Entry ni mama tulis khas sebagai panduan / peringatan buat ibu2 di luar sana...
Anak mama si kakak ni darjah 1. Cepatla sangat terpengaruh dengan barang2 yang dijual di sekolahnya.
Arini dia membuat mama naik angin sebabnya berguling2 minta izin dan duit untuk membeli KALKULATOR kecil yang disertakan dengan 1 buku nota dan sebatang pen ! harga RM8 (promosi budak sekolah katanya). RM8 tu duit belanja seminggu nak oiiii.....
(gambar google: Kalau yg ni mau jugakla mama belikan, bule makan)
Sudah dipujuk elok2 sejak petang semalam. Sudah diterangkan oleh mama baba bahawa masih bukan keperluan bagi murid darjah 1 untuk membeli kalkulator dan macam2 alasan kami berikan.. Tetap sama juga kedegilannya nak miliki kalkulator sebabnya : majoriti kawan2nya nak beli !!!
Yang menjadi batu api pun ade. Siap berani cakap kat mama sendiri tu.
Kawan Einas : "Ala aunty, bukan mahal pun lapan ringgit je. Saya nak beli dua esok"....
Pergh, tersirap darah mama. Peliknya, mak ayah dia bagi je. Baru darjah satu tu.. Bila tanya balik.
Mama : "Korang nak buat apa dengan kalkulator tu?,
Bukan cikgu bagi guna untuk belajar matematik pun.."
Kawan Einas : "Ala, bole tulis2, lukis2 kat kertas. Kan dapat pen.."
Itu jer reason terbesar yang boleh dia bagi. Bikin mama geram ni, menghasut ank mama yg sorang tu..
So, permintaan ditolak (1000 kali tolak) kerana bukan keperluan dll.. (lagipun kalau nk sangat kalkulator, ade 2, 3 biji kat setor xde sapa nak guna since mama dah lama tinggalkan math). Nak buku nota pun byk yang mama dapat free, yang cute2 pun ade berbanding yg dijual bersekali kalkulator tu, kertas kosong ja..
Wajarkan??????
- Diharapkan pihak sekolah pantau2 la individu2 yang berniaga di sekolah2.. bukan tak boleh, tapi ikut keperluan murid-murid yg berkenaan sahajala ye...
0 Tinta Kamu ...:
Post a Comment