Friday, 23 December 2011

Sunnah

Greeting Text

Hari Jumaat penghulu hari..
Mari tambah amalan kita dengan berselawat dan memotong kuku..



:: Google ::

Semoga hidup kita sentiasa dirahmati dan diredhai...



“Life is to learn how to give out love, and to let it come in.”

Thursday, 22 December 2011

Bukan saya yang buat !!

Greeting Text

Buat semua pengguna Facebook, jangan sekali-kali anda klik pada iklan wall post yg sangat jelik seperti gambar di bawah. Bukan saya yang buat !! semua mengaku macam tu kan??

Memang pun sebab hackers yang hantar. Sekali je anda klik terus akan di spam ke semua friend dalam akaun kita. Ini contoh yang saya selalu terima dari hackers, kononnnye friend saya yang hantar....

:: fb org lain ::

So, sebar-sebarkanlah ye... kongsi-kongsikanlah ye..agar akaun fb kita tidak disalah ertikan postingnya.

Selamat bermuka buku !

:: google ::


“Life is to learn how to give out love, and to let it come in.”

Wednesday, 21 December 2011

Usrati Habibati ~

Greeting Text


Terima kasih Tuhan di atas kurniaan Mu yang tidak terhingga buat kami sekeluarga..
Ku bersyukur atas rahmat dan kasihMu Illahi dikurniai nikmat ini..
Ku bermohon padaMu Ya Rabbul Izatti, semoga kebahagiaan ini akan kekal di dunia hingga ke syurga. Amiin Ya Rbbal 'Alamin ...


_Keluarga Bahagia_

Bahagia seluruh semesta
Bermula dari keluarga
Dari titisan susu ibu tercinta
Mengalirlah sungai kasih abadi

Tumbuh dari keringat ayah
Kita perah pengorbanannya
yang melimpah
Derai air matanya mengalir
Di darah kita membina cita-cita

Rentaslah seribu laut (serta)
Kembaralah ke seluruh alam
Takkan kau temui
Semurni cinta 2X
Keluarga

Langkah remajamu
Ditusuk sembilu
Kembara dewasamu
Diamuk nafsu

Ingatlah pesan Ibu
Kenanglah pesan Ayah
Kembalilah 
Ke jalan Allah.....

Sayangi keluarga
Di situlah bahagia.....

Lagu: Mujahid Abdul Wahab & Jeff Hazimin Jaafar
Lirik: Pahrol Mohd Juoi
Hakcipta Lagu & Lirik: Gurindam Cipta
Album : Berjalan Melihat Mentafsir


___________ JOM DENGARKAN __________



* I Love You hubby *
* Mama sayang kamu Einas Kaisah *
* Mama sayang kamu Ziyad *
* Mama juga sayang kamu Amna *

“Life is to learn how to give out love, and to let it come in.”

Tuesday, 20 December 2011

Free Sample #2

Greeting Text

Ok sahabat-sahabat. Hari ini mama nak kongsi free sample kedua yang mama dapat. Daripada KOTEX. Eh, ini untuk perempuan je tau..


Nah, ini linknya :


Mama dapat 2pcs pad dan voucher RM5 kalau nak beli pad ni kat Guardian. Jadilah kan..
So, cepat selagi sempat ye...


“Life is to learn how to give out love, and to let it come in.”

Proud of you !!!

Greeting Text





“Life is to learn how to give out love, and to let it come in.”

Friday, 16 December 2011

Klik !! Klik !!

Greeting Text

Saja nak upload gambar-gambar ni... rindu kat sahabat-sahabat seperjuangan mama suatu masa dahulu. Asyik tak sempat je nak upload. Konon-konon nak upload masa entry ni kisah hari ini dan semalam .  Hihi . Mujur anak-anak dah tidur... Jom layan rindu mama..

