is to learn how to give out love, and to let it come in.”

Wednesday, 12 March 2008

Allah Melihat Apa Yang Kamu Buat - Azmil Mustafa


Written by Siti Mashitah
Sunday, 03 February 2008


APABILA disebut nama Azmil Mustapha , majoriti generasi muda tidak akan dapat mengecam siapa orangnya. Tetapi sebut saja Ali Setan , 'berkat' daripada siaran ulangan filem tersebut di kaca televisyen , semua orang tidak kira yang kecil atau dewasa dari kalangan peminat filem Melayu pasti mengenal pelakon tersohor Malaysia dekad 80-an ini.


Azmil, 55 (umur yang dikira beliau mengikut takwim hijri 22 Safar 1375H) adalah antara sebilangan artis di Malaysia yang melakukan 'penghijrahan' daripada kehidupan yang penuh 'lagha' kepada pengabdian diri kepada Allah. Penampilan terakhirnya adalah sebagai Pengiran Demak dalam filem 'Puteri Gunung Ledang'; watak yang diilakonkan setelah syarat-syaratnya yang ketat diterima penerbit.


Duda (mempunyai seorang anak dengan bekas isteri pertama dan empat dengan isteri kedua) dari Shah Alam, Selangor ini telah musafir ke Syria sejak setahun lalu untuk mempelajari bahasa Arab dan ilmu agama. Wartawan Global Media Channel (GMC) berkesempatan menemuramah Azmil di Kota Bharu (beliau kembali ke Malaysia sempena cuti semester pengajiannya) yang hadir memenuhi undangan untuk menyampaikan ceramah kesedaran Islam anjuran PAS Kawasan Ketereh baru-baru ini.

Kenapa saudara memilih untuk ke Syria?
Saya buat solat hajat, minta dengan Allah, saya nak cari tempat belajar, Allah berikan petunjuk belajar di Syria. Dengan duit yang saya dapat dari menyampaikan ceramah-ceramah kesedaran Islam sebelum itu di Malaysia, saya terbang ke Syria dengan anak-anak saya.


Saya belajar Bahasa Arab di Maahad Taalim Lughatal Arabiah Lil Ajnabi (Institut Pengajian Bahasa Arab Bagi Orang Asing).Kalau saya terus masuk kelas (pengajian agama) anjuran syeikh-syeikh pun saya tak reti Bahasa Arab. Jadi saya belajar Bahasa Arab dahulu. Sementara itu saya belajar Al-Quran, tajwid dan tasmi' dengan syeikh-syeikh. Saya juga belajar dengan pelajar-pelajar Malaysia yang ada di Syria.


Sejak bila sebenarnya saudara ke sana ?
Sudah setahun. Saya pergi redah sahaja. Tak ada buat rancangan. Dengan empat orang anak saya turut bersama (tiga perempuan dan seorang lelaki). Yang sulung kemudiannya balik untuk mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di sini. Jadi kekallah tiga orang yang tinggal bersama saya di sana.


Anak saya Noramalia Batrisya ,15, dan Mohd. Bazli Shafri, 13, belajar di Jami' Abu Nur, sebuah kolej Islam antara yang termasyhur di Syria. Yang kecil baru masuk umur tujuh tahun dan belajar di darjah satu. Enam bulan pertama mereka dimasukkan dalam kelas bahasa Arab. Tidak ada masalah untuk mereka mengikuti pengajian dan sekarang sudah fasih berbahasa Arab. Saya amat puas hati dengan perkembangan mereka.


Puas hati macam mana?
Dengan perubahan perwatakan. Di Malaysia, dekat Shah Alam tempat kami tinggal dahulu banyak pengaruh yang tidak sihat. Cara hidup moden . Tapi di sana mereka mengaji Quran tiap-tiap hari, solat tidak tinggal dan pergaulan dijaga.


Malah mereka sempat menasihati kakak yang pulang ke Malaysia "jangan tengok lelaki" bukan berkawan, tengok pun mereka tak bagi. Di sana pergaulan antara lelaki dan perempuan amat dibatasi. Kita payah nak lihat pergaulan secara bebas berlaku . Duduk satu meja pun tak ada.


