UMUR 2 TAHUN
Perkembangan Fizikal – Mereka boleh berjengket. Mereka mengikut bola dan menendang ke depan. Mereka berjalan, berlari, memanjat, naik dan turun tangga sendirian dan mengorek. Mereka boleh melompat dengan dua kaki. Mereka tidak selesa dengan lampin basah atau kotor. Mereka memisahkan sesuatu objek dan memasang semula. Mereka suka mengetat dan melonggarkan penutup balang atau botol. Mereka juga selalunya amat aktif berbanding peringkat lain di dalam umur mereka.
>>>>>> Ziyad (2 tahun 4 bulan) <<<<<<<<
- suka berjengket2, pakar menendang bola sejak dari pandai berjalan
- suka berlari (w/pun macam xstabil), panjat naik turun tangga sendirian. Mengorek???? seluk2 pampers yer kot..
- ya, cepat tak selesa bila lampin basah atau dah kotor (u'uk = buang air besar)
- memang hobi ziyad mengerjakan lori, truck, buldozer dia (cabut, pasang balik w/pun terus x bule pasang
sbb dah patah da...)
- suka buka atau longgarkan tutup botol pastu sesaja tumpahkan isinye
- mmg tengah aktif berbanding kakaknye dulu...
Perkembangan Sosio-Emosi – Mereka selalu mempertahan keputusan mereka dengan berkata “tak”. Mereka suka meniru kelakuan orang dewasa. Mereka mahu menolong kerja-kerja rumah. Mereka mula bermain permainan mudah dan lakonan olok-olok. Lakonan mereka selalunya pendek dan mudah. Ia selalunya tidak melibatkan orang lain. Kadang-kadang mereka sengaja melakukan sesuatu yang bertentangan dengan apa yang diarah. Selalunya mereka mementingkan diri sendiri dan masih susah untuk berkongsi. Mereka suka bermain berdekatan dengan kanak-kanak lain, walaupun tidak bermain bersama mereka. Mereka tidak menolak untuk membantu. Mereka amat mudah kecewa. Mereka juga masih perlu berasa selamat.
>>>>>> Ziyad (2 tahun 4 bulan) <<<<<<<<
- sudah berani berkata TAK!!
- cepat je tiru apa orang buat..
- anak mama mmg rajin tolong buat kerja umah. Pandai menyapu. pandai simpan mainan sendiri
tp sekelip mata dah disepahkan balik..
- pandai berlakon dan main sorok2 dengan adiknye..
- susah berkongsi tapi kalau minta baik2, insyaAllah dia bg..
- agak ego sebab masa jauh dgn kawan2 sebaya, bukan main mintak nak main sama,
bila dah duduk sebelah jeling pun tak mau..
- mudah kecewa ??? kadang2..
- takut bunyi mercun, mesin rumput, guruh...adoiii, anak bujangku..
Perkembangan Kepintaran – Mereka menyatakan perasaan dan kehendak. Mereka boleh mengikut arahan-arahan ringkas. Tetapi mereka masih mempunyai jangkamasa penumpuan yang singkat. Mereka menggunakan 3 atau lebih perkataan yang digabung untuk membina satu ayat. Mereka boleh menyambung lagu-lagu mudah. Mereka mempunyai kesukaran membuat pilihan, tetapi mereka tetap mahu membuat pilihan sendiri. Mereka juga mula berfikir tentang sesuatu sebelum melakukannya.
>>>>>> Ziyad (2 tahun 4 bulan) <<<<<<<<
- betul... "mama, nak itu.. mama, nak ini"...
- arahan simple yup..tp ikut mood dia..
- fokus, sangat sekejap especially suh tengok buku.. buka youtube pun mesti gatal tgn nak klik sana sini
- gabungan perkataan memang dah banyak tapi, ngeri ayat2 panjang dia..
contohnye : " car baba warne purple kena langgar lori angkat pasir"..
- sesuka hati dia je ubabh lagu2 yang dia dah hafal..
- betul, bila suruh pilih sume dia nak.. tp akan ade yg dia betul2 minat..
- dah pandai berimaginasi contohnya :
lori pasir diletak atas bantal. Dia kata "ada banjir, lori pasir naik atas bukit tinggi sangat"....
okla...
mmmuuah !! dari Ziyad ~
** sumber : ORANGEKID.BIZ **