:: Walimah Asura @ PJ - Che Nur pun baru je sampai ::

:: Nak balik terjumpa pula Fatin dan Nihlah sekeluarga (best3) ::

:: Riuh-rendah dibuatnya (mesyuarat tingkat tepi lori) ::


:: Sampai rumah Sarizah jumpa pulak Zakiyah, Jamiyah dan Shuhaila ::

:: Walimah Sarizah @ Jln Kebun ::
:: Pose dengan pengantin sebelum balik ::

:: Jumpa pula keluarga pakcik Sharom, teacher Sarimah (x sempat bergambar) dan kak Hanim ::




** sudahnya macam gathering kecil-kecilan tapi sangat seronok dan teruja sebab dah lama tak jumpa..

** bila lah nak dapat jumpa balik semua x-Martah Banat (especially batch ke3)..

Lirik ini mama tujukan buat semua sahabat mama -


Doa Perpisahan - Brothers
Pertemuan Kita Di Suatu Hari
Menitiskan Ukhwah Yang Sejati
Bersyukurku Ke Hadrat Ilahi Di Atas Jalinan Yang Suci

   Namun Kini Perpisahan Yang Terjadi
   Dugaan Yang Menimpa Diri
   Bersabarlah Di Atas Suratan
   Ku Tetap Pergi Jua

Kan Ku Utuskan Salam Ingatanku
Dalam Doa Kudusku Sepanjang Waktu
Ya Allah Bantulah Hamba Mu
Mencari Hidayah Daripada Mu
Dalam Mendidikkan Kesabaranku
Ya Allah Tabahkan Hati Hamba Mu
Di Atas Perpisahan Ini

   "Teman Betapa Pilunya Hati Menghadapi Perpisahan Ini.
    Pahit Manis Perjuangan Telah Kita Rasa Bersama.
    Semoga Allah Meredhai Persahabatan Dan Perpisahan Ini.
    Teruskan Perjuangan"

Kan Ku Utuskan Salam Ingatanku
Dalam Doa Kudusku Sepanjang Waktu
Ya Allah Bantulah HambaMu

Senyuman Yang Tersirat Di Bibirmu
Menjadi Ingatan Setiap Waktu
Tanda Kemesraan Bersimpul Padu
Kenangku Di Dalam Doamu
   Semoga Tuhan Berkatimu..

** Ukhuwah itu indah bila bertemu dan berpisah kerana Allah **
Salam Ukhuwah Fillah ~

“Life is to learn how to give out love, and to let it come in.”

KARNIVAL PRA-SEKOLAH 2011

Greeting Text

Jom!!!

KARNIVAL PRA-SEKOLAH 2011
Tarikh : 14-18 Disember 2011
Masa : 10 pg - 10 mlm
Tempat : Perkarangan Kompleks PKNS, Shah Alam



“Life is to learn how to give out love, and to let it come in.”

Thursday, 15 December 2011

Wajarkah Hudud ??

Greeting Text

Apa khabar sahabat2..  semoga kalian sentiasa sihat walafiat dan dirahmati Allah SWT selalu.

Sudah lewat seminggu mama tak mengupdate entry blog ini. Mama dan anak-anak menemani mertua di kampung. Hubby pun berulang alik dari umah ibunya ke tempat kerja..Alhamdulillah, dah selamat kembali ke rumahku syurgaku..

Hari ini, mama nak kongsi video yang sangat menarik dan perlu dilaksanakan kerana ia adalah ARAHAN dari Allah bukan manusia !!!!

"Dan sesiapa yang melanggar aturan-aturan hukum Allah maka mereka itulah orang-orang yang zalim." (Surah Al-Baqarah, 2:229).

Agak2 korang lah, yang mana lagi terbaik antara dua video ini ?
Saksikan..



vs


Kalau mama la, tak berani nak pertikai benda yang dah sahih ada dalam Al-Quran.
Semoga Allah memberi petunjuk buat diri mama dan sahabat semua.. Amiinn


“Life is to learn how to give out love, and to let it come in.”

Tuesday, 6 December 2011

Tahu Tak ???