Kalau di Yaman, negeri yang berjiran dengan Syria, dalam bas kalau hanya ada seorang wanita yang menjadi penumpang , yang lelaki tidak akan naik dan sanggup tunggu bas yang lain datang untuk dinaiki. Bimbang timbul fitnah walaupun hanya sebagai penumpang. Masing-masing sangat prihatin untuk menjaga perkara ini.
Antara perubahan yang ketara saya dapat lihat adalah pada anak perempuan saya, Noramaliya. Dia sebenarnya pelajar yang lemah. Semasa bersekolah di Malaysia, biasanya dia mendapat kedudukan 35 ke bawah.


Dulu tinggal di Shah Alam, dia selalu ponteng sekolah. Tengok wayang di KLCC. Pergi ke sekolah tapi dalam beg ada pakaian lain untuk ditukar. Itu dah memang menjadi tabiat pelajar sekolah di Malaysia. Sampai di Syria, dia jadi pelajar yang terbaik. Padahal dalam kelas ada pelajar-pelajar luar negara yang lain seperti dari England, Afrika Selatan, Kazakhstan , China dan lain-lain. Dia yang muncul pelajar terbaik

Bagaiman saudara menyara kehidupan di Syria?
Tidak ada pendapatan tetap tapi saya sangat bernasib baik kerana mendapat bantuan. Saya diberi tempat tinggal percuma oleh seorang Syeikh di sebuah apartmen di pinggir Damsyik. Saya akui duit pun tak banyak tapi diam tak diam sudah sampai setahun saya di sana dan tidak timbul sebarang masalah besar.
Kita kena yakin rezeki itu datang daripada Allah. Ada saja duit yang masuk. Sentiasa ada bantuan diterima kerana saya dan anak-anak dikira orang yang sedang menuntut ilmu.

Malah ia sampai ke tahap saya kadang kala terpaksa buang makanan yang diberi oleh jiran kerana terlampau banyak. Dan di sana kita yang pergi belajar dengan Syeikh ini bukan kita yang membayar Syeikh tapi mereka pula yang memberi duit pada kita. Perkara ini sudah jadi kebiasaan orang Syria . Jika tidak pun, dia akan beri kita roti setiap kali pergi belajar. Pergi solat Jumaat pun dapat duit. Budaya memberi amat dititikberatkan. Paling kurang, yang dewasa akan menyediakan gula-gula dalam poket untuk diberi kepada kanak-kanak.


Saya juga terkejut kerana kadang-kadang menerima sumbangan yang nilainya mencecah RM1000. Kalau yang kaya lebih lagilah mereka sumbangkan. Anak kepada Syeikh yang menyediakan rumah percuma untuk saya pernah menyumbang jutaan ringgit kepada fakir miskin dalam bulan Ramadhan.


Kenapa saudara fikir perubahan-perubahan positif sama ada kepada anak atau saudara sendiri boleh berlaku? Adakah perbezaan antara Syria dan Malaysia ini begitu ketara sekali sedangkan kedua-duanya adalah bumi orang Islam?
Bumi Syria ini ada kelebihan. Saya daripada kecil sampai besar memang belajar di sekolah yang tidak berasaskan kepada Islam. Saya menuntut di dua buah sekolah mubaligh Kristian iaitu La Salle Institution dan St John Institution. Dari situ saya menyambung pula pelajaran ke Indiana University di Amerika. Daripada kecil sehingga dewasa, saya tidak pernah belajar dan khatam al-Quran.


(Di Amerika , Azmil belajar dengan pengkhususan dalam penerbitan televisyen, radio dan filem. Beliau hanya tinggal tiga lagi jam kredit untuk dihabiskan sebelum dihantar pulang ke Malaysia oleh Jabatan Imigresen Amerika. Tindakan itu diambil ketika Amerika membuat penapisan orang-orang Islam dari negara luar berikutan kemenangan kumpulan Islam (Syiah) menjatuhkan kerajaan beraja Shah Mohammad Reza Pahlavi. Azmil dikesan bekerja sambilan walaupun syarat hanya membenarkan pelajar luar yang mempunyai 12 kredit atau lebih sahaja untuk berbuat demikian. Ayahnya Dato’ Mustapha Kamil Yassin, bekas pensyarah di Universiti Malaya dan Universiti Sains Malaysia tidak mahu Azmil mengambil biasiswa kerana kedudukannya sebagai kakitangan kerajaan gred ‘A’)


Mula-mula saya berubah dulu nak baca surah al- Fatihah pun tak boleh. Kena baca mengikut tulisan rumi. Nak sembahyang semua ayat kena ditulis ke huruf rumi. Tak pernah dapat hafal. Sehinggalah apabila saya ke Syria.
Di sana, anak-anak saya belajar Al-Quran dengan seorang syeikhah (ustazah) di rumahnya. Selepas sebulan syeikhah tersebut datang melawat ke rumah. Dia mahu melihat keadaan keluarga macam mana. Bila datang dia meminta saya mengajar anak-anak. Dia suruh saya baca satu surah. Bila "check" ayah baca pun tak betul, dia pun minta anak muridnya yang lain tolong ajarkan anak-anak saya.


