MPSepang Ambil Alih Kerja Kutip Sampah
KUALA LUMPUR – Semua perkhidmatan kutipan sampah domestik dan pembersihan awam di kawasan Sepang kini dilaksanakan oleh majlis perbandaran di kawasan tersebut.
Penolong Pengarah Korporat Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang), Zelda Mohd. Zamri berkata, ia berikutan pengambilalihan tugas tanggungjawab itu dari Alam Flora Sdn. Bhd. sejak 16 Oktober lalu.
“Semua kerja kutipan berjalan mengikut jadual sebelum ini dan seperti yang telah diarahkan kerja itu telah dilaksanakan oleh kontraktor yang dilantik MPSepang,” katanya melalui satu kenyataan media hari ini.
Sehubungan itu, Zelda berkata, penduduk di kawasan MPSepang adalah dimaklumkan tentang peralihan tugas tersebut.
Menurutnya, sebarang masalah kutipan dan pembersihan awam boleh merujuk kepada Unit Aduan Dan Perkhidmatan Bandar MPSepang di talian 03-83190200.
_SUMBER : klik >>>> sini
(google image)
0 Tinta Kamu ...:
Post a Comment