Greeting Text

16 FAKTA TENTANG BAYI BARU LAHIR YANG ANDA MUNGKIN TIDAK TAHU

16 Fakta Menakjubkan Bayi baru lahir

# Bayi tiada kepala lutut. Ia tidak membentuk sehinggalah bayi berusia 6 bulan
# Bayi tiada air mata. Mereka menangis dan menjerit tetapi air mata sebenar tidak wujud sehinggalah bayi berusia 5 minggu. 
# Mereka mempunyai lebih tulang. Orang dewasa mempunyai 206 dan bayi pula 300 tulang. Kebanyakan dari tulang tersebut bercantum semasa bayi membesar.
# Empat dari 10 bayi mempunyai tanda lahir.
# Bayi mempunyai deria bau yang kuat. Boleh mengenali bau badan ibu sebaik dilahirkan.
# Penglihatan bayi kabur sebaik sahaja dilahirkan.
# Rambut bayi yang tumbuh semasa dalam rahim ibu akan gugur beransur ansur dan digantikan sepenuhnya oleh rambut baru apabila berusia 6 bulan.
# Bayi baru lahir secara genetiknya mempunyai deria bunyi yang kuat. Boleh membezakan bunyi-buyian dan boleh mengenali suara ibu serta merta semasa dilahirkan
# Deria rasa bayi masih tidak berbentuknya sepenuhnya semasa lahir. Tidak boleh membezakan rasa seperti manis atau masin dengan baik.
# Jantung bayi baru lahir berdenyut diantara 120-160 degupan seminit berbanding dengan degupan jantung orang dewasa iaitu 60-80 seminit.
# Bayi bernafas lebih cepat iaitu 30-50 nafas seminit berbanding dengan orang dewasa 16-20 nafas seminit.
# Berat bayi bertambah 2 kali ganda dari berat semasa lahir pada usia 6 bulan.
# Mendengarkan music klasikal menambah kepintaran bayi.
# Bayi baru lahir tidur 15-20 jam sehari.
# Bayi cuma mempunyai satu lapisan kulit sebab itulah ia akan alah dan kemerahan dengan senang kepada losyen wangi, sentuhan kasar, gigitan serangga dan sebagainya.
# Bayi mempunyai kebolehan menyelam sebaik dilahirkan tetapi kebolehan tersebut akan hilang dengan cepatnya.


:: My beautifful princess ~AMNA~ ::T



“Life is to learn how to give out love, and to let it come in.”

Haram tetap Haram !! HP and Tabasco sauce

Greeting Text

Mungkin ramai yang masih tak perasan tentang pengesahan halal haram dari JAKIM bagi HP sauce dan Tabasco Sauce. So, pihak JAKIM dah keluarkan surat pengesahan ini. Diharap sahabat sekalian tidak lagi menggunakan produk ini. 

Sila rujuk surat di bawah ye :

http://sitik.wordpress.com

Wahai Sa’ad, perbaikilah (murnikanlah) makananmu, niscaya kamu menjadi orang yang terkabul do’anya. Demi yang jiwa Muhammad dalam genggamanNya. Sesungguhnya seorang hamba melontarkan sesuap makanan yang haram ke dalam perutnya maka tidak akan diterima amal kebaikannya selama empat puluh hari. Siapapun yang dagingnya tumbuh dari yang haram maka api neraka lebih layak membakarnya. (HR. Ath-Thabrani)

“Life is to learn how to give out love, and to let it come in.”

Sunday, 4 December 2011

Free Sample #1

Greeting Text

Sihat ke ?
Dah nak tengahari ni, barulah mama berkesempatan nak berblogging. Sebab kejap lagi nak kena masak untuk lunch walaupun masih kering idea nak masak apa. Hihihi. Anak-anak mama dah tido ni.

Ok lah. Mulai hari ni, mama nak berkongsi freebies dan samples yang mama join then of course lah sampai di depan pintu umah mama.. Siapa yang tak nak benda free kan?? mama akan upload sikit-sikit yer. Hobi mendapatkan freebies ni lama dah sebenarnye. Tapi, baru ni je mama terfikir nak cerita dan kongsi dalam blog ni.