Tapi alhamdulillah berkat mengaji tiap-tiap pagi, kini saya sudah boleh menghafal satu, dua muka surat dengan senang. Ini memang saya pelik. Saya rasa ini memang kesan tinggal di bumi Syam (Syria), bumi para anbiya'.
Dahulu negara ini tertutup. Sebab ia mengikut pengaruh Rusia. Jadi negara lain menyisihkannya. Apabila Syria disisihkan, ia sebenarnya terselamat.


Macam di Malaysia, apabila dibuat dasar terbuka, semua pengaruh dapat masuk, ia merosakkan kita.
Budak-budak sekarang budaya sendiri pun tak kenal . Dan dia tak mahu ikut. Dia lebih seronok ikut budaya asing, budaya Barat. Budaya ini di Melayukan dengan bahasa. Tapi isinya tetap dari pengaruh yang menyimpang dari ajaran Islam.


Adakah kerana saudara bimbangkan keadaan begini sehingga sanggup membawa anak-anak jauh dari Malaysia ?
Sebab benda inilah saya bawa anak-anak keluar. Bila saya bawa anak-anak keluar, ada kawan-kawan yang tegur saya " Jadi anak kamu ini tidak ada SPM. Macam man nak cari kerja?" Saya jawab balik, "Rezeki itu kerana Allah bukan kerana SPM". Orang ada SPM pun berlambak tak ada kerja. Ada ijazah UM pun tak ada kerja. Ada Master USM pun tak kerja. Kita kena ingat rezeki itu dari Allah.


Sekarang anak-anak saya sudah hafal Juzuk Amma. Saya percaya dalam tiga empat tahun lagi, Insya Allah satu Quran tu dpat habis dihafal. Itu lebih berharga. Kalau dia jadi arkitek atau jurutera tapi Quran pun tak tahu buat apa. Macam saya dulu jadi pengarah filem tapi Quran pun tak tahu, buat apa?


Memberi pendidikan Islam pada anak-anak sehingga sampai berhijrah ke Syria. Orang lain mungkin tak berpeluang berbuat demikian macam saudara.
Saya rasa kalau kita ajar anak kita cara Islam tak ada kekurangannya bagi saya. Malahan Allah mungkin akan mecurahkan kemudahan kepadanya.
Sekarang kita kongsi raya, kia kongsi hukum, kongsi taraf atau standard Islam dengan yang lain. Kita membandingkan ajaran Islam dengan yang Barat. Kalau tak seperti Barat, kita anggap standard kurang. Kita campur aduk hukum Allah dengan hukum kafir. Inilah yang saya nampak masalah kita pada hari ini.
Ini pun nak berlaku di Syria pada hari ini. Kalau di negara kita lama dah dijajah 500 tahun dahulu dan kita masih ‘terjajah’. Syria ini dia baru terbuka tak sampai 10 tahun. Jadi generasi dia sekarang dia baru rosak. Kalau kita di Malaysia, kerosakan bermula sejak dari generasi bapa kita dahulu. Mareka agungkan England dan Amerika.


Tetapi bagi saya , kalau orang Syria nak ikut barat pun, agaknya kena juga dengan fizikal mereka itu. Tapi kita Melayu pun nak mata warna biru, rambut warna perang. Tak kenalah. Nampak janggal sangat kalau yang Melayu nak tiru.


Bagaimana kita hendak menghadapi perubahan budaya sebegitu ?
Di Syria, guru-guru yang pegangannya kuat masih bertahan. Kita di Malaysia, lebih banyak yang kebaratan daripada Islam. Kita di sini mereka yang nak kepada Islam sedikit, yang nak kepada barat banyak.
Dari sekolah itu yang diajar. Supaya kita bersedia dengan pengaruh dan sistem barat. Sekolah-sekolah kita, tamat persekolahan kita berpeluang belajar sampai ke universiti di Amerika, di England. Tetapi kalau kita keluar dari pondok atau sekolah agama, peluang sambung belajar itu tidak seberapa.


