Wednesday, 23 November 2011

Kisah hari ini dan semalam

Greeting Text

Selamat pagi Malaysia. 

Kisah semalam dan kelmarin

Korang tengok bola Malaysia lawan Indonesia? mama dan hubby tak dapat tengok sebab rumah kami tak ada tv .. tak pernah ada TV sejak kahwin . Sebab-sebabnya ?? Banyak sangat..
Lagi pun nak bagi anak-anak fokus sikit bila belajar kot.
Alhamdulillah, setakat ni anak sulung mama dapat fokus masa study kat rumah. Walaupun ada internet, tapi masa lebih terhad sebab nak kena bergaduh dan berebut dengan Ziyad. Hihihi.  

Ok lah, cerita tentang bola.. agak berdebar konon2la . Padahal just follow dari facebook member2 yang menonton je. Syukur, Malaysia bolos...hihihi

Ambil dari : Amboi dot com



Kisah hari ini


Tak ada apa yang menarik pun. Mama rasa lama dah tak update blog. Malas. Just blogwalking blog orang dan jadi silent reader. Komen pun tidak, like pun tidak. dan hari ini malas ditahap gaban sebab kami anak beranak (mama dan anak2) dok berkampung dalam gua batu putih a.k.a bilik tidur .  Blogging pun dari dalam bilik. Tapi sebelum tidurkan si kecik Amna, sempatla mama mop seluruh ruang tamu dan tangga.

Uish, kalaula cuti sekolah ni baba pun cuti kan best !

Anak mama dah bising. Bestnya cuti sekolah kalau dapat pergi holiday mana-mana. Nak buat lagu mana, baba dia kerja. Nak suruh baca buku cerita kat rumah ni, memang semua buku-buku dah habis dipulun satu almari dah. Nampak gaya kena bawa ke library kot. Tapi, macamana pulak. Kena tunggu balik kampung, pakcik dia tolong bawakla pulak. Hurm, bising dah dia.. Sabar ye kakak.

InsyaAllah hujung minggu ni balik kampung *Banting*. Nak berkampung kat sana pulak kot. Kalau dah kat sana, memang takkan update blog atau facebook la ye. Maklum sajalah, no internet. Hihihi.

Jemputan kahwin dah berderet macam biasa. InsyaAllah kalau tak de aral melintang dan diizin Allah, kami sampai ye. Nanti petang-petang sikit mama nak upload gambar-gambar masa wedding Asura, Sarizah, sepup-sepupu mama. Dan gambar-gambar yang mama rasa mama nak up sikit la. 

Ok la.. masa untuk masak !
wassalam..



>

5 Tinta Kamu ...:

suwara entertainment said...

Mama Kaisah, seronoknye la hai jadi surirumah sepenuh masa..dpt bersama2 dgn anak..membesarkan mereka dgn tgn sendiri..

kalaulah saya diberi peluang mcmtu, mmg suka sgt..tp apakan daya..huhu

MamaKaisah said...

@Sue-Rya AQ : alhamdulillah, masih diberi peluang ini. mmg seronok tgh keletah ank2 depan mata sendiri. klu ikut hati teringin keja slgi daya, tp bila pikir ank2, kesian kt diorg...

cikgu said...

wei...meh la lawat aku kat kl ni..huhu

maMataufiQ said...

bestnye kalo dpt bwk anak jln2kan,,hihi...suka tengok telatah budak2 ni...

Tinta Mama said...

@Fad: Canner nk lwat ko kt KL? klo abg aku cuti bole la...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
-:: Tinta Mama with Love ::-