Ok ni yang pertama .

Sample daripada : 
1. Sustagen (Mead Johnson) 
>>> Register untuk SAMPLE
2. Poise (tuala wanita yer) 
>>> Register untuk SAMPLE

Bawah ni gambar yang sempat mama snap sejurus selepas posmen hantar..


Sustagen tu lepas isi form (online), customer service diorang akan call untuk confirmation. Dan dia akan suggestkan mana yang sesuai. Ada pelbagai product susu sebenarnya antaranya : 

* Enfamama A+ (preggy and lactating mama) *
* Enfagrow A+ (1-3 tahun ke atas) *
* Enfakid A+ (4 tahun ke atas) *
* Sustagen Junior 1+ (1-3 tahun) *
* Sustagen Kid 3+ (3-6 tahun) *
* Sustagen School 6+ (6 tahun dan ke atas) *

Mama pilih yang Sustagen Junior 1+ dan Sustagen School 6+. Dapat keahlian, sticker kereta, dan semestinya sample susu2 tu. Diorang bagi 6 peket lagi. Tq Mead Johnson !

Dan Poise tu dapat 2 keping. Tq Poise !

Okla, mama nak masak sebelum anak2 bangun. Nanti mama upload lagi. Jangan lupa register ye. Babai.


:: Google ::


“Life is to learn how to give out love, and to let it come in.”

Saturday, 3 December 2011

Karnival Pertanian Selangor 2011 !!

Greeting Text


Eh, iklan lagi..
Siapa-siapa yang berkesempatan ambil peluang pergi karnival ni pulak.
Isy2, ni buat mama sedih ni..


KARNIVAL & PAMERAN PERTANIAN TERBESAR NEGERI SELANGOR (SAF 2011)

SELANGOR AGROFEST 2011

28 HB NOVEMBER - 4 HB DISEMBER 2011
 DI STADIUM MALAWATI SHAH ALAM
10 Pagi - 10 Malam
* Masuk PERCUMA *

Teringin la sangat nak pergi karnival, fiesta buku, PC fair tu.


TAPI ...
kekangan yang tak dapat dielakkan.
Anak mama Ziyad masih demam, takut dia penat, mama lagi la.
Ditambah dengan hubby yang kena bagi mass lecturer untuk student nursing harini.
Esok pun hubby still tak free juga, ada program kat Damansara pulak..
Huhu ~ nanges mama ~

Takpelah, bukan rezeki mama nak pergi event-event ni.
Mesti ada hikmah disebalik segala yang berlaku..

Buat hubby: 
Semoga Allah sentiasa bersamamu dan memberkati perjuanganmu..
I Love You selalu !!


____ ** TQ wat Bff mama : alongDilla (CF) sebab ingatkan mama pasal karnival ni ** ___


“Life is to learn how to give out love, and to let it come in.”

PC Fair pulak !!!

Greeting Text

PC Fair !!!

Mama dah lama tak pergi PC Fair..
Korang singgahla yer..
Esok last ..



“Life is to learn how to give out love, and to let it come in.”

Fiesta Buku Karangkraf !!

Greeting Text


Fiesta Buku Karangkraf kembali !!!!

Peminat-peminat novel, majalah keluaran karangkraf...
Jom terjah lagi..

Tapi...

Mama mintak tolong anak mama (kakak Einas) untuk pergi.
Sebab abang Ziyad demam.. huhu~
Melepas lagi....



FIESTA BUKU KARANGKRAF
          Tarikh : 2 - 4 Disember 2011
          Masa : 9 pagi - 6 petang
Tempat : Perkarangan Kompleks
Kumpulan Media Karangkraf
Lot 2, Jalan Sepana 15/3
Off Persiaran Selangor Seksyen 15
40200 Shah Alam, Selangor
Jangan lupa tau..
Tinggal hari ini dan esok..
Uwaaaaaa *__*




“Life is to learn how to give out love, and to let it come in.”

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
-:: Tinta Mama with Love ::-