Apa yang kita lakukan adalah untuk menyesuaikan diri kepada budaya barat. Dan ini kita tak sedar. Kita seolah-olah nak menyediakan diri masuk ke institusi dan sistem yang kerap kalinya meruntuhkan jati diri Islam..


Dan yang peliknya, orang tidak bimbang kalau yang keluar tingkatan enam sekolah biasa tak boleh baca Alif Ba Ta. Nak masuk sekolah tahfiz pun payah sebab tak kenal huruf walaupun tamat tingkatan enam. Benda ni dah berlaku sejak zaman dulu lagi dan kita tidak sedar.


Saya cakap kepada seorang sahabat di Syria kenapa kamu ghairah nak buka peluang kepada barat. Saya dah tengok keadaan di negara saya apa yang berlaku. Dia kata mereka pun nak moden. Moden apa? Moden nak tengok anak-anak terbuang di tong sampah. Moden nak tengok anak-anak mati sia-sia kerana terlibat denbgan lumba haram. Itu moden buat apa. Pembangunan sedemikian yang membangun hanya bangunan dan jalan raya. Akhlak runtuh. Akhlak diruntuhkan kerana nak mencantikkan bangunan dan jalan. Sebab itu fikirlah, kerana tak ke mana kita dengan pembangunan sebegitu.

Kenapa remaja dan kita sendiri sebenarnya cenderung untuk meminati budaya hiburan?
Sebab memang sudah disediakan sejak daripada dulu. Pendidikan dan cara hidup disediakan untuk membolehkan anak-anak bersedia menerima sistem yang menyimpang dari bukan untuk menjadi hafiz atau ulama'. Penyediaan dilakukan untuk membawa masyarakat ke arah keseronokan.
Kalau kita tengok babak dalam filem Melayu, babak minum arak , berdansa, sejak dari zaman P Ramlee sudah ada.


Sejak sekolah lagi , anak-anak dibiasakan dengan budaya Barat. Ada sukan gimnastik sampai terkangkang anak-anak diajar guru; sukan renang, jadi separuh bogel. Kita disediakan untuk menerima budaya barat. Mana kita amalkan hukum syariah ? Itu masalah kita.

Pada pandangan saudara, masalah keruntuhan akhlak ini bagaimana nak diselesaikan?
Sekarang kita taat pada hukum yang tidak berpaksikan Islam. Undang-undang yang dimulakan oleh British dahulu. Cuba kita gunakan hukum syariah, saya percaya gejala sosial yang teruk dalam negara dapat dikurangkan sebab kita menyediakan masyarakat untuk ke akhirat. Sekarang kalau membabitkan hukum Allah, ia dikira hak persendirian. Anda hendak buat atau tidak, itu pilihan anda sendiri.Tapi mereka (kerajaan) tak galakkan pun. Itulah masalah sekarang.


Bagaimana kita nak menyedarkan masyarakat?
Islam ini mesti dijalankan bermasyarakat. Tapi tanggungjawab itu tetap pada diri sendiri. Kita sendiri mesti mulakan dahulu . Contohnya kita dilatih berpuasa sama ada di dalam atau dil luar rumah. Walau di mana pun kita tahu Allah melihat.


Sebab itu kita kena buat pilihan. Dua sahaja pilihan kita. Sama ada ikut jalan Allah atau ikut syaitan.Tidak ada jalan tengah. Tidak ada kompromi. Setiap benda yangt berlaku dalam masyarakat dunia hari ini kita kena buat pilihan antara yang benar dengan yang tidak. Gunakan akal.


Islam ini agama untuk yang tahu berfikir. Bukan taat buta tuli. Kalau kita gunakan akal fikiran baru kita sedar. Kita kena fikir tentang keesaan Allah. Ini yang kita kena ajar anak-anak. Sekarang apa yang diajar kena cari duit banyak-banyak. Bila ikut cara Islam barulah ada keberkatan.


Berbalik kepada dunia hiburan, adakah tidak ada ruang sebenarnya untuk ia menjadi lebih baik?
Boleh kalau industri kita industri yang beriman. Tapi industri kita meniru Bollywood, Hollywood, Hong Kong dan lain-lain. Kita menuju ke arah keruntuhan. Ini yang bahayanya.

Nasihat kepada rakan artis
Pendek sahaja ; Allah melihat apa yang kamu buat.

“Life is to learn how to give out love, and to let it come in.”

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
-:: Tinta Mama with Love ::-